Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Tuesday, April 16, 2019

Introducing My Third Baby Princess


Alhamdulillah. 

On 12th of March 2019 I’d safely delivered my baby princess at Hospital Ampang.
Introducing our third baby, Dhuha (walaupun bersalin waktu subuh. Hihi).


 So...

On Monday 11th of March, my husband took his time off. Kitorang jalan-jalan lah kat Melawati Mall (hari sebelumnya dah pergi IKEA Cheras makan meatball dan pusing MyTown. Tapi masih tak puas lagi berjalan. Haha). 
Mula-mula berjalan tu ok lagi. Tapi lepas lunch tiba-tiba rasa mild contraction. Tak kerap pun, still bearable. Masih boleh pusing lagi semua level Melawati Mall dan ikut husband berurusan kat bank almost 2 jam. Dan malam pun sempat lagi masak untuk makan malam. 

Then around 10pm, ada blood show. Sikit je pun. Tapi sebab I ni sejenis cepat paranoid, bagitau husband ada darah. Tapi bukan fresh blood. Jom pergi hospital.

So kitorang pun pergilah malam tu juga bawa sekali anak-anak. Sebab dalam fikiran nak check to confirm saja, ingatkan tak ada apa-apa lah. Kitorang assume lepas check boleh balik.
Sekali doctor check jalan dah buka 4cm!
Heh, bila 4cm tu maknanya dah kena masuk labour room (LR).
Dah lah masa tu tak ada pun rasa sakit contraction. Rasa tak boleh nak terima news tu, tak percaya langsung sebab tak bersedia. Padahal 12 Mac tu memang tarikh due date pun. lol.

So I asked the doctor, "husband kat dalam kereta dengan anak-anak. Boleh ke tunggu dia hantar anak-anak balik rumah mak dulu?"
Nurse yang ada kat situ tanya, "rumah mak kat mana?"
"Dekat je...", I replied.
Dia pun bagi sebab katanya sempat lagi ni nak tunggu. 

When I'd informed my husband dah nak kena masuk LR, dia lagi terkejut. lol. Dia pun kelam kabut hantar anak-anak. Dah lah sebelum pergi hospital tak inform ibu. Masa nak hantar Nourah dan Raudah tu, banyak kali call ibu tapi tak berjawab. Ye lah, dah pukul 1 pagi. Haha.

So, lepas husband settle semua, sampai semula kat hospital dalam 2.30 pagi.
Pukul 3 pagi, nurse dah panggil untuk masuk LR.
Masa masuk LR tu masih lagi rasa tak percaya sebab tak sakit pun lagi. Tapi tu lah, padan muka kat diri sendiri. Gelabah sangat nak pergi hospital malam tu juga instead of tunggu dulu sakit contraction.

But it’s ok. Everything has been written, kan.

Jangan percaya jam tu lambat 5 jam

So, terbaring lah kat katil LR kebosanan menunggu contraction yang tak kunjung tiba. At 5.45am nurse masukkan ubat (tak ingat nama ubat tu tapi untuk lembutkan serviks dan cepatkan bersalin). Lepas tu je memang terus rasa sakit contraction datang kerap. Makin lama terasa makin kerap, like every 5 minutes sakit. At 6.45am cakap kat nurse dah tak tahan sangat sakit rasa nak beranak. 

Padahal masa tu nurse tak siap prepare lagi. Ada ke patut dia suruh tahan kejap? Haha.
Kelam kabut dia siapkan barang dan letakkan alas semua. Tak lama lepas tu start push, terus keluar baby in less than 5 minutes. Dan masa tu juga lah baru tau gender of the baby. 

Sepanjang pregnant, everyone been telling me it’s a boy. Macam-macam teori, perut bulat lah, nampak senget ke kanan lah, perangai Raudah macam lelaki lah. Even a couple of strangers jumpa kat kedai pun nak main teka juga. 
Kitorang pula tak bersungguh pun nak tau gender baby. Masa scan during antenatal check up kat Klinik Kesihatan (KK) ada juga minta doctor tengokkan, tapi tak nampak. So we’re just, "tak kisah lah apa-apa pun". Tak kuasa pula nak pergi private clinic to check the gender saja. We’re so cheapskate liddat. Haha.

So, that’s about it.
It’s been a month, so far Dhuha is a sleepyhead. Tidur, bangun nak susu, kencing berak, tidur balik. Semalam pergi check up, her weight increased by 1.5kg… growing up like a champion! :D

Dhuha at 31 days

***

Every pregnancy is different. 

This one is my least favorite journey compared to my previous two pregnancies. I didn’t enjoy much because I have pain around my waist… since before pregnant until this moment. Maybe sakit sebab menyusukan Raudah. You know, bila susu sambil mengiring lama kan penat sangat. Memang sakit pinggang. 

So everytime baring mengiring, bila nak gerak bangun or pusing to the other side je mesti terasa setiap pergerakan tulang kat pinggang tu. During pregnant is the worst, tambah pula bila makin besar perut lagi lah terasa. Setiap malam nak tidur rasa sakit sangat. So most of the time kena tidur sambil duduk. 

I’ve been trying to set a date to see a chiropractic, tapi belum ada masa dan duit. Most probably lepas raya lah kot baru decide nak pergi chiro mana. Itupun kalau boleh tahan.

Tuesday, January 31, 2017

It's a... Baby Girl!

Alhamdulillah.... alhamdulillah... alhamdulillah...

Segala puji hanya bagi Allah.

Tepat 40 minggu, pada 31 Disember 2016 jam 5.49 pagi, saya telah selamat melahirkan seorang puteri.


Here's what had happened... (WARNING!! this is gonna be a very long entry. Untuk dijadikan kenangan sendiri pada masa akan datang).

On 30th December, masa bangun pagi nak solat subuh, pinggang dah rasa sakit lain macam. Tapi still relax lagi lah sebab sakit tu bearable. Masa buang air dah nampak blood show. Tapi sikit sangat, so rasa macam tak percaya la. Haha. Lepas mandi dan solat subuh, terus bersiap nak ke hospital, sebab dah dapat surat untuk admit. Doctor suruh induce, tak bagi overdue since kes bleeding sebelum ni.

Disebabkan dah ada pengalaman kan, masa kat hospital tu tak gelabah sangat compared nak bersalin Nourah dulu. Masa Nourah kitorang skip procedure check up kat PAC, terus masuk wad (tak tau pun wujudnya PAC tu. Hahaha). Masa kat wad tu doktor tanya, "Siapa suruh admit? Dah check kat PAC ke?" Hahaha... malu juga la masa tu bila doktor suruh keluar wad, dan tunggu 10 hari lagi. Kalau tak bersalin lagi bila dah 10 hari, masuk wad balik untuk induce. And yes, Nourah was induced.

So, sesampai je kami di Hospital Ampang, mujur rezeki kami baik pagi tu, senang dapat parking. Disebabkan tak emergency, sempat singgah kedai sekejap beli susu. Hehe. Walaupun kali ni dah ada surat untuk admit wad terus, kitorang tetap ke PAC juga, just to confirm. Ye lah, tak nak la kena buat banyak kerja turun naik hospital macam previous labor. Haha. Dan memang betul pun, nurse cakap tunjuk je surat kat registration counter dah boleh terus register untuk masuk wad. Hihi.

Selesai register dan bayaran semua, kami naik atas dan 'check-in' second class ward. Masa dalam wad, doktor datang check dan tanya a few questions. Then saya inform doktor yang pagi tadi dah ada blood show. So doktor pun check bukaan jalan dan doktor kata dah buka 2 cm. 

"Ok, that's good. Kalau bukaan tu ada progress, then I don' have to be induce," I thought.

Later on that day, doktor pakar pula datang follow up. Dia kata kalau tak ada progress, esok pagi akan induce. Which means, there's a possibility baby keluar on new year. Masa tu pun dah tawakkal dan redha je lah if what the doctor said is true. Tapi kalau boleh, jangan lah sampai new year. Boring kot nak duduk hospital lama-lama.

Since dah duduk dalam wad, tak ada benda lain nak buat kan, sepanjang hari tu buat macam-macam gaya. Sekejap mencangkung, sekejap buat squat, sekejap sujud atas katil... segala posisi untuk cepatkan bukaan la dah buat. Tapi belum ada rasa contraction lagi. Bila husband datang melawat petang tu baru start rasa mild contraction. Husband cakap, lepas habis waktu melawat nanti dia balik ke rumah kakak dia kat Ampang. Ok lah. Duduk kat hospital pun, tak ada tempat menunggu yang selesa.

