Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

Ingin Mengatasi Masalah Sembelit?

Assalamualaikum,

Semua sihat ke? Musim panas ni, jangan lupa pula untuk minum air secara kerap. Kalau boleh, elakkan juga daripada terdedah kepada matahari lama-lama sebab sinaran matahari ni boleh menyebabkan kanser kulit.

Hari ni saya nak berkongsi tips untuk mereka yang mengalami masalah sembelit ataupun yang tidak lawas. Kalau hari-hari lain pun terasa seksa, apatah lagi ibu-ibu yang dalam berpantang kan? Saya tau macam mana rasa seksanya... dengan letih, kurang minum air. Nak membuang air besar, sembelit pula.

Mimpi ngeri!

So, saya cadangkan sesiapa yang mengalami masalah ni, bolehlah cuba amalkan Ostematrix dari Shaklee. Bukan sekadar membekalkan kalsium untuk tulang yang kuat, tapi kandungan magnesium membantu melawaskan perut kita. Ostematrix memang saya cadangkan sangat-sangat untuk ibu yang dalam berpantang. Sebab ibu berpantang yang menyusukan anak perlu kalsium yang cukup untuk diri sendiri dan anak yang disusukan. Betul kan?

Kalau anda yang tidak mengandung dan menyusukan pula, saya cadangkan tambah Herb-Lax. Herb-Lax ini mengandungi senna dan lapan herba lain yang digunakan secara tradisional dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Walaubagaimanapun, untuk pengetahuan anda produk ini mengandungi alfalfa yang mana tidak sesuai untuk mereka yang menghidap SLE.


Dan yang paling penting, minumlah air secukupnya dan tingkatkan pengambilan sayur dan buah yang tinggi serat. InsyaAllah ianya sangat membantu.

Untuk maklumat lebih lanjut atau sebarang pembelian, boleh lah terus hubungi saya ya!

Whatsapp 013-7319472

Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Nadhira Kaz ♥

Thursday, February 5, 2015

Masalah Sendi Sakit

Assalamualaikum,

Pernah tak anda mengalami rasa sakit-sakit sendi? Lenguh badan?
Atau mungkin ibu bapa anda mengalami masalah yang sama?

Biasanya, kalau pergi klinik mesti doktor akan beri ubat tahan sakit. Tapi kalau terlalu bergantung kepada ubat tahan sakit akan membawa kesan negatif dalam masa jangka panjang dan badan kita akan menjadi imun terhadap ubat tersebut. Bila badan dah imun, ubat tersebut sudah tidak berkesan.

Apa yang akan saya cadangkan, rawatlah dengan cara yang selamat. Makanlah produk yang dijamin selamat dan berkesan contohnya seperti Shaklee.


Ye, Shaklee mempunyai produk yang khusus untuk masalah sakit sendi iaitu Advanced Joint Health Tablet (AJHT). AJHT ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Shaklee AJHT mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, AJHT ialah formula sayur-sayuran 100%.



Selain itu, pengambilan kalsium dan minyak omega juga sangat membantu dalam mengatasi masalah tulang dan sendi. Yang mana kalsium (Ostematrix) untuk pembentukan tulang yang kuat dan minyak Omega (Omega Guard) sebagai pelincir antara sendi dan mengurangkan reaksi keradangan sendi.

Jangan bataskan aktiviti harian anda kerana masalah sendi. Rawatlah dengan segera.

Untuk sebarang info lanjut, boleh hubungi saya di 013-731 9472. Konsultasi adalah percuma untuk pelanggan saya.

Pengedar Sah Shaklee Anda
Nadhira ♥
013-731 9472

Monday, February 2, 2015

Promosi Bulan Februari 2015

Assalamualaikum,

Sekejap saja dah masuk bulan Februari tahun 2015. Lama sungguh tak update blog ni. Banyak cerita yang nak dikongsi sebenarnya. Tapi tak apa lah. Kita cerita sikit-sikit dulu.

Untuk pengetahuan, saya masih lagi aktif menjual produk Shaklee. Maka, sebelum saya terlupa saya nak buat pengumuman promosi Shaklee untuk bulan Februari, iaitu...


Beli 6 PERCUMA 1 ataupun beli 2 dapat 5% DISCOUNT

Vitelea with Iron Formula
Vitalea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Disertakan bersama Iron sesuai untuk mereka yang mengalami HB rendah.
 
OsteMatrix
OsteMatrix membekalkan kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh.

Serta

Beli 3 PERCUMA 1

Advanced Joint Health Tablet
Mengandungi rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi.
 
Vitalea for Children
Lengkap dengan 19 vitamin dan mineral, membantu tumbesaran otak dan tulang serta menyokong sistem imun tubuh.

Kalau ada yang berminat, boleh lah terus hubungi saya di 013-731 9472. Nak dapatkan konsultasi pun boleh. Saya sedia membantu.


Pengedar Sah Shaklee
Nadhira ♥
013-731 472

Wednesday, May 7, 2014

Set Gastrik Shaklee; Persediaan Menghadapi Ramadhan

Assalamualaikum,

Pejam celik, Ramadhan semakin hampir. Setengah daripada kita mesti teruja sangat, tapi mungkin ada yang sedikit risau dalam keterujaan. Especially mereka yang mempunyai gastrik.

Maka, saya nak umumkan bahawa produk Shaklee boleh membantu untuk merawat sesiapa yang ada gastrik, insyaAllah. Disebabkan produk Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi dan tiada bahan sintetik, boleh lah saya katakan bahawa merawat gastrik secara semulajadi. ;)

Dalam set ini, mengandungi :

>> ESP
>> Ostematrix
>> Peppermint Ginger Plus


Apakah peranan setiap supplement ini?

ESP 
→ merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang bersifat alkali yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
→ nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Ostematrix
→ Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.
→ Kebiasaannya, mereka yang gemar minum susu jarang mendapat gastrik. Kita boleh lihat contoh bayi dan kanak - kanak yang mana mereka memang memerlukan susu atau kalsium untuk tumbesaran mereka. Jarang sekali kita dengar gastrik dalam golongan ini. 

Peppermint Ginger Plus
→ Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.
→ Kajian klinikal juga menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu, senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan.

Set ini juga sesuai buat ibu - ibu mengandung yang mengalami mual atau perut tidak selesa. Sesiapa yang ingin mencuba set ini, boleh lah hubungi saya untuk order atau jika anda mempunyai sebarang persoalan, jangan segan silu untuk bertanya terus. Saya sedia membantu.

 
Saya Pengedar Sah Shaklee
Nadhira ♥
013-7319472

Tuesday, April 22, 2014

Makan Sihat Ketika Hamil

Assalamualaikum,

Waktu hamil adalah saat yang paling crucial bagi seorang ibu untuk mendapatkan nutrisi lengkap untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan supaya membesar dengan sihat. Kita perlu ingat setiap apa yang ibu hamil itu makan akan disalurkan kepada bayi. Untuk pengetahuan, anda akan memerlukan lebih kurang 300 kalori sehari, atau lebih apabila kandungan semakin besar, maka makanan yang diambil haruslah bernutrisi dan bukan kalori kosong semata.

Cubalah untuk pelbagaikan makanan ketika hamil, contoh
  • Banyakkan buah - buahan dan sayur - sayuran (fresh, frozen, tinned, dried or a glass of juice). Tetapkan sekurang - kurangnya 5 portions variasi setiap hari.
  • Banyakkan makanan berkanji seperti roti, pasta, nasi dan kentang - jika boleh, pilihlah yang wholegrain.
  • Makanan yang kaya dengan protein seperti daging dan ayam (tanpa lemak), ikan (tetapkan sekurang - kurangnya 2 hidangan ikan dalam seminggu, termasuklah 1 oily fish e.g: salmon), telur dan kekacang.
  • Perbanyakkan fiber dari roti wholegrain, pasta, nasi, buah - buahan dan sayur - sayuran untuk mengelakkan sembelit.
  • Produk tenusu seperti susu, cheese dan yogurt, yang mana ia mengandungi kalsium.
  • Makanan yang tinggi folate (e.g: tumbuhan hijau, beras perang, roti dan cereal) dan zat besi (e.g: daging merah)
Tapi, kita dah ambil semua makanan yang bernutrisi cuma  kadang - kadang kita tak sedar apa yang kita makan tu sebenarnya tidak bernutrisi pun. Hah? Macam mana boleh berlaku macam tu?

Cara kita sediakan makanan... ya, persediaan makanan memainkan peranan. Haba yang terlalu tinggi, penanaman yang menggunakan banyak bahan kimia atau kita suka makan campur dari pelbagai kategori makanan.
  1. Haba yang terlalu tinggi akan memusnahkan nutrisi dalam makanan. 
  2. Penggunaan bahan kimia akan memudaratkan kita untuk jangka masa yang lama. 
  3. Sesetengah makanan tidak digalakkan untuk diambil dengan sesetengah makanan lain kerana khuatir nutrisi tak diserap dengan baik. Contoh pengambilan zat besi tidak boleh bercampur dengan pengambilan kalsium.
Maka, set hamil Shaklee ini insyaAllah dapat membantu memberi nutrisi dan vitamin yang lengkap ketika anda hamil. Dan ianya insyaAllah dijamin selamat, tiada penggunaan bahan sintetik dan Halal.


ESP membantu untuk membina sel - sel bayi anda dan dalam masa yang sama membuatkan anda kekal bertenaga.
OmegaGuard mengandungi DHA untuk menyokong pertumbuhan sel otak, mata dan sistem saraf anak.
Ostematrix memberi anda kalsium secukupnya untuk pembentukan tulang dan gigi bayi.
B-complex mengandungi folic acid yang membantu mengurangkan risiko kecacatan ketika lahir seperti spina bifida.
Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen di dalam badan dan menguatkan sistem imun.
Vita-lea pula diperlukan untuk penghasilan hemoglobin yang dapat bantu membawa oksigen kepada bayi dan seluruh tubuh kita.

Jangan abaikan kesihatan tubuh kita ketika hamil dan selepas hamil jika kita inginkan anak yang sihat. Ini ikhtiar kita untuk jaga kesihatan. Apa pun semua dengan izin Nya. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. InsyaAllah saya akan bantu anda.



Saya Pengedar Sah Shaklee Anda
Nadhira ♥
013-7319472

Monday, April 7, 2014

Ostematrix: Cerita Saya

Assalamualaikum...

Waktu mengandung dulu, saya beli set hamil Shaklee. Set hamil tu consist of Vita-Lea (multivitamin) with iron, vitamin B, Vitamin C, Ostematrix. These are the essential vitamins and minerals needed during pregnancy. Sebagai tambahan, saya beli ESP untuk membekal tenaga seharian.


Yang paling penting ialah kalsium kerana kalsium membantu pembentukan tulang untuk bayi. Betul?
Dalam masa yang sama, kita juga tak mahu kehilangan kalsium kerana bimbangkan osteoporosis di kemudian hari. Betul?

Maka, Ostematrix jawapannya. Hehe. Sebab...

Ostematrix tak perlu nak bancuh dan minum. Telan saja pil, 2 biji pagi dan 2 biji malam. Mudah bukan? Ianya mengandungi kandungan kalsium yang mencukupi untuk seharian. Satu pil mengandungi 250mg kalsium dan disarankan untuk mengambil 4 biji pil setiap hari. Seperti entri saya sebelum ni, wanita hamil memerlukan approximately 1000mg kalsium.

Waktu mengandung, trimester pertama mungkin tak perasan sangat. Bila masuk trimester kedua dan ketiga, kandungan semakin membesar, dah tentu lah keperluan kalsium tu lebih sebab waktu ni bayi memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dia. Dan waktu ini lah saya mula kena kejang di betis atau orang kata simpul biawak malam -malam. Pagi pula bila gosok gigi selalu berdarah. Semua ni sebab saya kekurangan kalsium. So, saya pun makan Ostematrix secara konsisten dan alhamdulillah tak mengalami kekejangan dan gusi pun tak berdarah lagi.

