Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Friday, May 9, 2014

Binatang Peliharaan Saya

Assalamualaikum,

Amboi... tajuk macam tajuk karangan sekolah rendah. Hahaha... korang ada tak haiwan peliharaan? Kalau tak ada pun, binatang apa yang korang teringin nak pelihara?

Hehehe. Selalunya, ramai yang pilih kucing sebagai haiwan peliharaan kan? Atau pun dipanggil pet lah senang sikit. Dulu saya pun suka sangat kucing dan teringin nak bela kucing as a pet. Tapi ibu tak kasi. Dia risau adik saya yang asma dan at that moment, saya ada eczema. Bila kena bulu kucing, gatal kulit. Huhu.

Garang garang nak pergi mana? Haha. (sumber: google)

Kakak saya pernah bela arnab dulu, lepas tu tak tau lari ke mana. Hilang macam tu je... atau mungkin kena makan ular sebab belakang rumah dulu hutan belukar. Pernah juga beberapa kali terserempak dengan ular dan biawak besar. Hahaha. Kitorang lepaskan arnab ni kat laman belakang rumah je. Ada pintu lama kat belakang rumah, dua - dua ekor ni selalu melepak belakang tu. Maybe dia rasa tu shelter dia kot.

Dua ekor lebih kurang macam ni lah warnanya. (sumber: google)
Lepas tu bela hamster dua ekor pula. Tapi tak lama juga sebab dua - dua mati kot. Ke hilang melarikan diri dan kena makan ular juga? Hehehe. Hamster ni best juga bela sebab kan kecil je, boleh biar dia jalan - jalan atas tangan kita. Paling comel bila tengok dia makan, sumbat kuaci dalam mulut. Hahaha. Lepas tu lari pusing - pusing kat wheel dia tu.

Kenapa montel sangat ni?... (sumber: google)
Pernah juga adik beli anak ayam. Satu masa dulu kan popular anak ayam macam - macam warna jual kat pasar malam tu. Kesian anak ayam kena spray tau. Tapi rasanya sama juga, tak lama lepas tu anak ayam mati. Sobsobsob... ye lah, nak bela ayam tapi takde ilmu nak jaga. Nak bagi makan apa, nak kena mandi ke tak? Ayam ni duduk dalam bilik pula tu. Macam mana lah diorang nak main kan?

Dah serupa cotton candy pun ada. (sumber: google)
Binatang last sekali yang kitorang pernah bela ialah kura - kura. Dari kecil yang bela dalam akuarium mini tu last - last jadi besar sangat kena letak dalam besen. Mana lah tak besar, makan kangkung banyak. Lepas tu besen letak dalam bilik air. Tau tak perasaan bila kura - kura keluar kepala bila kita dalam toilet? Hahahaha. -__-"

Kalau besar lagi ni, boleh duduk kot atas dia? (sumber: google)
Tu semua binatang yang kitorang pernah pelihara kat rumah lama, rumah teres. Sekarang bila pindah ke rumah apartment, pernah bela binatang kecil je iaitu ikan. Sebab on the way nak ke rumah kitorang, ada banyak kedai - kedai jual ikan. Tu yang saja - saja nak cuba bela ikan. Tapi macam biasa, yang hidup pasti akan mati. Tambah pula family saya jenis selalu berjalan. Memang innalillah lah bila ikan - ikan tu kena tinggal. Huhuhu.

Paling latest... sebenarnya tak sengaja pun nak bela binatang comel ni. Tiba - tiba je ada kat balcony rumah saya. Bila dua ke tiga hari tengok dia duduk diam, makan banyak dan semakin gemuk. Rasa macam seronok pula. Dah siap nak google dah cara hidup binatang ni. Tapi... tiba - tiba esok hari nya, hilang macam tu je. Tak ada tanda atau jejak yang ditinggalkan langsung... sedih kot. T___T

Ulat beluncas lepas di poko limau purut saya. Habis botak daun. Huhu
Kawan - kawan kata mungkin dia dah jadi rama - rama yang cantik. Tapi saya tak percaya sebab dia belum jadi kepompong lagi. Bukan sekejap kitaran hidup dia. Kakak saya kata, mungkin dah kena makan dengan burung sebab nampak gemuk dan sedap. Hmm... mungkin. Haha.

You will be missed ulat beluncas. Hihihi...

Thursday, April 17, 2014

Evolusi Ayam Kenny Rogers

Assalamualaikum,

Last Saturday, lepas habis New Distributor Training Shaklee di Times Square Hotel, saya dan family berjalan - jalan pula di shopping mall sebab nak lepaskan solat Maghrib dulu baru balik. Lepas solat Maghrib tu, suami kata dia lapar dan dia decide nak makan Kenny Rogers. Saya pun ok je lah.

Suami kata dia nak order macam biasa, quarter meals. Dan saya pula ternampak Kenny's Tortilla Wrap, saya order wrap saja. Saja nak cuba menu baru. Boleh tahan sedap wrap dia, tambah pula banyak salad. Tapi kecil je wrap tu, tak cukup untuk orang yang kuat makan. Haha.

Lepas tu, bila datang quarter meal suami, kami terkejut sangat sebab.... ayam nye kecil. Serious! Macam - macam teori kami keluarkan. Mungkin ni ayam serama, tak pun ayam kampung. Atau ayam tak cukup makan. Hahaha... kalau dulu quarter chicken ni boleh berkongsi dua orang. Sedap - sedap je kenyang. Tapi haritu, makan sorang pun, kalau ikut level pou, tak penuh 100%. Hihihi.


Biasanya saya memang tak akan percaya lah iklan. Tapi saja nak letak juga. Ini gambar quarter meal dalam website Kenny Rogers Roaster Malaysia. Menyelerakan bukan? Besar ayam tu. Macam kalau makan, kena lari pusing Tasik Titiwangsa 3 kali untuk buang lemak dalam badan. Haha.
 

Gambar ini pula ialah quarter meal waktu kami makan di Kenny Rogers Sunway Pyramid bulan Disember tahun lepas. Masih acceptable. Ayam boleh kata besar juga.


Ini pula ialah quarter meal di Kenny Rogers Roaster Times Square. Bahagian paha. Kecil. (Lagi satu side dish ialah fruit salad. Lupa nak masukkan balik time snap gambar ni. Hehe)

Boleh nampak kan perbezaannya? Walaupun mungkin ada yang kata angle saya ambil gambar membuatkan ayam nampak berbeza saiz. Tapi, rasanya perbezaan real life dan dalam gambar tak ketara sangat kot. Kecik hati kita tau bila dapat ayam macam ni. Sekecik ayam ni juga... kahkah