Malam lepas solat isyak, masih teruskan squat dan mencangkung. Dalam wad tu pun dah tinggal saya sorang je. Orang kat katil sebelah masuk wad kejap, lepas tu dah masuk labor room. Katil depan dua-dua kosong. Agak-agak dah boring, ingat nak tidur. Ye lah, takut letih mengantuk time nak bersalin nanti. TAPI... tak boleh nak tidur dah malam tu. Perut dah start rasa contraction yang kuat sikit. So saya start track contraction guna apps. 

Mula-mula selang 20 minit. Lepas tu 15 minit. Masa tu dah pukul 11 malam lebih. Tahan lagi... dalam hati macam nak suruh nurse check jalan, tapi sabar. Cuba lagi untuk tidur, sebab mengantuk sangat dah. Baru lelap mata sekejap, datang balik contraction. Masa tu gap contraction pun makin dekat. Then, nurse datang ambil temperature dan blood pressure. Katanya sekejap lagi nurse lain datang nak pasang machine CTG.

Dia punya sekejap lagi tu, dekat sejam lebih tunggu, tak datang juga. Contraction dah makin dekat, dalam every 7 minit. Call suami suruh standby dekat hospital je. Masa tu dah pukul 2 pagi. Tunggu lagi, kalau boleh biar rasa tak tahan sangat. Tapi fikirkan kesian pula suami nak kena tunggu lama (menyesal juga la suruh dia datang cepat-cepat, padahal boleh tahan lagi), so saya pun cakap kat nurse nak check jalan (masa tu nak jalan pun dah susah). Bila nurse check aje, dia kata, "jalan dah buka ni... dah 6cm pun".

I was like, "alaaa baru 6cm je ke? Tak cukup besar lagi". Tapi dalam hati je lah. Hahaha... 

Disebabkan nurse dah kata 6cm, nak tak nak kena la bersiap-siap untuk masuk labor room. Sebelum masuk labor room tu, ada doktor pula datang nak confirmkan jalan. Sebab tadi nurse cakap, kepala baby macam dah bawah sangat. Lepas doktor confirmkan dan cakap I'm good to go, saya sambung balik makan biskut dengan kurma sikit lagi buat alas perut. Faham je lah, pagi buta punya lapar tu macam mana kan?

Masuk labor room lebih kurang pukul 4.30 pagi. Masa dalam labor room ni agak menyakitkan hati sikit. Hihihi. So moving fast forward, lepas pecah ketuban semua, suami masuk teman, alhamdulillah, pukul 5.49 pagi selamat keluar baby girl. Sama macam kakak dia. Nak tunggu masuk subuh juga baru nak keluar. But only this time tak lama sangat kat labor room.
So... that's it. Kenangan melahirkan anak kedua. :) :) :)

Raudah Safiyyah nama diberi. Hajat doa dari semua agar anak ini membesar jadi anak solehah. Yang mampu memberi manfaat pada agama dan manusia lain.

Wednesday, December 21, 2016

2nd Pregnancy Journey: 38 Weeks ++

Assalamualaikum dan hi everyone!

Seminggu dua tak update blog ni, rasa macam rindu pula nak bercerita. Hihihi.
Boleh kata busy juga la sebenarnya. Busy mempersiapkan diri dan barang-barang untuk dibawa ke hospital, busy kemas rumah sebelum rumah ditinggalkan lama-lama nanti. Tambah pula sekarang kan dah cuti sekolah. Hujung minggu ada wedding saudara mara lagi.

Bila balik rumah tu, dia punya penat makan masa berhari-hari nak hilang. Dah serupa macam jetlag pergi travel jauh-jauh je. Hahaha.

Hari ni tak ada cerita menarik sangat. Cuma nak update saja yang minggu ni dah masuk minggu ke-38. Masih belum ada tanda-tanda nak bersalin. Braxton hicks pun tak merasa lagi ni. Harap sangat lah tak overdue lagi. Tengah berdoa sangat baby keluar sebelum EDD sebab tak nak kena induce lagi.

