Tuesday, June 3, 2014

Mengira Waktu Subur

Assalamualaikum,

Bagi pasangan yang telah berkahwin, yang ingin mendapatkan cahaya mata atau mungkin yang merancang perlu tahu cara untuk mengira waktu subur. Saya dulu pun endah tak endah tentang waktu kitaran haid saya. Tambah pula saya jenis haid yang tak teratur. Pernah lah juga haid tak datang sebulan atau dua bulan lamanya. Sampaikan waktu saya nak buat medical check up untuk masuk tempat kerja baru, kecoh satu klinik kata saya mengandung. Yang paling tak boleh terima, doktor siap tanya saya ada boyfriend tak? Saya duduk serumah dengan boyfriend ke? Sebab waktu tu belum kahwin lagi kan. Hahahaha...

Ok lah. Itu pengalaman saya. :D

So, bagaimanakah caranya untuk kita mengira atau mengetahui waktu subur?

Sistem Kalendar

 Menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu :

Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang.

Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak  dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.

Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20.

Penggunaan Kalkulator Kesuburan

Banyak alatan atau software yang terdapat dipasaran dicipta untuk menghitung waktu subur. Atau boleh sahaja google dan banyak website yang menyediakan kalkulator kesuburan ni. Dalam alat tersebut anda hanya perlu memasukkan tarikh Hari Pertama Haid Terakhir (HPHT) dan berapa purata kitaran haid anda. Setelah itu akan muncul tarikh perkiraan waktu subur seseorang.

Contohnya seperti ini, saya ambil dari website babycenter.com.

Ovulation Test Strip

Ovulation test strip ni lebih kurang seperti urine pregnancy test (UPT). Sama juga menggunakan urine untuk test tapi yang ini nak pastikan waktu kesuburan kita. Actually, saya pun baru tau ada ovulation test strip ni waktu baca blog Kak Aty - Aku Bukan Bidadari. Ujian ini akan detect hormon luteinizing (LH) - which is hormon yang membantu untuk melepaskan telur ovum setiap bulan.



Perubahan Suhu Badan

Lagi satu cara untuk mengetahui bila kita subur ialah dengan sentiasa check suhu badan kita atau dikenali sebagai basal body temperature (BBT). Secara ringkasnya, bacaan BBT akan berada pada suhu paling rendah sebelum waktu subur dan akan naik secara mendadak pada waktu subur - ini disebabkan oleh hormon progesteron. Tapi perlu diingatkan, ini mungkin bukan cara yang accurate untuk tentukan waktu subur. Cuma bila kita buat carta suhu untuk beberapa bulan, kita boleh nampak pattern cycle kita. Maknanya, untuk cara ini kita kena sentiasa ada termometer untuk check suhu badan.

Ini serba sedikit yang saya tahu hasil dari bacaan saya. Harap dapat membantu. ;)

sumber 1, 2, 3

*********


Shaklee juga mempunyai set kesuburan bagi pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata. Klik SINI untuk maklumat lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment