Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Tuesday, June 18, 2019

Salam Aidilfitri 1440H dan Kisah Tertinggal

Assalamualaikum dan hai!

Rasanya tak terlambat lagi kot untuk Nad ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin" buat semua pembaca blog sendu ni. Raya kan sebulan.😁

Anyway, Nad nak kongsi satu cerita. Raya kali ni, macam banyak pula Nad baca cerita pasal tertinggal kat R&R. Nad pun pernah juga tertinggal masa raya exactly 10 tahun yang lepas. Serius! 😆

Kitorang dari Melaka nak sambung beraya ke Singapore. Masa tu ibu pula tak ada sebab jaga my second sister, Kak Dayah, yang tengah berpantang kat Nottingham, UK.

Kalau tak silap ayah berhenti di hentian sebelah Yong Peng kot. (Oh, kalau nak tau, kitorang adik beradik ni kalau masuk kereta memang wajib tidur. Haha.) Masa berhenti tu, Nad terjaga dan nampak ayah keluar kereta nak ke toilet. Lepas tu Nad pun terasa nak buang air juga lah, so nad keluar kereta. Disebabkan adik lelaki dan adik perempuan dua-dua tengah tidur lagi, Nad keluar tak inform diorang.

Lepas setel membuang dan bila keluar dari toilet, Nad nampak kereta baru je bergerak. Nad dah menggelabah lah, sambil fikir takkan ayah tak nampak yang Nad tak ada dalam kereta? Hahaha. Dah lah dengan berbaju kurung moden lagi... macam mana ni nak kejar? Bila kereta dah jauh tu baru terfikir, apasal la tak campak je selipar kat kereta tu kan. 😂

Korang tau lah kan hentian sebelah tu macam mana. Bukannya ramai orang, lepas tu tak ada apa-apa pula kat situ melainkan tandas sahaja. Lainlah R&R ada macam-macam.
Dengan tak ada duit dan handphone, Nad fikir macam mana lah nak contact ayah ni.
Nak tak nak, Nad tebalkan muka tegur seorang pakcik ni dan bagitau lah apa yang terjadi. Nad cakap nak pinjam handphone nak telefon ayah dan pakcik tu bagi. Nasib baik dia percaya kat Nad. Kot lah dia fikir Nad ni scammer ke kan. Haha...

Dah telefon, ayah suruh tunggu kejap nanti ayah datang. Oklah, memang kena tunggu lah kan. Nak pergi mana je lagi.
Agak lama lah juga menunggu sebab ayah kata hentian Yong Peng ni memang jauh giler kalau nak buat U-turn. Tapi tak ingat berapa lama kena tunggu.
Bila dah dalam kereta baru ayah cakap, patutnya minta tolong pakcik tadi untuk hantar kat next R&R. Tak payah lah kena pusing jauh.

Baiklah ayah, next time kalau tertinggal lagi Nad akan minta tolong orang hantarkan. HAHAHA.

Ibu pula cakap, "First time ibu tak ada, dah anak tertinggal pula..." 😌

Thursday, August 17, 2017

Breastfeeding Journey : Enam Bulan Pertama

Assalamualaikum dan hai!!

Bila bercerita tentang breastfeed ni, teringat masa breastfeed Nourah empat tahun lepas. Masa tu tak tau apa-apa langsung. Saya ingatkan menyusu badan benda yang kita boleh tau naturally... maksudnya tak perlu berguru lah. Rupanya SALAH!!
Breastfeeding bukan sekadar selak baju dan suakan puting ke baby. Rupanya lebih dari itu. Paling penting korang mesti bersedia dari segi mental dan fizikal ya. Dan kalau boleh, jika korang dah berniat untuk menyusukan anak sehingga dua tahun, silalah hasut suami bersama untuk mendalami ilmu penyusuan badan. Sokongan dari suami sangatlah PENTING!

Pengalaman bersama Nourah, minggu pertama dah bagi susu formula. Sebab apa?
Sebab ibu dan kakak yang suruh beli... katanya untuk standby. So bila dah ada susu formula tu, of course dalam kepala kita ni dah set, "Okaylah, whatever happens susu formula dah ada..."
Kemudian, puting mula melecet dan berdarah. Masa ni sedih juga... sebab tak dapat nak menyusu direct. Terpaksa perah secara marmet atau manual. Tapi disebabkan tak pandai marmet, mulalah penat dan cepat putus asa. Apa lagi, bagi lah susu formula kan.
Sampai satu hari, demam sebab bengkak susu. Ye lah, bila susu tak keluarkan habis sepenuhnya, memang tinggi risiko untuk dapat bengkak susu. Sejak tu, saya pun rajinkan diri lah untuk memerah. Alang-alang dah perah susu tu, barulah terkedek-kedek nak buat stok EBM. Itupun bila rajin je buat stok. Huhuhu.

Bila dah start kerja, stok susu pun tak banyak. Semua disebabkan tak ada ilmu lah. Tak faham konsep supply vs demand tu. So selama setahun Nourah campur susu -- tapi cuma waktu saya bekerja je lah. Kalau saya kat rumah, dia memang nak direct feed saja. Genap umur Nourah setahun, saya pun berhenti kerja (company nak tutup). Sejak tu, Nourah stop susu botol dan susu formula. Dia cuma direct feed.

Pengalaman Raudah pula berbeza. Kali ni kita dah ada sedikit ilmu. Lepas tu, saya tak bekerja. Maknanya 24/7 saya berada bersama Raudah. Walaupun kali ni pun puting melecet dan luka, tapi saya tetap beri susu badan. Mungkin disebabkan pantang kali ni saya kurang stress, saya tak rasa penat dan tak kisah buat perahan marmet. Cuma ada sekali tu je lah saya bagi susu formula sebab stress dengan result jaundis. Tapi itupun macam satu oz je Raudah minum, mungkin sebab rasa tak sedap kot. Hehe. Nasib baik beli paket susu yang kecil je. Sampai hari ni susu tu tak bersentuh pun. :P

Lebih kurang hampir dua minggu baru luka sembuh sepenuhnya dan alhamdulillah dapat direct feed. Dan sejak tu juga terus buat stok EBM. Sebab masa tu terfikir, manalah tahu ada rezeki dapat kerja. Dah ada stok EBM. Hehehe. Mungkin disebabkan saya dah start pam susu awal-awal, selain daripada direct feeding, maknanya ada lah konsep demand vs supply tu, alhamdulillah dah masuk lapan bulan masih ada rezeki susu untuk Raudah. Siap dapat berpuasa penuh lagi masa bulan puasa hari tu. Semuanya sebab Allah gerakkan hati saya untuk mendalami ilmu penyusuan. Dan stok EBM yang penuh dalam peti ais tu pun ada sebahagian dah dibuang dan dibuat mandi pun sebab dah expired. Hihihi

Saya tak bergantung pada suplemen sangat pun. Macam dalam entri yang sebelum-sebelum ni, saya ambil suplemen untuk masalah lain -- masalah keguguran rambut. Tapi in a way, maybe it does help yang lain-lain juga. Makan macam biasa, tak sekat... sebab bila menyusu badan kan kerap lapar. Lagipun kalau lapar, macam mana nak hasilkan susu? Kalau stress dan lapar, lagilah mengganggu proses penyusuan tu.

Akhir sekali, saya harap entri ni dapat lah beri semangat sikit pada sesiapa yang berniat untuk menyusu badan penuh sehingga dua tahun ya. Dan sebolehnya, dapatkan sokongan dari keluarga terutama suami sebab dia lah yang selalu ada di sisi. Okay! ;)

Sunday, June 11, 2017

Bulan Ramadan dan Menyusu Badan

Assalamualaikum dan hai semua!

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-16 Ramadan. Maknanya dah 16 hari lah kita puasa kan? Ada ke yang terlebih hari puasa? Hihihi... kalau yang kurang tu, kita faham-faham lah kan. :)

Alhamdulillah setakat ini saya pun masih berpuasa penuh. Belum ada hari yang tertinggal atau ditinggalkan. Setiap hari berdoa agar amalan setiap hari yang tak seberapa ni diterima Allah. Harap makin hampir penghujung Ramadan dapat lah pertingkatkan lagi amalan.

Tahun ni, kali pertama saya berpuasa sambil menyusu badan sepenuhnya. Sebelum ni menyusu juga, tapi Ramadan pertama dengan Nourah, masa tu tengah berpantang. Sempat puasa dalam berapa hari je. Kemudian tahun depannya Nourah dah satu tahun, maknanya dia dah mula makan dan kurang menyusu badan. Kurang sikit cabaran berpuasa sambil menyusu.

Puasa kali ni, Raudah baru lima bulan, masih menyusu badan sepenuhnya dan saya tak bekerja. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan berpuasa kali ni. Raudah tak banyak ragamnya. Cerita dengan suami, Raudah kurang menyusu bulan puasa ni. Macam tau-tau je yang kita ni tengah puasa. Hihi. Dia punya kurang menyusu tu sampai terasa hampir bengkak susu. -.-'

Kalau nak diikutkan, beberapa bulan sebelum masuk Ramadan ada juga ganti puasa enam hari, tapi bila dah lepas pukul empat petang tu dah mula menggigil lah. Sampai nak mandikan Nourah dan Raudah waktu petang pun tak larat. Memang terasa haus dan kering betul. So sebelum masuk Ramadan hari tu ada juga rasa sedikit nervous, what to expect puasa kali ni?

Surprisingly, alhamdulillah setiap hari rasa gembira (Haha?) dan bertenaga. Siap boleh berlari dan naik turun tangga. Cuma ada la sekali sekala bila baring untuk menyusu tu terlelap juga. Itu kalau tak puasa pun selalu sangat terjadi. Hihi.
-
-
By the way, ingat lagi tak entri saya berkenaan rambut gugur? Klik sini untuk membaca entri tersebut. Apa yang saya ambil, itulah juga yang saya amalkan di bulan puasa walaupun ada set untuk berpuasa. Beli banyak-banyak yang lain, nanti tak habis dah jadi membazir pula.
Apa pun, supplement ni bukan lah boleh buat kenyang sepanjang hari. Saya ambil supplement pun sekadar untuk top up nutrisi je. Ini saya lah... badan korang mungkin lain.
It's all about mindset, niat kita untuk berpuasa dan doa. Mana ada orang puasa tak rasa lapar langsung kan? Kalau tak lapar tu bukan puasa namanya... :P


Rasanya sampai sini dulu lah entri kali ni. InsyaAllah ada masa kita cerita lagi. :D

Tuesday, January 31, 2017

It's a... Baby Girl!

Alhamdulillah.... alhamdulillah... alhamdulillah...

Segala puji hanya bagi Allah.

Tepat 40 minggu, pada 31 Disember 2016 jam 5.49 pagi, saya telah selamat melahirkan seorang puteri.


Here's what had happened... (WARNING!! this is gonna be a very long entry. Untuk dijadikan kenangan sendiri pada masa akan datang).

On 30th December, masa bangun pagi nak solat subuh, pinggang dah rasa sakit lain macam. Tapi still relax lagi lah sebab sakit tu bearable. Masa buang air dah nampak blood show. Tapi sikit sangat, so rasa macam tak percaya la. Haha. Lepas mandi dan solat subuh, terus bersiap nak ke hospital, sebab dah dapat surat untuk admit. Doctor suruh induce, tak bagi overdue since kes bleeding sebelum ni.

Disebabkan dah ada pengalaman kan, masa kat hospital tu tak gelabah sangat compared nak bersalin Nourah dulu. Masa Nourah kitorang skip procedure check up kat PAC, terus masuk wad (tak tau pun wujudnya PAC tu. Hahaha). Masa kat wad tu doktor tanya, "Siapa suruh admit? Dah check kat PAC ke?" Hahaha... malu juga la masa tu bila doktor suruh keluar wad, dan tunggu 10 hari lagi. Kalau tak bersalin lagi bila dah 10 hari, masuk wad balik untuk induce. And yes, Nourah was induced.

So, sesampai je kami di Hospital Ampang, mujur rezeki kami baik pagi tu, senang dapat parking. Disebabkan tak emergency, sempat singgah kedai sekejap beli susu. Hehe. Walaupun kali ni dah ada surat untuk admit wad terus, kitorang tetap ke PAC juga, just to confirm. Ye lah, tak nak la kena buat banyak kerja turun naik hospital macam previous labor. Haha. Dan memang betul pun, nurse cakap tunjuk je surat kat registration counter dah boleh terus register untuk masuk wad. Hihi.

Selesai register dan bayaran semua, kami naik atas dan 'check-in' second class ward. Masa dalam wad, doktor datang check dan tanya a few questions. Then saya inform doktor yang pagi tadi dah ada blood show. So doktor pun check bukaan jalan dan doktor kata dah buka 2 cm. 

"Ok, that's good. Kalau bukaan tu ada progress, then I don' have to be induce," I thought.

Later on that day, doktor pakar pula datang follow up. Dia kata kalau tak ada progress, esok pagi akan induce. Which means, there's a possibility baby keluar on new year. Masa tu pun dah tawakkal dan redha je lah if what the doctor said is true. Tapi kalau boleh, jangan lah sampai new year. Boring kot nak duduk hospital lama-lama.

Since dah duduk dalam wad, tak ada benda lain nak buat kan, sepanjang hari tu buat macam-macam gaya. Sekejap mencangkung, sekejap buat squat, sekejap sujud atas katil... segala posisi untuk cepatkan bukaan la dah buat. Tapi belum ada rasa contraction lagi. Bila husband datang melawat petang tu baru start rasa mild contraction. Husband cakap, lepas habis waktu melawat nanti dia balik ke rumah kakak dia kat Ampang. Ok lah. Duduk kat hospital pun, tak ada tempat menunggu yang selesa.

Malam lepas solat isyak, masih teruskan squat dan mencangkung. Dalam wad tu pun dah tinggal saya sorang je. Orang kat katil sebelah masuk wad kejap, lepas tu dah masuk labor room. Katil depan dua-dua kosong. Agak-agak dah boring, ingat nak tidur. Ye lah, takut letih mengantuk time nak bersalin nanti. TAPI... tak boleh nak tidur dah malam tu. Perut dah start rasa contraction yang kuat sikit. So saya start track contraction guna apps. 

Mula-mula selang 20 minit. Lepas tu 15 minit. Masa tu dah pukul 11 malam lebih. Tahan lagi... dalam hati macam nak suruh nurse check jalan, tapi sabar. Cuba lagi untuk tidur, sebab mengantuk sangat dah. Baru lelap mata sekejap, datang balik contraction. Masa tu gap contraction pun makin dekat. Then, nurse datang ambil temperature dan blood pressure. Katanya sekejap lagi nurse lain datang nak pasang machine CTG.

Dia punya sekejap lagi tu, dekat sejam lebih tunggu, tak datang juga. Contraction dah makin dekat, dalam every 7 minit. Call suami suruh standby dekat hospital je. Masa tu dah pukul 2 pagi. Tunggu lagi, kalau boleh biar rasa tak tahan sangat. Tapi fikirkan kesian pula suami nak kena tunggu lama (menyesal juga la suruh dia datang cepat-cepat, padahal boleh tahan lagi), so saya pun cakap kat nurse nak check jalan (masa tu nak jalan pun dah susah). Bila nurse check aje, dia kata, "jalan dah buka ni... dah 6cm pun".

I was like, "alaaa baru 6cm je ke? Tak cukup besar lagi". Tapi dalam hati je lah. Hahaha... 

Disebabkan nurse dah kata 6cm, nak tak nak kena la bersiap-siap untuk masuk labor room. Sebelum masuk labor room tu, ada doktor pula datang nak confirmkan jalan. Sebab tadi nurse cakap, kepala baby macam dah bawah sangat. Lepas doktor confirmkan dan cakap I'm good to go, saya sambung balik makan biskut dengan kurma sikit lagi buat alas perut. Faham je lah, pagi buta punya lapar tu macam mana kan?

Masuk labor room lebih kurang pukul 4.30 pagi. Masa dalam labor room ni agak menyakitkan hati sikit. Hihihi. So moving fast forward, lepas pecah ketuban semua, suami masuk teman, alhamdulillah, pukul 5.49 pagi selamat keluar baby girl. Sama macam kakak dia. Nak tunggu masuk subuh juga baru nak keluar. But only this time tak lama sangat kat labor room.
So... that's it. Kenangan melahirkan anak kedua. :) :) :)

Raudah Safiyyah nama diberi. Hajat doa dari semua agar anak ini membesar jadi anak solehah. Yang mampu memberi manfaat pada agama dan manusia lain.

Monday, December 5, 2016

2nd Pregnancy Journey: Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)

Assalamualaikum dan hai,

Nak cerita pengalaman buat Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) atau nama lainnya minum air gula.
Actually, sekarang ni pun dah nak masuk 37 weeks pun. Tapi nak juga tulis experience buat test air gula ni untuk kenangan akan datang. Hehehe.

Masa first pregnancy tiga tahun lepas tak kena pun minum air gula. Walaupun waktu tu berat naik banyak dan nurse ada juga cakap kena minum air gula. Tapi agaknya dia lupa kot, so terlepas lah.

Tapi kali ni, nak tak nak kena minum juga.

Masa pergi check up bulan July haritu, tak silap dah masuk 16 weeks, baru pergi Klinik Kesihata Ibu dan Anak (KKIA) untuk buka buku merah. Yes, masa ni dah kira lewat lah juga untuk buka buku kat KK. Doctor dan nurse tanya juga, kenapa lambat buka buku merah.

"Sebab dapat tau pregnant masa nak masuk bulan puasa. Sibuk buat persiapan puasa dan raya..." jawab saya. Hahaha. Padahal sebenarnya sebab malas nak datang KK nanti bosan kena menunggu giliran lama sangat. :D

Prosedur bila buka buku macam biasa la kan. Diorang akan tanya medical history kita, previous pregnancy dan medical history family, kalau parents ada darah tinggi, kencing manis, etc. Alhamdulillah semuanya sihat walafiat. Tapi lepas settle je check up dengan doctor, tiba-tiba je dia kata, "ok.. nanti saya set kan appointment untuk MGTT Jumaat ni ye?"

Masa tu saya dah terkejut dah sebab ingatkan selamat dari minum air gula since dah bagitau family tak ada masalah kesihatan. So saya pun tanya lah, "Kena minum air gula ke?"

"Yup... sekarang semua yang umur 25 tahun ke atas kena minum air gula. Sebab sekarang ni budak-budak pun dah ada diabetes disebabkan cara hidup yang tak sihat. So, walaupun family awak tak ada history diabetes pun, awak kena buat test air gula..."

That time, I was like GULP!!

Dan hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Malam tu dah puasa dari pukul 10 malam lagi. Semangat juga pergi KK sebelum pukul 8 pagi. Mula-mula nurse ambil darah dulu. Lepas tu baru minum air gula.

First few sips rasa okay lagi. Tapi lama-lama tak boleh nak telan. Sebab diorang kacau tak betul kot. Kat atas tawar sikit.. bila air makin kurang, bawah tu rasa manis pekat sungguh. Lepas tu memang pening kepala lah. Hahahaha... dah habis minum tu, mula-mula ingat nak balik rumah sebab kena tunggu dua jam baru nurse ambil darah lagi. Tapi bila fikirkan malas nak ulang alik, duduk je lah kat klinik tu. Tu pun nasib baik dah stand by bawak buku cerita.

Lepas dua jam, nurse pun ambil darah lagi sekali... yang tak best nya, nurse yang ambil darah tu cucuk sakit kot. Daripada saya ni jenis tak takut kena inject, boleh jadi fobia bila dengar orang kata nak ambil darah.

Esoknya, tempat kena cucuk dua kali tu bengkak teruk. -__-"
.
.
Itu kali pertama buat test gula. Masa minggu ke-25 kot, appointment check up seminggu lepas raya haji. Masa ni memang tak sangka betul yang berat naik mendadak, sampai 4kg untuk sebulan!! Haaa... apa lagi, time ni tak payah doctor dan nurse bagitau, saya sendiri pun boleh agak yang saya mesti kena repeat minum air gula lagi. Hahaha..

Tapi kali ni punya minum air gula.. rasa macam tak boleh tahan. Rasa nak termuntah sebab sebelum minum lagi dah terbayang-bayang betapa tak sedapnya air gula tu. Masa ni bawak air masak sebab dah tau kan macam mana rasa haus lepas minum air gula tu. Tapi tak boleh minum banyak pun, setakat buat basah tekak je.

Nasib baik kali ni tak muntah juga sebab kalau muntah, patutnya kena minum air gula lagi. Mana berani nak tipu cakap tak muntah kan. Buat nya ada apa-apa komplikasi lepas tu, sendiri juga yang susah.

Apa pun, alhamdulillah result untuk both MGTT tu normal. Tak ada tanda-tanda ada kencing manis masa mengandung. ALHAMDULILLAH... :)


Friday, May 23, 2014

Peristiwa di Pejabat Imigresen Hartamas

Assalamualaikum,

This incident happened to my sister actually. Dan saya pun tergerak hati nak tolong ceritakan kat orang lain, harap boleh dijadikan teladan.

It happened February last year. Kakak terpaksa bawa dua - dua anaknya ke Imigresen untuk extend stay kat Malaysia. Yes, my nephews bukan warganegara Malaysia... Huhuhu. Dan diorang pergi ke Imigresen Hartamas. Sampai sana around pukul 11am, kalau saya tak lupa la ceritanya, tapi yang pasti mereka sampai pagi la. Haha. Mereka ada kat sana dari pagi sampai lah pukul 6pm sebab kakak was told by the immigration people that their system was down.

Terpaksa tunggu lama satu hal. Nak dijadikan cerita, petang tu ada seorang perempuan pergi ke kaunter bayaran nak tanya something. Tapi pegawai tu layan dia kasar, macam nak tak nak je. Perempuan tu bagitau baik - baik dekat pegawai tu, "saya tanya baik2 ni. Kalau ye pun, cuba lah senyum." Pegawai tu balas dengan alasan dia banyak kerja. Masalahnya, pandang pun tak nak. Perempuan yang tanya tu terus pergi dari situ. 

Lepas tu pegawai tadi mengadu kat kawan sebelah dia, "ada ke dia suruh kita senyum kat dia? Dia tak tau ke kita banyak kerja ni? Non stop buat kerja dari tadi...." Kakak saya terkejut betul bila dengar dia cakap macam tu. Dan kebetulan pula lepas tu giliran kakak saya untuk berurusan dengan dia, nak buat bayaran.
Kakak tanya, "berapa?"
Pegawai tu mumble.
Kakak "hah?" sebab tak dengar dengan jelas...
Pegawai jawab, "RM180, dua orang kan?" dengan nada garangnya.
Kakak dah bengang time tu, dalam hati kata "bukan terkejut sebab mahal. Sebab tak dengar je"

Tak lama lepas tu ada seorang foreigner datang bertanya, boleh pula dia cakap baik - baik siap senyum..
Kakak rasa marah sangat dengan pegawai tu. Kalaulah kaka berani, memang dia dah ambil gambar pegawai tu dan post saja di mana - mana laman sosial. Saya yang dengar cerita tu pun rasa geram, apatah lagi yang mengalami sendiri kan? Disebabkan orang macam dia lah ramai yang complaint pasal pekerja kerajaan yang buat kerja sambil lewa. Kalau tak suka nak melayan orang, better jangan kerja kat front desk. Dah memang dia ditugaskan untuk layan setiap pertanyaan orang, kalau boleh dengan senyuman. Bukan lah mengharap sangat dia senyum tersengih ke apa. Tapi, biar lah ada budi bahasa, nampak sikit ikhlas nak bekerja. Dan kalau boleh, jangan lah pula memilih pelanggan kalau nak layan baik ke, buruk ke. Aduhai....

Monday, May 12, 2014

Kenapa Shaklee?

Assalamualaikum,

Tahun 2010 saya diperkenalkan dengan Energizing Soy Protein atau nama glamornya ESP oleh seorang aunty, katanya saya ni terlampau kurus. Tapi waktu tu on-off amalkan ESP. Tambah pula tiada guidance macam mana nak makan ESP ni. Tak habis pun, dah expired. Terbuang macam tu saja. Huhu.

Kemudian pada tahun 2012 saya mengandung. Waktu tu saya blogwalking dan terberhenti di blog YM. Disebabkan waktu tu juga saya memang mencari makanan tambahan untuk diri sendiri dan baby, saya tertarik dengan set hamil. Dan antara lain yang buatkan saya nak beli dengan YM ni sebab nak tolong dia. Anak dia mengalami masalah jantung berlubang. So, for the sake of the little precious inside of me and for the sake of YM's little darling, saya pun ambil satu set Shaklee.

Mula - mula risau juga kalau hangat - hangat tahi ayam bila beli satu set ni. Hihi. Tambah pula bila nampak tin ESP, teringat ESP lama yang terbuang macam tu je. Hehe... tapi kuatkan semangat juga. Ingat balik niat asal, untuk baby sihat. At the end, lepas bersalin pun masih ada lagi. Hahaha. Cuma ada la a few vitamins yang memang dah habis. ESP je yang masih bertahan. :P

Lepas tu pasang niat baru nak menyusukan anak, so sejak tu memang konsisten minum ESP. Lepas tu mula beli sikit - sikit top up vitamin yang dah habis. Sedar - sedar, banyak juga beli Shaklee ni. So sejak itulah saya sign up as a Shaklee member. Sebab nak dapatkan harga ahli untuk setiap pembelian barang, dan daftar ahli cuma RM75 sahaja. Waktu tu tak pernah terfikir lagi nak cuba business Shaklee. Tapi sebab family kirim nak itu, nak ini. Diam tak diam, saya achieve point UV untuk bulan tu. Dapat lah bonus RM24++.

Tak sangka, lepas tu lagi rasa minat pula nak berkongsi kebaikan. Kita dah cuba produk ni, rasa lebih yakin untuk bercerita. Dan saya tau Shaklee berbeza dari MLM yang pernah saya dengar sebelum ni. Kalau downline kita bersungguh - sungguh buat sales, tapi kita tak buat sales.... jangan harap kita nak dapat bonus. Konsepnya, siapa usaha dia dapat. Dan sejak saya join Shaklee ni, saya dapat ramai kenalan baru tak kira lah dari mana.

For those yang ingin menjana side income atau buat ibu - ibu bekerja yang teringin nak jadi suri rumah sepenuh masa, Shaklee is the right thing to do. Terpulang kepada masing - masing sama ada ingin berubah atau kekal di tempat yang lama.


Jika berminat, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut dan saya akan bantu untuk daftarkan anda.
Bayaran cuma RM75 (RM65 + pos starter kit RM10) seumur hidup. Bukan tipu... :)
Mereka yang betul - betul berminat insyaAllah berjaya.


I'm Your Shaklee Independent Distributor
Nadhira ♥
013-7319472

Friday, May 9, 2014

Binatang Peliharaan Saya

Assalamualaikum,

Amboi... tajuk macam tajuk karangan sekolah rendah. Hahaha... korang ada tak haiwan peliharaan? Kalau tak ada pun, binatang apa yang korang teringin nak pelihara?