Walaupun badan ni dah rasa tak larat sangat dengan tidur malam tak lena (kadang-kadang tu terpaksa tidur duduk), siap fikir kalau induce, baby boleh keluar awal. Tapi sayang laaaa pulaaaa....

Haritu ada panggil makcik urut datang rumah untuk berurut sebab masa tu memang sakit sangat bahagian bawah perut. Rupanya makcik tu kata baby memang dah ke bawah, tapi kepala dia salah parking. Tu yang sakit. Dengan pengalaman mengurut makcik tu, dia cuba tolak baby untuk naik ke atas balik so that nanti bila baby tu turun balik, insyaAllah akan masuk betul-betul la. Tapi memang ajaib la juga. Lepas makcik tu urut je, selain rasa lega sangat satu badan yang dah crammed sebab tidur kena mengiring saja, jalan pun dah tak sakit. Alhamdulillah.

Weekend lepas, siap ajak suami untuk pergi berjalan sebab nak cepat bersalin. Kitorang pergi ekspo buku kat PWTC hari Sabtu. Hari Ahad pula pergi Big Bad Wolf. Berjalan sakan sampai lenguh kaki ni, tapi masih belum ada apa-apa tanda lagi.

Sayang betul baby dengan perut mumu dia ni kan? Tak nak keluar ke sayang oi?!

Monday, December 5, 2016

2nd Pregnancy Journey: Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)

Assalamualaikum dan hai,

Nak cerita pengalaman buat Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) atau nama lainnya minum air gula.
Actually, sekarang ni pun dah nak masuk 37 weeks pun. Tapi nak juga tulis experience buat test air gula ni untuk kenangan akan datang. Hehehe.

Masa first pregnancy tiga tahun lepas tak kena pun minum air gula. Walaupun waktu tu berat naik banyak dan nurse ada juga cakap kena minum air gula. Tapi agaknya dia lupa kot, so terlepas lah.

Tapi kali ni, nak tak nak kena minum juga.

Masa pergi check up bulan July haritu, tak silap dah masuk 16 weeks, baru pergi Klinik Kesihata Ibu dan Anak (KKIA) untuk buka buku merah. Yes, masa ni dah kira lewat lah juga untuk buka buku kat KK. Doctor dan nurse tanya juga, kenapa lambat buka buku merah.

"Sebab dapat tau pregnant masa nak masuk bulan puasa. Sibuk buat persiapan puasa dan raya..." jawab saya. Hahaha. Padahal sebenarnya sebab malas nak datang KK nanti bosan kena menunggu giliran lama sangat. :D

Prosedur bila buka buku macam biasa la kan. Diorang akan tanya medical history kita, previous pregnancy dan medical history family, kalau parents ada darah tinggi, kencing manis, etc. Alhamdulillah semuanya sihat walafiat. Tapi lepas settle je check up dengan doctor, tiba-tiba je dia kata, "ok.. nanti saya set kan appointment untuk MGTT Jumaat ni ye?"

Masa tu saya dah terkejut dah sebab ingatkan selamat dari minum air gula since dah bagitau family tak ada masalah kesihatan. So saya pun tanya lah, "Kena minum air gula ke?"

"Yup... sekarang semua yang umur 25 tahun ke atas kena minum air gula. Sebab sekarang ni budak-budak pun dah ada diabetes disebabkan cara hidup yang tak sihat. So, walaupun family awak tak ada history diabetes pun, awak kena buat test air gula..."

That time, I was like GULP!!

Dan hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Malam tu dah puasa dari pukul 10 malam lagi. Semangat juga pergi KK sebelum pukul 8 pagi. Mula-mula nurse ambil darah dulu. Lepas tu baru minum air gula.

First few sips rasa okay lagi. Tapi lama-lama tak boleh nak telan. Sebab diorang kacau tak betul kot. Kat atas tawar sikit.. bila air makin kurang, bawah tu rasa manis pekat sungguh. Lepas tu memang pening kepala lah. Hahahaha... dah habis minum tu, mula-mula ingat nak balik rumah sebab kena tunggu dua jam baru nurse ambil darah lagi. Tapi bila fikirkan malas nak ulang alik, duduk je lah kat klinik tu. Tu pun nasib baik dah stand by bawak buku cerita.

