Bila baca blog Dr Hamid Arshat, beliau mengatakan bahawa masih ramai yang tidak mengetahui tentang endometriosis. Entri itu ditulis pada tahun 2011, sepatutnya ramai yang dah tahu kot tentang ini. Tapi saya baru tahu mengenai penyakit ini semalam bila kawan bertanyakan supplement apa yang sesuai untuk endometriosis. Hihihi.
So, apakah itu endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.
Bagaimana endometriosis berlaku?
Semasa cycle haid, ovari akan mengeluarkan hormon yang membuatkan dinding uterus menebal sebagai persediaan kepada pregnancy. Jika telur tidak disenyawakan dalan tempoh 24 jam, segala tisu dan darah itu akan dikeluarkan dari tubuh melalui period. Dalam masa yang sama, sel abnormal yang tumbuh pada organ lain tidak dapat dikeluarkan. Ia akan semakin berkembang dan menebal setiap kali kitaran haid berlaku.
Antara simptomnya ialah:
- sakit di bahagian uterus, lower abdomen dan pelvis sebelum dan semasa period
- sakit semasa hubungan kelamin
- darah period yang banyak termasuk darah beku dan tisu yang besar saiznya
- sakit semasa buang air kecil dan besar ketika period
- ketidaksuburan
Wanita yang mempunyai cycle period yang pendek iaitu kurang dari 27 hari atau mengalami period lebih dari seminggu berisiko menjadi pesakit Endometriosis. Dan kerana pesakit Endometriosis selalu mengalami period yang banyak, mereka selalunya mengalami iron-defiency anemia.
Antara cadangan supplement dari Shaklee yang dapat membantu Endometriosis bagi
membantu mengawal Endometriosis pada peringkat awal ialah:
SANGAT PENTING
- Vitamin E. 200IU sehari >> Membantu dalam menyeimbangkan hormon.
- Alfalfa. 200mcg sehari >> Diperlukan untuk pembekuan darah.
- GLA Complex. 1500mg sehari >> Membantu dalam menstabilkan hormon dan keseimbangan prostaglandin.
- Vita-Lea with iron >> Penting jika mengalami Anemia.
- B-Complex >> Untuk produktiviti sel darah dan keseimbangan hormon. Mengurangkan stress dan diperlukan dalam fungsi adrenal. Serta membantu tubuh mengeluarkan lebihan air.
- Vitamin C >> Penting untuk proses penyembuhan dan meningkatkan fungsi imun.
- Zinc >> Untuk membaiki tisu, merawat luka dalaman.
DOs and DONTs untuk PESAKIT ENDOMETRIOSIS
- Banyakkan makan ulam dan salad termasuk soya (50% dari diet harian). Makan produk whole-grain, bukannya refined.
- Elakkan alkohol, caffeine, lemak haiwan, butter, produk tenusu, makanan berminyak dan bergoreng, fast food, daging, ayam ternak (kecuali organik dan dibuang kulit), garam, gula.
- Puasa selama 3 hari setiap bulan, sebelum bermula period. Banyakkan minum jus buah tanpa gula.
- Gunakan hot pad dan tuam pada perut untuk mengurangkan sakit.
- Melakukan senaman ringan setiap hari
Bagi yang ingin mendapatkan konsultasi dan pembelian set Shaklee, boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp/telegram di 013-7319472.
Pengedar Sah Shaklee
Nadhira ♥
013-73109472
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
done follow :) Mind follow back ?
ReplyDelete