Hehehe. Selalunya, ramai yang pilih kucing sebagai haiwan peliharaan kan? Atau pun dipanggil pet lah senang sikit. Dulu saya pun suka sangat kucing dan teringin nak bela kucing as a pet. Tapi ibu tak kasi. Dia risau adik saya yang asma dan at that moment, saya ada eczema. Bila kena bulu kucing, gatal kulit. Huhu.

Garang garang nak pergi mana? Haha. (sumber: google)

Kakak saya pernah bela arnab dulu, lepas tu tak tau lari ke mana. Hilang macam tu je... atau mungkin kena makan ular sebab belakang rumah dulu hutan belukar. Pernah juga beberapa kali terserempak dengan ular dan biawak besar. Hahaha. Kitorang lepaskan arnab ni kat laman belakang rumah je. Ada pintu lama kat belakang rumah, dua - dua ekor ni selalu melepak belakang tu. Maybe dia rasa tu shelter dia kot.

Dua ekor lebih kurang macam ni lah warnanya. (sumber: google)
Lepas tu bela hamster dua ekor pula. Tapi tak lama juga sebab dua - dua mati kot. Ke hilang melarikan diri dan kena makan ular juga? Hehehe. Hamster ni best juga bela sebab kan kecil je, boleh biar dia jalan - jalan atas tangan kita. Paling comel bila tengok dia makan, sumbat kuaci dalam mulut. Hahaha. Lepas tu lari pusing - pusing kat wheel dia tu.

Kenapa montel sangat ni?... (sumber: google)
Pernah juga adik beli anak ayam. Satu masa dulu kan popular anak ayam macam - macam warna jual kat pasar malam tu. Kesian anak ayam kena spray tau. Tapi rasanya sama juga, tak lama lepas tu anak ayam mati. Sobsobsob... ye lah, nak bela ayam tapi takde ilmu nak jaga. Nak bagi makan apa, nak kena mandi ke tak? Ayam ni duduk dalam bilik pula tu. Macam mana lah diorang nak main kan?

Dah serupa cotton candy pun ada. (sumber: google)
Binatang last sekali yang kitorang pernah bela ialah kura - kura. Dari kecil yang bela dalam akuarium mini tu last - last jadi besar sangat kena letak dalam besen. Mana lah tak besar, makan kangkung banyak. Lepas tu besen letak dalam bilik air. Tau tak perasaan bila kura - kura keluar kepala bila kita dalam toilet? Hahahaha. -__-"

Kalau besar lagi ni, boleh duduk kot atas dia? (sumber: google)
Tu semua binatang yang kitorang pernah pelihara kat rumah lama, rumah teres. Sekarang bila pindah ke rumah apartment, pernah bela binatang kecil je iaitu ikan. Sebab on the way nak ke rumah kitorang, ada banyak kedai - kedai jual ikan. Tu yang saja - saja nak cuba bela ikan. Tapi macam biasa, yang hidup pasti akan mati. Tambah pula family saya jenis selalu berjalan. Memang innalillah lah bila ikan - ikan tu kena tinggal. Huhuhu.

Paling latest... sebenarnya tak sengaja pun nak bela binatang comel ni. Tiba - tiba je ada kat balcony rumah saya. Bila dua ke tiga hari tengok dia duduk diam, makan banyak dan semakin gemuk. Rasa macam seronok pula. Dah siap nak google dah cara hidup binatang ni. Tapi... tiba - tiba esok hari nya, hilang macam tu je. Tak ada tanda atau jejak yang ditinggalkan langsung... sedih kot. T___T

Ulat beluncas lepas di poko limau purut saya. Habis botak daun. Huhu
Kawan - kawan kata mungkin dia dah jadi rama - rama yang cantik. Tapi saya tak percaya sebab dia belum jadi kepompong lagi. Bukan sekejap kitaran hidup dia. Kakak saya kata, mungkin dah kena makan dengan burung sebab nampak gemuk dan sedap. Hmm... mungkin. Haha.

You will be missed ulat beluncas. Hihihi...