Lepas dua jam, nurse pun ambil darah lagi sekali... yang tak best nya, nurse yang ambil darah tu cucuk sakit kot. Daripada saya ni jenis tak takut kena inject, boleh jadi fobia bila dengar orang kata nak ambil darah.

Esoknya, tempat kena cucuk dua kali tu bengkak teruk. -__-"
.
.
Itu kali pertama buat test gula. Masa minggu ke-25 kot, appointment check up seminggu lepas raya haji. Masa ni memang tak sangka betul yang berat naik mendadak, sampai 4kg untuk sebulan!! Haaa... apa lagi, time ni tak payah doctor dan nurse bagitau, saya sendiri pun boleh agak yang saya mesti kena repeat minum air gula lagi. Hahaha..

Tapi kali ni punya minum air gula.. rasa macam tak boleh tahan. Rasa nak termuntah sebab sebelum minum lagi dah terbayang-bayang betapa tak sedapnya air gula tu. Masa ni bawak air masak sebab dah tau kan macam mana rasa haus lepas minum air gula tu. Tapi tak boleh minum banyak pun, setakat buat basah tekak je.

Nasib baik kali ni tak muntah juga sebab kalau muntah, patutnya kena minum air gula lagi. Mana berani nak tipu cakap tak muntah kan. Buat nya ada apa-apa komplikasi lepas tu, sendiri juga yang susah.

Apa pun, alhamdulillah result untuk both MGTT tu normal. Tak ada tanda-tanda ada kencing manis masa mengandung. ALHAMDULILLAH... :)


Friday, November 14, 2014

Planning To Get Pregnant?

Assalamualaikum wbt and good day readers!

*ehem* Writing an entry about getting pregnant doesn't mean that I am currently pregnant... *ehem* 
*Ini adalah entry 2012 dan diedit semula*

Actually, saya nak share something which I just found out. Some of you maybe dah lama tau, so maybe we can share other inputs in the comment.... perhaps? Few weeks back, I was talking with my colleague pasal multivitamins and supplements. Then, kawan saya ni cakap pasal folic acid. From my understanding, folic acid ni biasanya diambil oleh ibu- ibu yang mengandung. Kalau tak silap, biasanya first trimester doctor mesti bagi pil folic acid as a supplement. Saya tak tau fungsi folic acid, so saya googled and this is what I found in wikipedia;

Vitamin B9 (folic acid and folate) is essential to numerous bodily functions. The human body needs folate to synthesize DNA, repair DNA, and methylate DNA as well as to act as a cofactor in certain biological reactions. It is especially important in aiding rapid cell division and growth, such as in infancy and pregnancy. Children and adults both require folic acid to produce healthy red blood cells and prevent anemia.
So, folic acid ni rupanya one of vitamin B (B9). Selama ni makan vitamin B sebab ibu cakap saya ni lembik and cepat letih. Hahaha..Tapi dah makan vitamin B pun sama je letih? Atau sebenarnya mengada lebih? :P

Ok, so seperti apa yang di'quote'kan, folic acid ni penting untuk membaikpulih pertumbuhan sel especially untuk bayi dalam kandungan. Dan folic acid ni sebenarnya membantu untuk melindungi bayi dalam kandungan from developing defects in his nerve system (neural tube defects), such as spina bifida. Ok la.. tak reti nak elaborate lebih - lebih. You may click here for better understanding. Dan saya juga baru tau, folic acid ni better di ambil beberapa bulan before kita plan nak get pregnant. Bukannya time tengah pregnant saja. I guess, siapa - siapa yang jenis banyak makan sayur or buah (not a picky eater) patut tak ada masalah sangat lah sebab dalam makanan tu pun contains banyak vitamin B.

 Example of food yang provide 100-200 micrograms per serving:
  • spinach, 1 cup;
  • ladies’ fingers, half cup
  • asparagus, half cup;
  • lentils, half cup;
  • liver, 1 slice;
Dan example of food provides 50-100 micrograms per serving pula:
  • steamed broccoli, 2 spears;
  • large orange;
  • white rice, half cup
  • oatmeal, half cup;
  • kidney beans, half cup;
It is advisable to take 400 micrograms of folic acid daily prior to conception and during early pregnancy. ;) By the way, B-complex Shaklee mengandungi 200 microgram folic acid dan tujuh vitamin B penting yang lain. Boleh baca lanjut di sini.


