Showing posts with label vitamin B. Show all posts
Showing posts with label vitamin B. Show all posts

Friday, November 14, 2014

Planning To Get Pregnant?

Assalamualaikum wbt and good day readers!

*ehem* Writing an entry about getting pregnant doesn't mean that I am currently pregnant... *ehem* 
*Ini adalah entry 2012 dan diedit semula*

Actually, saya nak share something which I just found out. Some of you maybe dah lama tau, so maybe we can share other inputs in the comment.... perhaps? Few weeks back, I was talking with my colleague pasal multivitamins and supplements. Then, kawan saya ni cakap pasal folic acid. From my understanding, folic acid ni biasanya diambil oleh ibu- ibu yang mengandung. Kalau tak silap, biasanya first trimester doctor mesti bagi pil folic acid as a supplement. Saya tak tau fungsi folic acid, so saya googled and this is what I found in wikipedia;

Vitamin B9 (folic acid and folate) is essential to numerous bodily functions. The human body needs folate to synthesize DNA, repair DNA, and methylate DNA as well as to act as a cofactor in certain biological reactions. It is especially important in aiding rapid cell division and growth, such as in infancy and pregnancy. Children and adults both require folic acid to produce healthy red blood cells and prevent anemia.
So, folic acid ni rupanya one of vitamin B (B9). Selama ni makan vitamin B sebab ibu cakap saya ni lembik and cepat letih. Hahaha..Tapi dah makan vitamin B pun sama je letih? Atau sebenarnya mengada lebih? :P

Ok, so seperti apa yang di'quote'kan, folic acid ni penting untuk membaikpulih pertumbuhan sel especially untuk bayi dalam kandungan. Dan folic acid ni sebenarnya membantu untuk melindungi bayi dalam kandungan from developing defects in his nerve system (neural tube defects), such as spina bifida. Ok la.. tak reti nak elaborate lebih - lebih. You may click here for better understanding. Dan saya juga baru tau, folic acid ni better di ambil beberapa bulan before kita plan nak get pregnant. Bukannya time tengah pregnant saja. I guess, siapa - siapa yang jenis banyak makan sayur or buah (not a picky eater) patut tak ada masalah sangat lah sebab dalam makanan tu pun contains banyak vitamin B.

 Example of food yang provide 100-200 micrograms per serving:
  • spinach, 1 cup;
  • ladies’ fingers, half cup
  • asparagus, half cup;
  • lentils, half cup;
  • liver, 1 slice;
Dan example of food provides 50-100 micrograms per serving pula:
  • steamed broccoli, 2 spears;
  • large orange;
  • white rice, half cup
  • oatmeal, half cup;
  • kidney beans, half cup;
It is advisable to take 400 micrograms of folic acid daily prior to conception and during early pregnancy. ;) By the way, B-complex Shaklee mengandungi 200 microgram folic acid dan tujuh vitamin B penting yang lain. Boleh baca lanjut di sini.


 Other source: kidshealth


Harap semua dapat manfaat dengan entry ini. Jika ada yang ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp/telegram ke 0137319472.



Shaklee Independent Distributor
Nadhira ♥
013-7319472

Monday, June 23, 2014

Tips Penjagaan Kulit

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi sedikit tips penjagaan kulit. Tak kira lelaki atau wanita, sekarang semua golongan ambil berat tentang penjagaan kulit. Tambah pula keadaan cuaca yang semakin panas, jika tidak dijaga dengan betul, kulit kita terutama di muka akan menampakkan usia yang lebih tua berbanding usia sebenar.

So, apakah tips itu?

Cara Jagaan dan Rawatan Yang Betul

Cara - cara yang senang untuk menjaga kulit anda ialah:
  • Bersihkan muka dua kali sehari dengan air suam dan pencuci muka yang sesuai mengikut jenis kulit anda, kemudian keringkan dengan lap perlahan - lahan. Tak perlu gosok muka dengan kain atau tuala terlalu kuat kerana ini akan  merosakkan kulit muka yang nipis.
  • Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Carilah losyen yang mengandungi SPF yang tinggi jika anda jenis yang terpaksa menghabiskan banyak masa di luar.
    Ia juga boleh dipakai hari - hari sebelum muka disapu make up. (Sumber: google)
  • Jangan sekali - kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat anda. Ini akan menyebabkan keradangan atau jerawat akan merebak dan akan merosakkan tisu - tisu halus di bawah kulit anda. Ini kerana kebiasaannya tangan kita tidak bersih dan bakteria di tangan akan memburukkan lagi jumlah jerawat di muka.
  • Jangan merokok kerana ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, kering, berkedut - kedut dan melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh. Tambahan pula, merokok memang tidak bagus untuk kesihatan. ;)
  • Minum banyak air sekurang - kurangnya 2 liter sehari. Air diperlukan untuk membuang toksin di dalam badan dan membantu pengaliran darah dalam badan, juga membantu proses lain di dalam badan. (sumber)
    sumber: google
Nutrien Untuk Kulit

Kosmetik hanya membantu untuk menutupi cela di kulit tetapi tidak menghilangkannya. Manakala losyen atau krim muka mungkin dapat menghilangkan seketika. Tetapi jika dalaman anda tidak cukup nutrien dan bertoksin, susah untuk kekalkan kesihatan dan kecantikan kulit anda.Cara yang betul untuk kulit mendapat nutrien yang sepatutnya ialah dengan mengambil pemakanan yang seimbang.

Untuk kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur - sayuran berdaun hijau terutamanya dan buah-buahan berwarna, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink.

Tapi mengikut pengetahuan dan pengalaman sendiri, bukan semua boleh mengekalkan kandungan nutrisi dan mineral dalam makanan selepas dimasak. Maka sebagai ganti dan pelengkap nutrien, saya sangat mencadangkan untuk mengambil supplement. Dan supplement dari Shaklee yang boleh dicadangkan ialah Vitamin E complex, B complex dan vitamin C.


Tak rugi mengambil supplement kerana vitamin ini ialah apa yang kita perlukan hari - hari. Selain mendapatkan kulit yang cantik, insyaAllah membantu untuk meningkatkan imun kesihatan. Jika anda berminat, terus message ke whatsapp atau telegram ke 013-7319472.

Saya sedia membantu. ;)

Pengedar Sah Shaklee Anda
013-7319472
nadhira.aziz@gmail.com

Monday, June 9, 2014

Apa Itu Endometriosis?

Assalamualaikum,

Bila baca blog Dr Hamid Arshat, beliau mengatakan bahawa masih ramai yang tidak mengetahui tentang endometriosis. Entri itu ditulis pada tahun 2011, sepatutnya ramai yang dah tahu kot tentang ini. Tapi saya baru tahu mengenai penyakit ini semalam bila kawan bertanyakan supplement apa yang sesuai untuk endometriosis. Hihihi.

So, apakah itu endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Bagaimana endometriosis berlaku?

Semasa cycle haid, ovari akan mengeluarkan hormon yang membuatkan dinding uterus menebal sebagai persediaan kepada pregnancy. Jika telur tidak disenyawakan dalan tempoh 24 jam, segala tisu dan darah itu akan dikeluarkan dari tubuh melalui period. Dalam masa yang sama, sel abnormal yang tumbuh pada organ lain tidak dapat dikeluarkan. Ia akan semakin berkembang dan menebal setiap kali kitaran haid berlaku.


Antara simptomnya ialah:
  • sakit di bahagian uterus, lower abdomen dan pelvis sebelum dan semasa period
  • sakit semasa hubungan kelamin
  • darah period yang banyak termasuk darah beku dan tisu yang besar saiznya
  • sakit semasa buang air kecil dan besar ketika period
  • ketidaksuburan

Wanita yang mempunyai cycle period yang pendek iaitu kurang dari 27 hari atau mengalami period lebih dari seminggu berisiko menjadi pesakit Endometriosis. Dan kerana pesakit Endometriosis selalu mengalami period yang banyak, mereka selalunya mengalami iron-defiency anemia.

