Showing posts with label ingin hamil. Show all posts
Showing posts with label ingin hamil. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

Mengira Waktu Subur

Assalamualaikum,

Bagi pasangan yang telah berkahwin, yang ingin mendapatkan cahaya mata atau mungkin yang merancang perlu tahu cara untuk mengira waktu subur. Saya dulu pun endah tak endah tentang waktu kitaran haid saya. Tambah pula saya jenis haid yang tak teratur. Pernah lah juga haid tak datang sebulan atau dua bulan lamanya. Sampaikan waktu saya nak buat medical check up untuk masuk tempat kerja baru, kecoh satu klinik kata saya mengandung. Yang paling tak boleh terima, doktor siap tanya saya ada boyfriend tak? Saya duduk serumah dengan boyfriend ke? Sebab waktu tu belum kahwin lagi kan. Hahahaha...

Ok lah. Itu pengalaman saya. :D

So, bagaimanakah caranya untuk kita mengira atau mengetahui waktu subur?

Sistem Kalendar

 Menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu :

Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang.

Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak  dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.

Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20.

Penggunaan Kalkulator Kesuburan

Banyak alatan atau software yang terdapat dipasaran dicipta untuk menghitung waktu subur. Atau boleh sahaja google dan banyak website yang menyediakan kalkulator kesuburan ni. Dalam alat tersebut anda hanya perlu memasukkan tarikh Hari Pertama Haid Terakhir (HPHT) dan berapa purata kitaran haid anda. Setelah itu akan muncul tarikh perkiraan waktu subur seseorang.

Contohnya seperti ini, saya ambil dari website babycenter.com.

Ovulation Test Strip

Ovulation test strip ni lebih kurang seperti urine pregnancy test (UPT). Sama juga menggunakan urine untuk test tapi yang ini nak pastikan waktu kesuburan kita. Actually, saya pun baru tau ada ovulation test strip ni waktu baca blog Kak Aty - Aku Bukan Bidadari. Ujian ini akan detect hormon luteinizing (LH) - which is hormon yang membantu untuk melepaskan telur ovum setiap bulan.



Perubahan Suhu Badan

Lagi satu cara untuk mengetahui bila kita subur ialah dengan sentiasa check suhu badan kita atau dikenali sebagai basal body temperature (BBT). Secara ringkasnya, bacaan BBT akan berada pada suhu paling rendah sebelum waktu subur dan akan naik secara mendadak pada waktu subur - ini disebabkan oleh hormon progesteron. Tapi perlu diingatkan, ini mungkin bukan cara yang accurate untuk tentukan waktu subur. Cuma bila kita buat carta suhu untuk beberapa bulan, kita boleh nampak pattern cycle kita. Maknanya, untuk cara ini kita kena sentiasa ada termometer untuk check suhu badan.

Ini serba sedikit yang saya tahu hasil dari bacaan saya. Harap dapat membantu. ;)

sumber 1, 2, 3

*********


Shaklee juga mempunyai set kesuburan bagi pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata. Klik SINI untuk maklumat lebih lanjut.

Thursday, March 27, 2014

Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum...

Bagi setiap pasangan yang berkahwin, pasti teruja dan ternanti - nanti akan cahaya mata sebagai pelengkap sesebuah perkahwinan. Akan tetapi, tidak semua berpeluang untuk terus mendapat rezeki cahaya mata. Ada pasangan terpaksa menanti tempoh yang lama untuk mendapatkan cahaya mata.

Namun ada pelbagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata ini selain doa dan tawakal, dan juga setelah mendapat pengesahan dari doktor bahawa kedua- dua suami dan isteri normal/ subur. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi di laman Facebook, beliau mencadangkan agar istiqamah mengamalkan supplemen, kurangkan makanan berlemak dan tinggi karbohidrat (cth kek) dan kurangkan minum minuman bergas.

Di sini saya ingin memberitahu bahawa Shaklee juga mempunyai cadangan supplemen untuk set kesuburan. :)


Bagi wanita, kami mencadangkan untuk mengambil Alfalfa dan GLA.
Kebaikan Alfalfa ini ialah ianya memberi kelegaan semasa haid, merawat masalah keputihan pada wanita, menegangkan payu dara, mencuci usus bagi membuang toksik. Ada banyak lagi kebaikan alfalfa, mungkin akan saya kongsikan di entry lain kali.
Manakala GLA pula ianya membantu mengawal dan dan mengatur kitaran haid, memberi kelegaan ketika haid, menguatkan dinding arteri dan membantu meningkatkan kesuburan.

Bagi lelaki pula, kami mencadangkan pengambilan vitamin E complex dan zinc complex.
Vitamin E complex menambah pengeluaran air mani lelaki seterusnya membantu mereka yang mengalami masalah low count sperm. Jika diambil sekurang - kurangnya seminggu, ianya mampu meningkatkan tenaga seksual.
Zinc complex pula melindungi kesihatan prostat dan mengurangkan risiko kanser prostat, membantu meningkatkan tahap kesuburan dan kemampuan seksual bagi lelaki.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba set kesuburan Shaklee ini, bolehlah hubungi saya. Setakat ini kami menerima result positif bagi mereka yang dah pun cuba set ini. Alhamdulillah.


Hubungi saya di 013-7319472


p.s: Lagi pesanan dari Dr Zubaidi ialah untuk perbanyakkan solat hajat dan bersedekah.;)


Saya pengedar sah Shaklee anda
Nadhira ♥