Honestly, saya ni bukan jenis tak suka minum susu. Saya suka minum susu dan selalu juga beli susu Anmum waktu mengandung hari tu. Bukan setakat Anmum, susu kambing, susu unta, susu Dutch Lady pun saya minum. Tapi at one point, saya mula rasa bosan dan muak untuk minum susu. Sebab tu saya ambil Ostematrix.

Kelebihan lain jika mengambil Ostematrix ialah 
  • Mengurangkan stress
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Mengurangkan sakit ketika haid
  • Membantu dalam masalah gastrik
  • Mengurangkan sakit migrain

So, sesiapa yang berminat untuk mencuba supplement Ostematrix ni, boleh hubungi saya di 013-7319472. ;)
Beli 6 percuma 1!



Saya pengedar sah Shaklee anda
Nadhira ♥
013-7319472

Tuesday, April 1, 2014

Bulan April Bulan Promosi OsteMatrix!

Assalamualaikum...

Bulan Mac dah berlalu pergi. Alhamdulillah, ramai yang suka dengan kelebihan ESP. :)
Yang tak sempat beli waktu promosi, masih boleh buat pembelian bila - bila masa. Contact je saya, ok? ;)

Tapi kali ni saya nak berkongsi pula promosi bulan April -- iaitu promosi Ostematrix!! Seperti biasa, promosi beli 6 percuma 1.

Kalau nak bercerita tentang kebaikan kalsium ni, rasanya ramai yang dah tahu. Basically kalsium sangat lah penting untuk kekuatan tulang dan gigi -- dan tulang ini adalah untuk menyokong tubuh kita. Dan untuk pengetahuan semua, dalam setiap sel di badan kita ni menggunakan kalsium dalam kuantiti tertentu untuk menjalankan fungsinya. Maknanya, kalsium sangat penting untuk kesihatan keseluruhan. Jika kalsium intake tak mencukupi, kalsium dari tulang - tulang kita akan diserap untuk kegunaan sel.

Apa yang terjadi bila kalsium dari tulang dah diserap oleh sel -sel? Tulang anda akan mereput atau lebih dikenali sebagai osteoporosis! Biasanya tiada simptom yang jelas jika seseorang itu mengalami osteoporosis until dia mengalami keretakan tulang.  

Berikut adalah kuantiti kalsium yang diperlukan oleh kita

Table 1: Recommended Dietary Allowances (RDAs) for Calcium [1]
Age Male Female Pregnant Lactating
0–6 months*200 mg200 mg
7–12 months*260 mg260 mg
1–3 years700 mg700 mg
4–8 years1,000 mg1,000 mg
9–13 years1,300 mg1,300 mg
14–18 years1,300 mg1,300 mg1,300 mg1,300 mg
19–50 years1,000 mg1,000 mg1,000 mg1,000 mg
51–70 years1,000 mg1,200 mg
71+ years1,200 mg1,200 mg
* Adequate Intake (AI)

Oleh itu, untuk mendapatkan kuantiti kalsium yang mencukupi, Ostematrix ini insyaAllah mengandungi keperluan yang lengkap. Bagi mereka yang susah untuk minum susu, disarankan sangat - sangat untuk mengambil Ostematrix kerana ianya dalam bentuk pil dan mudah untuk ditelan.

Lelaki dan perempuan, kanak - kanak dan dewasa, semua perlukan kalsium dan ibu mengandung atau menyusu sangat lah digalakkan untuk consume ostematrix kerana anak kita memerlukan kalsium untuk pembesaran dan the only way anak kita mendapatkan kalsium adalah melalui ibu (ketika mengandung dan breastfeed). Sebab itu lah perempuan mudah dan cepat mendapat osteoporosis. Jangan tak percaya ada yang gigi hancur atau tertanggal ketika mengandung kerana kekurangan kalsium! :O

So, bagi mereka yang berminat, bolehlah hubungi saya. InsyaAllah saya akan guide anda cara makan yang betul. ;)


Saya pengedar sah Shaklee
Nadhira ♥
013-7319472