Telekung

Saturday, November 26, 2016

Apa Itu Group B Strep (GBS)?

Group B Streptococcus atau GBS adalah sejenis kumpulan bakteria yang boleh ditemui di dalam vagina atau rektum wanita yang hamil. Lebih kurang 25% wanita dewasa mempunyai bakteria ini yang biasanya dijumpai di vagina dan/atau rektum.

Secara amnya, GBS tidaklah membahayakan untuk wanita dewasa yang sihat, akan tetapi ia berisiko bagi ibu hamil untuk melahirkan anak stillbirth (mati dalam kandungan) atau jangkitan serius kepada bayi kerana GBS boleh menjangkiti anak dalam kandungan dan ketika lahir.

Setakat apa yang saya pernah baca, hospital swasta di Malaysia (tak pasti kalau semua atau sesetengahnya saja) biasanya akan membuat swab test iaitu mengambil sedikit sampel di bahagian vagina bila usia kehamilan sudah mencecah 35 minggu. Hospital kerajaan setakat ni yang pernah saya baca di Hospital Besar KL (HKL). Mungkin hospital lain pun ada, cuma kita kena tanya doktor. Inform doktor jika anda mengalami sebarang masalah seperti discaj luar biasa di vagina.

Jika anda disahkan positive GBS dan berisiko tinggi, anda akan diberikan antibiotics melalui IV drip ketika proses bersalin untuk mengurangkan peluang GBS berjangkit ke anak anda.

Bagi pembawa GBS, antibiotics akan diberikan sebelum bersalin tapi.... ia masih tidak berapa efektif sebab bakteria ni boleh datang dan pergi. Ada masa anda akan disahkan negatif GBS, tapi kemungkinan ketika saat nak melahirkan anda positif GBS atau sebaliknya. That's why penting untuk buat test bermula minggu ke-35 dan seterusnya hingga bersalin.

Antara komplikasi daripada jangkitan GBS terhadap bayi anda adalah keguguran, stillbirth dan kemungkinan mati selepas lahir. Kebiasaannya GBS menyebabkan jangkitan dalam darah (sepsis), meningitis (affect bahagian otak) atau pneumonia (jangkitan paru-paru). Jika anak anda survive GBS pula, anak anda berisiko untuk hilang penglihatan, hilang pendengaran, masalah mental dan/atau cerebral palsy.


Untuk ringkasan yang lebih mudah, boleh baca di blog Master Wan Muliani di sini. Actually, dari pengalaman Master ni juga lah saya baru tau mengenai GBS ni.

Apa pun, usaha kita ialah perbanyakkan lah berdoa dan ikut nasihat doktor agar kita dapat elakkan sebarang risiko yang lebih mudarat. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment