Friday, July 7, 2023

Eh, hello!

 

 It's 7th of July.

The year is 2023.

Today is our 11th wedding anniversary.

So, what's the plan? I have no idea. lol. Seriously, I'm not good at making plans.. neither is my husband. 😏

But hey, the important thing is we made it this far! Alhamdulillah. Pejam celik dah melepasi sedekad pun.

For 11 years we are blessed with 3 kids. Do I want more? Yes.. err, maybe?

Currently my eldest is 10, the middle one is 7 and the youngest is 4. Yes, they were 3 years apart.

If I want to have another kid, I should have one by now. Haha.

How was life? It's like a roller coaster, for sure. Not easy, but I'm enjoying every moment of it.


Anyway, that's all for my first entry this year. It's a warm-up, ok.😄

Till then.

Friday, December 4, 2020

Tutti Frutti In Memory

 Assalamualaikum dan hai korang!


Semalam Nad buat laptop cleaning.

Check balik folders lama, susun atur sikit folders kat desktop.. buat lah apa-apa yang patut.

Macam mengemas rumah juga lah, nak juga konmari laptop. Hehe.

 

Lepastu Nad terjumpa satu folder gambar lama, tahun 2010. Bila tengok balik, eh ada gambar makan-makan kat Tutti Frutti lah. Hahaha.

Apa khabar agaknya kedai Tutti Frutti ni? Masih ada lagi ke branch yang bertahan?

Dekat Wangsa Maju sebelah Wangsa Walk dah lama dah tutup. Dekat Aeon AU2 Setiawangsa pun kalau tak silap dah tak ada.

Dulu kalau dapat makan froyo (frozen yogurt) Tutti Frutti ni macam paling hipster lah. 😂

 

Masa ni kitorang makan Tutti Frutti kat area Sunway Giza Kota Damansara.

Cover sikit lah muka adik, kesian pula takut dia malu tunjuk muka zaman dia masih sekolah. Hihi. 😝


Tengok lah semangkuk ni. Banyak topping macam ni kira mewah juga lah. Mungkin harganya mencecah RM20. Entah lupa, tak ada pula ambil gambar resit harga. 

Bila cerita pasal Tutti Frutti kat adik, dia boleh tanya.. macam mana eh dulu boleh afford beli ni? Kerap juga beli. Bukannya murah. 😅

Gaji engineer masa tu, dengan tak banyak komitmen sangat, boleh lah merasa makan. kot...

Sekarang ni nak beli apa-apa kena fikir banyak kali sebab dah banyak komitmen. Lepastu dah pandai fikir kan, penting dan perlu ke benda tu? Nak merasa sekali-sekala boleh lah.


Sekarang ni froyo yang popular llao llao lah kan?

Nad tak pernah try lagi. Seriously! Haha.

Teringin juga nak try.. tapi tu lah, belum ada rezeki lagi (or in other words, tak ada yang nak belanja. HAHAHA)


Korang ada kenangan makan Tutti Frutti tak?

Tuesday, December 1, 2020

Telekung Travel Cotton Paling Best

 Assalamualaikum dan hai korang!

 

Dah  berapa bulan kita menghadap pandemik COVID-19?

Dan dah berapa bulan kita berada dalam PKPB? Nad duduk kat Selangor/KL. Lama betul tak berjalan jumpa adik beradik yang duduk kat Ampang, Shah Alam dan Subang Jaya. Tapi alhamdulillah rumah ibu ayah lepas je kalau nak pergi. Sebab satu taman. Hihihi.


Dah lama kan Nad tak menulis kat sini. 

Biasalah tu, bila mengharapkan mood memang macam tu. 😜

Actually hari ni Nad nak share satu brand telekung yang Nad guna sejak 2016 lagi. Biasanya orang share telekung Siti Khadijah. Tapi Nad nak share tentang telekung dari Zaahara. Mungkin ramai yang tak berapa kenal. Tapi Zaahara dah berada di pasaran dunia telekung lebih  kurang lima tahun dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Selain dari telekung, ada juga jual buku-buku agama berbahasa Inggeris.

Dan antara hot selling product dari Zaahara is telekung Sofia or well known as telekung travel. Dulu telekung Sofia cuma keluarkan warna-warna pastel. Tapi dah a few batches juga keluarkan warna-warna yang gelap atas permintaan customers.




OK lah, musim pandemik ni siapa je yang boleh travel kan...?

Tapi telekung ni sesuai je guna untuk setiap masa. Even Nad guna untuk solat kat rumah je.

Material telekung Sofia bukanlah macam telekung travel lain yang nipis sangat sampai terbang ke depan bila sujud tu. 😂 Tapi material jenis kain cotton polyester. Tak terlalu berat dan tak terlalu ringan.

 

Lagipun memang sesuai lah sekarang ni dapatkan telekung ni since kalau keluar pergi mall pun sangat digalakkan untuk bawa sendiri telekung. Risau kan kalau nak pinjam telekung yang entah sipa-siapa dah guna tu.  Dan rasanya kat surau public pun dah tak sediakan telekung due to health safety.

Oh, not to forget telekung Sofia pun ada sekali mini sejadah tau. Dulu tak ada.

Macam  mana nak beli?


Korang boleh klik link bawah ni untuk browse telekung Sofia:

NAK TELEKUNG SOFIA PLEASE!

https://zaahara.com/?ref=0xlqoah80-pt

Dan ada macam-macam lagi jenis telekung tau.. for special occasions pun ada. 

Jemput cuci mata. 😀

Jangan lupa untuk masukkan kod "NADKAZ" bila checkout nanti untuk dapatkan DISKAUN 5%


Till then, see you guys in next post.

InsyaALLAH. 😉

Tuesday, June 18, 2019

Salam Aidilfitri 1440H dan Kisah Tertinggal

Assalamualaikum dan hai!

Rasanya tak terlambat lagi kot untuk Nad ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin" buat semua pembaca blog sendu ni. Raya kan sebulan.😁

Anyway, Nad nak kongsi satu cerita. Raya kali ni, macam banyak pula Nad baca cerita pasal tertinggal kat R&R. Nad pun pernah juga tertinggal masa raya exactly 10 tahun yang lepas. Serius! 😆

Kitorang dari Melaka nak sambung beraya ke Singapore. Masa tu ibu pula tak ada sebab jaga my second sister, Kak Dayah, yang tengah berpantang kat Nottingham, UK.

Kalau tak silap ayah berhenti di hentian sebelah Yong Peng kot. (Oh, kalau nak tau, kitorang adik beradik ni kalau masuk kereta memang wajib tidur. Haha.) Masa berhenti tu, Nad terjaga dan nampak ayah keluar kereta nak ke toilet. Lepas tu Nad pun terasa nak buang air juga lah, so nad keluar kereta. Disebabkan adik lelaki dan adik perempuan dua-dua tengah tidur lagi, Nad keluar tak inform diorang.

Lepas setel membuang dan bila keluar dari toilet, Nad nampak kereta baru je bergerak. Nad dah menggelabah lah, sambil fikir takkan ayah tak nampak yang Nad tak ada dalam kereta? Hahaha. Dah lah dengan berbaju kurung moden lagi... macam mana ni nak kejar? Bila kereta dah jauh tu baru terfikir, apasal la tak campak je selipar kat kereta tu kan. 😂

Korang tau lah kan hentian sebelah tu macam mana. Bukannya ramai orang, lepas tu tak ada apa-apa pula kat situ melainkan tandas sahaja. Lainlah R&R ada macam-macam.
Dengan tak ada duit dan handphone, Nad fikir macam mana lah nak contact ayah ni.
Nak tak nak, Nad tebalkan muka tegur seorang pakcik ni dan bagitau lah apa yang terjadi. Nad cakap nak pinjam handphone nak telefon ayah dan pakcik tu bagi. Nasib baik dia percaya kat Nad. Kot lah dia fikir Nad ni scammer ke kan. Haha...

Dah telefon, ayah suruh tunggu kejap nanti ayah datang. Oklah, memang kena tunggu lah kan. Nak pergi mana je lagi.
Agak lama lah juga menunggu sebab ayah kata hentian Yong Peng ni memang jauh giler kalau nak buat U-turn. Tapi tak ingat berapa lama kena tunggu.
Bila dah dalam kereta baru ayah cakap, patutnya minta tolong pakcik tadi untuk hantar kat next R&R. Tak payah lah kena pusing jauh.

Baiklah ayah, next time kalau tertinggal lagi Nad akan minta tolong orang hantarkan. HAHAHA.

Ibu pula cakap, "First time ibu tak ada, dah anak tertinggal pula..." 😌

Saturday, April 20, 2019

Nourah Hilang!


Yesterday was Good Friday. Since Singapore cuti, my sister, kak Fau yang duduk kat Singapore balik KL.

So, semalam dia kata nak bawa anak-anak dia pergi Petrosains kat KLCC, dia ajak Nourah sekali. Of course lah Nourah was happily agree to join.
Yang pergi was kak Fau, her two sons, Ika and Nourah. I didn’t follow because… well I’m still on my pantang (kononnya. lol).

You know… I have this bad habit of always thinking something bad will happen.
Macam selalu berfikiran negative lah. Sometimes melampau juga lah fikiran tu. Well, I like to say that I am extra careful. :P

Whenever Nourah keluar with anyone other than my husband or I, mesti paranoid semacam. Tapi since Nourah suka nak jalan-jalan especially with her cousins, kesian lah pula kalau tak bagi dia ikut kan. So, ok lah… I put all my bad thoughts away.
Keluar before 12pm after maghrib, baru lah diorang balik dari KLCC.

Diorang masuk bilik je suddenly my sister asked me, “Nad… tadi ada tak rasa something? Something like motherly instinct?”

Dalam hati I was like, kenapa pula kakak aku ni? Nervous kejap. Tapi still sengih-sengih tanya, “Kenapa? Apa yang dah terjadi?”

“Tadi Nourah hilang kejap.”

Ya Allah… tak tau nak rasa apa bila kakak cakap macam tu. But I’m pretty sure diorang pun lagi lah rasa gelabah bila dapat tau Nourah hilang.

So, kakak cerita bila found out Nourah tak ada, dia and Ika went separate ways cari Nourah. While Ika pergi every level, kakak pun terus cari security officer nak tanya kalau ada dapat report budak hilang. Tak ada.
Then kakak dengan security officer tu pergi ke concierge tanya kat sana pula kalau ada dapat report. Pun tak ada.

Bila kakak nak sambung cari, suddenly that security officer lari panggil kakak nak bagitau diorang baru dapat report ada jumpa budak.
Alhamdulillah, memang betul diorang jumpa Nourah. 

Ika tengok Nourah nangis pun dia nangis sekali. Dah la hilang kat KLCC dengan ramai foreigner lagi. Tapi kalau hilang kat Midvalley atau One Utama lagi lah boleh meraung mungkin. Those two were huuuuuge malls.

So sekarang ni, tengah fikir nak beli leash untuk Nourah ke tak. Well, kalau nak diikutkan pengalaman sendiri memang lately bila berjalan dengan Nourah dia suka wandering around sendiri. Tau-tau je dia jauh kat belakang, stop kat mana-mana kedai lah yang dia nampak menarik.

Risau tau tak! Sigh.