Antara cadangan supplement dari Shaklee yang dapat membantu Endometriosis bagi
membantu mengawal Endometriosis pada peringkat awal ialah:

SANGAT PENTING
  • Vitamin E. 200IU sehari >> Membantu dalam menyeimbangkan hormon.
  • Alfalfa. 200mcg sehari >> Diperlukan untuk pembekuan darah.
PENTING JUGA
  • GLA Complex. 1500mg sehari >> Membantu dalam menstabilkan hormon dan keseimbangan prostaglandin.
  • Vita-Lea with iron >> Penting jika mengalami Anemia.
  • B-Complex >> Untuk produktiviti sel darah dan keseimbangan hormon. Mengurangkan stress dan diperlukan dalam fungsi adrenal. Serta membantu tubuh mengeluarkan lebihan air.
  • Vitamin C >> Penting untuk proses penyembuhan dan meningkatkan fungsi imun.
  • Zinc >> Untuk membaiki tisu, merawat luka dalaman.

DOs and DONTs untuk PESAKIT ENDOMETRIOSIS
  • Banyakkan makan ulam dan salad termasuk soya (50% dari diet harian). Makan produk whole-grain, bukannya refined.
  • Elakkan alkohol, caffeine, lemak haiwan, butter, produk tenusu, makanan berminyak dan bergoreng, fast food, daging, ayam ternak (kecuali organik dan dibuang kulit), garam, gula.
  • Puasa selama 3 hari setiap bulan, sebelum bermula period. Banyakkan minum jus buah tanpa gula.
  • Gunakan hot pad dan tuam pada perut untuk mengurangkan sakit.
  • Melakukan senaman ringan setiap hari
InsyaAllah... dengan berpantang cara yang betul, dan mengamalkan supplement yang sesuai, keadaan pesakit akan bertambah pulih. Yang penting kita tak pernah berhenti berdoa dan berusaha.

Bagi yang ingin mendapatkan konsultasi dan pembelian set Shaklee, boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp/telegram di 013-7319472.

Pengedar Sah Shaklee
Nadhira ♥
013-73109472

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, May 15, 2014

Misi Tambah Berat Badan

Assalamualaikum,

Setiap orang mesti adah ada misi sempena nak menyambut raya nanti kan. Ramai dah yang beli set untuk kurus Shaklee ni dan ada juga yang membeli Cinch sahaja sebagai permulaan. Hehehe..

Saya pula bagaimana?

Saya pula nak tambah berat badan... T_____T

Terasa sangat badan ini semakin susut bila pipi yang tembam nampak kurang tembam. Hahaha. Dan bila berdiri atas penimbang... memang betul berat badan dah turun -- confirm underweight.

Sekarang saya lebih ringan daripada zaman saya sekolah menengah. Ingatkan lepas bersalin ni dapat lah berat badan ideal. Tapi tak pun. -____-"

Waktu mengandung saya naik 20 kg lebih, sampai nurse KK dah warning sebab berat naik lebih 3 kg sebulan. Huhu. Tapi hari ni dapat tau berat berkurang lebih daripada 20kg. Adakah kesan daripada menyusukan anak? Hihihi...

So, disebabkan tak boleh nak terima berat badan sekarang ni, saya perlu bertekad untuk naikkan berat badan. *Caiyok!!* Kurus - kurus sangat pun bukan bagus sangat... dan belum tentu kurus tu sihat.

Apa yang perlu saya buat sekarang? Tak perlu kot beli wight gain atau apa - apa yang ada kat pasaran. Saya kan pengguna setia Shaklee. Maka, kita guna lah apa yang ada kat rumah tu. Hehe.