 Other source: kidshealth


Harap semua dapat manfaat dengan entry ini. Jika ada yang ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp/telegram ke 0137319472.



Shaklee Independent Distributor
Nadhira ♥
013-7319472

Tuesday, April 22, 2014

Makan Sihat Ketika Hamil

Assalamualaikum,

Waktu hamil adalah saat yang paling crucial bagi seorang ibu untuk mendapatkan nutrisi lengkap untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan supaya membesar dengan sihat. Kita perlu ingat setiap apa yang ibu hamil itu makan akan disalurkan kepada bayi. Untuk pengetahuan, anda akan memerlukan lebih kurang 300 kalori sehari, atau lebih apabila kandungan semakin besar, maka makanan yang diambil haruslah bernutrisi dan bukan kalori kosong semata.

Cubalah untuk pelbagaikan makanan ketika hamil, contoh
  • Banyakkan buah - buahan dan sayur - sayuran (fresh, frozen, tinned, dried or a glass of juice). Tetapkan sekurang - kurangnya 5 portions variasi setiap hari.
  • Banyakkan makanan berkanji seperti roti, pasta, nasi dan kentang - jika boleh, pilihlah yang wholegrain.
  • Makanan yang kaya dengan protein seperti daging dan ayam (tanpa lemak), ikan (tetapkan sekurang - kurangnya 2 hidangan ikan dalam seminggu, termasuklah 1 oily fish e.g: salmon), telur dan kekacang.
  • Perbanyakkan fiber dari roti wholegrain, pasta, nasi, buah - buahan dan sayur - sayuran untuk mengelakkan sembelit.
  • Produk tenusu seperti susu, cheese dan yogurt, yang mana ia mengandungi kalsium.
  • Makanan yang tinggi folate (e.g: tumbuhan hijau, beras perang, roti dan cereal) dan zat besi (e.g: daging merah)
Tapi, kita dah ambil semua makanan yang bernutrisi cuma  kadang - kadang kita tak sedar apa yang kita makan tu sebenarnya tidak bernutrisi pun. Hah? Macam mana boleh berlaku macam tu?

Cara kita sediakan makanan... ya, persediaan makanan memainkan peranan. Haba yang terlalu tinggi, penanaman yang menggunakan banyak bahan kimia atau kita suka makan campur dari pelbagai kategori makanan.
  1. Haba yang terlalu tinggi akan memusnahkan nutrisi dalam makanan. 
  2. Penggunaan bahan kimia akan memudaratkan kita untuk jangka masa yang lama. 
  3. Sesetengah makanan tidak digalakkan untuk diambil dengan sesetengah makanan lain kerana khuatir nutrisi tak diserap dengan baik. Contoh pengambilan zat besi tidak boleh bercampur dengan pengambilan kalsium.
Maka, set hamil Shaklee ini insyaAllah dapat membantu memberi nutrisi dan vitamin yang lengkap ketika anda hamil. Dan ianya insyaAllah dijamin selamat, tiada penggunaan bahan sintetik dan Halal.


ESP membantu untuk membina sel - sel bayi anda dan dalam masa yang sama membuatkan anda kekal bertenaga.
OmegaGuard mengandungi DHA untuk menyokong pertumbuhan sel otak, mata dan sistem saraf anak.
Ostematrix memberi anda kalsium secukupnya untuk pembentukan tulang dan gigi bayi.
B-complex mengandungi folic acid yang membantu mengurangkan risiko kecacatan ketika lahir seperti spina bifida.
Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen di dalam badan dan menguatkan sistem imun.
Vita-lea pula diperlukan untuk penghasilan hemoglobin yang dapat bantu membawa oksigen kepada bayi dan seluruh tubuh kita.

Jangan abaikan kesihatan tubuh kita ketika hamil dan selepas hamil jika kita inginkan anak yang sihat. Ini ikhtiar kita untuk jaga kesihatan. Apa pun semua dengan izin Nya. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. InsyaAllah saya akan bantu anda.



