Monday, June 2, 2014

Tips Menguruskan Duit Bonus Tahunan

Assalamualaikum,

Semalam saya blogwalking dan terhenti di blog Ariff Shah ni. Baca - baca tajuk entri terkini, tertarik dengan satu tajuk "5 Langkah Menguruskan Duit Bonus Tahunan Dengan Baik". Terus rasa nak kongsi dalam blog ni sebab saya pun perlukan reminder seperti ini. Hehehe.

So, apakah langkah - langkah tersebut?

1. Jangan plan nak gunakan bonus untuk perbelanjaan. Ramai yang awal-awal tahun lagi dah target nak beli apa dengan duit bonus yang mereka dapat. Bila mindset dah macam ni, confirm tak sampai berapa hari bonus lesap.

The best is kita lupakan saja bonus tu. Kalau ada, ada. Kalau tak, takpe. Sebabnya kalau kita dah plan nak belanja bonus, sekali rasa tak sabar pulak nak beli something, terus swipe kad kredit. End up, bonus takde. Anda akan tersepit dengan hutang pembelian barang tadi. 

Kalau boleh juga, tunggu dapat bonus tu kemudian baru decide what to do with the bonus. Buat list, antara keperluan dan kehendak. Macam ni, baru kita nampak mana yang penting dan mana yang tidak penting untuk dibeli.

2. Langkah terbaik adalah memasukkan bonus ni ke dalam akaun unit trust (blogger Ariff Shah ada share tips unit trust dulu). Kalau bonus besar, invest dalam property. Senang cerita, bonus ni fungsi dia satu je, untuk investment.

In the future kita tak tahu one fine day perlu duit banyak untuk sesuatu yang penting, maka duit terkumpul dalam akaun pelaburan yang akan digunakan. Basic rule untuk duit simpanan kecemasan adalah 6x perbelanjaan bulanan.

Yang ambil takaful, bagus. At least perbelanjaan kecemasan untuk perubatan takaful dah cover. Yes! Ini memang sangat perlu. Saya dan anak saya pun sudah ada takaful sendiri.

3. Anggap bonus sebagai bonus. Kalau hidup kita ni awal-awal dah plan nak guna duit bonus untuk sesuatu selain pelaburan, nak beli baju raya, nak beli handbag, maksudnya kita sedang hidup di luar kemampuan.

Guna bonus nak clearkan kad kredit, mesti ramai buat macam ni kan? Ini pun salah satu petanda yang kita hidup di luar kemampuan. Kena kurangkan perbelanjaan atau cari income yang lebih banyak... dan potong kad kredit.

Bila kad kredit dah maxed out dan kita tak mampu bayar full balance bulan-bulan, dah terang lagi bersuluh kita tak mampu nak kekalkan lifestyle tersebut. Hentikanlah.

4. Bercuti? No. Itu bukan alasan untuk membelanjakan bonus. Yes, kita faham yang anda dah bekerja keras nak dapatkan bonus, tapi hakikat ini tak mengubah apa-apa.

Nak bercuti pun sebenarnya tak perlu kacau duit bonus. Plan your holiday dari awal (beli tiket murah awal-awal), save gaji setiap bulan. Kalau rasa memang tak mampu, terpaksa la ukur baju di badan sendiri. Dalam negara pun banyak juga tempat untuk dilawati. Kalau tak mampu juga, berkelah di taman juga salah satu aktiviti yang bermanfaat untuk dilakukan bersama keluarga.

The main important thing is, time well spent together with your loved ones. ;)

5. Beramal. Ada parents, kasi parents. Ingatlah, setiap yang kita bagi dengan ikhlas ke jalan Allah tak akan berkurangan.


Ye. Sangat berguna tips dari blogger Ariff Shah ni. Sebab sejak saya join Shaklee, bonus Shaklee akan diberi setiap bulan (mengikut hasil jualan). Mungkin tak banyak mana, tapi alhamdulillah Allah masih beri rezeki. So, kenalah belajar untuk menyimpan dari sekarang.

Till then. Hope semua dapat manfaat dari bacaan ni.

2 comments:

  1. betul tu...kena start praktikkan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak praktik, nanti asik shopping je.. habis duit.. hehe

      Delete