Jangan tak tau Shaklee pun ada set untuk tambah berat badan -- iaitu : Mealshakes + B Complex + Vitalea.


1. Mealshakes: Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplemen penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan.

2. B-complex: Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

3. Vita-lea: Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.


Maka, dengan jadual pengambilan supplement dan makanan yang betul, insyaAllah boleh dapat balik berat badan yang ideal. Doakan saya berjaya. Hahaha. :D

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan set ini, atau mungkin untuk mencuba set lain, boleh hubungi saya terus melalui whatsapp 013-7319472. Tambahan pula, bulan ni promosi Meal Shakes beli 6 percuma 1, insyaAllah berbaloi. ;)


Saya Pengedar Sah Shaklee Pilihan Anda
Nadhira ♥
013-7319472

Tuesday, May 6, 2014

Set Resdung Shaklee

Assalamualaikum,

Siapa yang mengalami resdung akan tau betapa seksanya bila berada di persekitaran yang berdebu, betapa tak bestnya kena control makan seafood, dan betapa letihnya bersin atau selsema bila bangun pagi. Untuk pengetahuan, resdung ni berisiko dan boleh membawa maut!

Antara komplikasi penyakit resdung:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.

Oleh itu, gabungan beberapa vitamin dari Shaklee ini dapat membantu mengurangkan dan insyaAllah merawat mereka yang mengalami masalah resdung.



Apakah fungsi vitamin ini dalam membantu merawat masalah resdung?


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan set resdung ini, boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp/telegram di 013-7319472. Namun, jika anda rasa anda mengalami masalah resdung yang serius, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor yang bertauliah untuk mendapat konsultasi lebih lanjut.


sumber 1, 2

Saya Pengedar Sah Shaklee 
Nadhira ♥
013-7319472

Tuesday, April 22, 2014

Makan Sihat Ketika Hamil

Assalamualaikum,

Waktu hamil adalah saat yang paling crucial bagi seorang ibu untuk mendapatkan nutrisi lengkap untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan supaya membesar dengan sihat. Kita perlu ingat setiap apa yang ibu hamil itu makan akan disalurkan kepada bayi. Untuk pengetahuan, anda akan memerlukan lebih kurang 300 kalori sehari, atau lebih apabila kandungan semakin besar, maka makanan yang diambil haruslah bernutrisi dan bukan kalori kosong semata.

Cubalah untuk pelbagaikan makanan ketika hamil, contoh
  • Banyakkan buah - buahan dan sayur - sayuran (fresh, frozen, tinned, dried or a glass of juice). Tetapkan sekurang - kurangnya 5 portions variasi setiap hari.
  • Banyakkan makanan berkanji seperti roti, pasta, nasi dan kentang - jika boleh, pilihlah yang wholegrain.
  • Makanan yang kaya dengan protein seperti daging dan ayam (tanpa lemak), ikan (tetapkan sekurang - kurangnya 2 hidangan ikan dalam seminggu, termasuklah 1 oily fish e.g: salmon), telur dan kekacang.
  • Perbanyakkan fiber dari roti wholegrain, pasta, nasi, buah - buahan dan sayur - sayuran untuk mengelakkan sembelit.
  • Produk tenusu seperti susu, cheese dan yogurt, yang mana ia mengandungi kalsium.
  • Makanan yang tinggi folate (e.g: tumbuhan hijau, beras perang, roti dan cereal) dan zat besi (e.g: daging merah)
Tapi, kita dah ambil semua makanan yang bernutrisi cuma  kadang - kadang kita tak sedar apa yang kita makan tu sebenarnya tidak bernutrisi pun. Hah? Macam mana boleh berlaku macam tu?

Cara kita sediakan makanan... ya, persediaan makanan memainkan peranan. Haba yang terlalu tinggi, penanaman yang menggunakan banyak bahan kimia atau kita suka makan campur dari pelbagai kategori makanan.
  1. Haba yang terlalu tinggi akan memusnahkan nutrisi dalam makanan. 
  2. Penggunaan bahan kimia akan memudaratkan kita untuk jangka masa yang lama. 
  3. Sesetengah makanan tidak digalakkan untuk diambil dengan sesetengah makanan lain kerana khuatir nutrisi tak diserap dengan baik. Contoh pengambilan zat besi tidak boleh bercampur dengan pengambilan kalsium.
Maka, set hamil Shaklee ini insyaAllah dapat membantu memberi nutrisi dan vitamin yang lengkap ketika anda hamil. Dan ianya insyaAllah dijamin selamat, tiada penggunaan bahan sintetik dan Halal.


ESP membantu untuk membina sel - sel bayi anda dan dalam masa yang sama membuatkan anda kekal bertenaga.
OmegaGuard mengandungi DHA untuk menyokong pertumbuhan sel otak, mata dan sistem saraf anak.
Ostematrix memberi anda kalsium secukupnya untuk pembentukan tulang dan gigi bayi.
B-complex mengandungi folic acid yang membantu mengurangkan risiko kecacatan ketika lahir seperti spina bifida.
Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen di dalam badan dan menguatkan sistem imun.
Vita-lea pula diperlukan untuk penghasilan hemoglobin yang dapat bantu membawa oksigen kepada bayi dan seluruh tubuh kita.

Jangan abaikan kesihatan tubuh kita ketika hamil dan selepas hamil jika kita inginkan anak yang sihat. Ini ikhtiar kita untuk jaga kesihatan. Apa pun semua dengan izin Nya. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. InsyaAllah saya akan bantu anda.



Saya Pengedar Sah Shaklee Anda
Nadhira ♥
013-7319472

Friday, April 11, 2014

Pentingnya Vitamin B Complex

Assalamualaikum,

Vitamin B complex merupakan salah satu vitamin yang penting untuk diambil setiap hari kerana vitamin B tidak disimpan lama dalam badan kita -- sama juga seperti vitamin C. Tapi ramai yang tak sedar, kebanyakan kita tidak mendapat vitamin B yang mencukupi; malah menurut *USDA, yang paling biasa ialah kekurangan folic acid, B12 dan B6.

Untuk setiap vitamin B complex terbahagi kepada beberapa vitamin B iaitu:

Vitamin B1 (Thiamine)
Vitamin B2 (Riboflavin)
Vitamin B3 (Niacin)
Vitamin B5 (Pantothenic acid)
Vitamin B6 (Pyridoxin)
Vitamin B7 (Biotin)
Vitamin B9 (Folic acid)
Vitamin B12 (Cobalamin)

Untuk mengetahui kelebihan setiap vitamin B secara terperinci, anda boleh lah ke laman Vitamin B ini (sila klik). Dan semua keperluan vitamin B ini boleh didapati dalam satu botol Vitamin B complex Shaklee ini.


Apakah kepentingan vitamin B complex ni?

Kepentingan vitamin B ini berbeza mengikut peringkat umur. Tapi secara umumnya, antara kebaikannya ialah:

→ Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
→ Mengelakkan penyakit beri-beri.
→ Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
→ Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
→ Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
→ Mencegah stress.
→ Menguatkan antibodi tubuh.
→ Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
→ Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
→ Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
→ Mencegah anemia.

Kelebihan vitamin B complex untuk anak - anak:

1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

Kelebihan vitamin B complex untuk orang dewasa:

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

Kelebihan vitamin B complex untuk ibu mengandung:

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

sumber 1, 2, 3
*USDA : United States Department of Agriculture


Bagi mereka yang berminat untuk membeli vitamin B Shaklee ini atau mana - mana produk Shaklee, boleh lah hubungi saya terus melalui sms/whatsapp/telegram. ;)


Saya pengedar sah Shaklee anda
Nadhira ♥
013-7319472