Saya Pengedar Sah Shaklee Anda
Nadhira ♥
013-7319472

Tuesday, April 15, 2014

Kate Middleton, Pregnancy dan Fesyen

Assalamualaikum,

Saya suka sangat tengok Kate Middleton. I mean, who doesn't right? She's lovely! Paling saya suka sebab beliau sopan. Pakaian beliau simple tapi cantik, sesuai dengan perwatakan beliau sebagai Duchess. Tadi saya buka website Circle of Moms dan ternampak artikel berkenaan maternity dress designer untuk Kate Middleton. Dan dalam artikel itu ada link untuk lihat gambar - gambar Kate bergaya sepanjang beliau hamil. Jealous sangat sebab walaupun hamil, beliau masih kelihatan cantik. Saya pula? Masuk bulan kelima dah start membesar dengan jayanya. Hahaha...


Lagi satu yang saya perasan, beliau pernah pakai baju yang sama dua kali (atau mungkin lebih). Maknanya, kita yang rakyat biasa ni pun sepatutnya tak payah segan nak ulang - ulang pakai baju yang sama. Pandai - pandai lah kita mix and match. Jangan membazir. Ok? Hehe.


Friday, November 8, 2013

To update or not to update?

Assalamualaikum wbt & hello!

Yesterday, my friend shared an entry from Witty + Pretty's blog and it's about "The 10 worst things new and expecting moms post on facebook". I had fun laughing at all the ten points. Haha. Terasa la, kena kat batang hidung sendiri. Tapi tak banyak sangat sebab saya update pasal anak pun sikit sikit je. Honestly, sejak start mengandung dan bila dah bersalin pun memang saya tak update sangat kat mana mana. Even my twitter and my blog pun, setakat mana je saya cerita. Ada pun, tak detail like some people. Orang kata saya pendiam, as for me, saya bukan pendiam. Saya suka bercerita, sangat! Tapi sebab saya pemalas. Malas nak bercerita. Haha.

Waktu saya mula mula tau mengandung, ibu la orang kedua yang tau (the first one was my husband of course). Itu pun secara tak sengaja. Pergi rumah ibu, then ibu said that my blouse looks like I'm a pregnant woman. So, saya pun cerita lah yang I've checked using UPT and it showed positive. And since I'm active macam tak ada apa apa berlaku dan perut pun lambat membesar, even my dad didn't know that I'm pregnant. Dah masuk enam bulan kot baru ayah tau. Sebab ayah kata kat ibu, "tahun ni dapat dua cucu la ye?" after he found out my sis in law was pregnant. The other one, memang awal awal dah tau was Kak Hidayah. Ibu balas balik, "eh. Apa pula dua, dapat tiga cucu lah..." Ayah terkejut dan tanya, "Siapa yang mengandung lagi?" Hahaha. Kesian ayah!

Dalam kalangan kawan kawan pula, my best friend Ayu yang dapat tau dulu (Allah the most powerful, my daughter was born on the same date as Ayu. Haha). Then, one of my colleague pula dapat tau since I need to ask her what should I do next once I know I'm pregnant... Hehe. Dan kawan kawan di Facebook pula dapat tau bila saya update status untuk wish birthday Matnor and at the end of the note, I typed "'we' love you".. Kahkahkah.. sengal betul. I thought no one will noticed. Tapi ramai pula yang tanya "we?".. Mungkin sebab saya jarang ber Facebook. Bila sekali saya update status, semua baca sungguh sungguh. Hahaha. That time I was five months plus pregnant.

Lepas bersalin pun, saya tak terus update di Facebook. Neither did my family. Gambar baby masih berlumuran darah pun tak ada. Cuma dah lebih dua minggu, after few of my friend asked for the picture of our baby baru lah kami share. Oh. Matnor awal awal dah upload pun gambar baby tapi dalam family group je lah. Well, it's not that we're not excited with every little new things we're going through. It's just that, kadang kadang saya terasa takut kalau kalau saya ada buat orang lain sedih. Mungkin ada yang sedang berusaha untuk dapat anak tapi belum diberi rezeki lagi. That's one of the reason saya tak update sangat.. Another reason is, as I mentioned earlier, saya kan PEMALAS nak upload picture semua ni. Hahaha.

Afterall, it's up to some people either they want to update their pregnancy and raising their children experience on social networks or not. Cuma do it moderately lah. Once in a while, it is exciting. Kalau dah selalu sangat, hilang pula seronok nya. Kot?