Showing posts with label kesuburan. Show all posts
Showing posts with label kesuburan. Show all posts

Wednesday, March 11, 2015

Masalah Haid Tidak Teratur

Assalamualaikum,

Secara jujurnya, saya merupakan salah seorang yang mengalami masalah period tidak teratur. Saya percaya, wanita yang mengalami masalah ini pasti akan rasa rendah diri dan sedikit kecewa bila mengalami masalah ini terutama sekali mereka yang telah berkahwin.

Jika waktu remaja atau sebelum berkahwin, boleh dikatakan saya gembira juga bila kitaran haid tak teratur ni. Saya tak anggap ianya sebagai satu masalah pun, malah saya happy sebab tak perlu mengalami period pain setiap bulan dan jika bernasib baik, saya dapat berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Hehehe.



Tapi bila dah berumah tangga ni... baru lah nak belajar faham tubuh sendiri. Baru lah nak ambil tau kenapa kitaran haid tak teratur ni dikatakan satu masalah.

Kenapa penting sangat kitaran haid normal?

Wanita yang telah berkahwin, sudah semestinya tak sabar untuk menimang cahaya mata. Tapi, bila kitaran haid tak teratur, bagaimana pula kita nak merancang? Walaupun di farmasi luar sana ada menjual test strip untuk menentukan waktu subur, tapi berapa lama pula kita nak bergantung pada test strip. Dah la mahal... T_____T


So, akhirnya saya mencuba sendiri produk Shaklee. Saya ambil produk yang membantu kesuburan wanita iaitu Alfalfa dan GLA Complex.

Awalnya saya sendiri tak berapa yakin keberkesanannya sebab tak jadi apa-apa pun lepas makan. Ada yang kata, lepas makan Alfalfa terus keluar darah haid, whatsoever. Tambahan pula saya ni kejap makan, kejap tak. Tak konsisten langsung! Tapi bila fikir balik, macam mana lah nak berkesan kalau tak konsisten.


So, beberapa bulan lepas saya cuba konsisten makan Alafalfa dan GLA Complex. Without fail saya makan hari-hari. Alhamdulillah dah dua bulan period saya datang on time. Waktu bulan pertama datang period, ingat nak kongsi cerita ni tapi bukti belum kukuh lagi. Tapi bila dah bulan kedua period datang pada waktu yang sepatutnya datang, baru lah saya percaya ikhtiar saya berjaya. Semua pun dengan izin Allah.

Kita tunggu dan lihat pula update bulan depan. Siapa tahu, perut ini bakal berisi? Hiks~

*****

Dapatkan produk kesuburan Shaklee dari saya. Konsultasi adalah PERCUMA untuk semua pelanggan saya.

Shaklee Independent Distributor
Nadhira
0137319472

Tuesday, June 3, 2014

Mengira Waktu Subur

Assalamualaikum,

Bagi pasangan yang telah berkahwin, yang ingin mendapatkan cahaya mata atau mungkin yang merancang perlu tahu cara untuk mengira waktu subur. Saya dulu pun endah tak endah tentang waktu kitaran haid saya. Tambah pula saya jenis haid yang tak teratur. Pernah lah juga haid tak datang sebulan atau dua bulan lamanya. Sampaikan waktu saya nak buat medical check up untuk masuk tempat kerja baru, kecoh satu klinik kata saya mengandung. Yang paling tak boleh terima, doktor siap tanya saya ada boyfriend tak? Saya duduk serumah dengan boyfriend ke? Sebab waktu tu belum kahwin lagi kan. Hahahaha...

Ok lah. Itu pengalaman saya. :D

So, bagaimanakah caranya untuk kita mengira atau mengetahui waktu subur?

Sistem Kalendar

 Menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu :

Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang.

Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak  dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.

Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20.

Penggunaan Kalkulator Kesuburan

Banyak alatan atau software yang terdapat dipasaran dicipta untuk menghitung waktu subur. Atau boleh sahaja google dan banyak website yang menyediakan kalkulator kesuburan ni. Dalam alat tersebut anda hanya perlu memasukkan tarikh Hari Pertama Haid Terakhir (HPHT) dan berapa purata kitaran haid anda. Setelah itu akan muncul tarikh perkiraan waktu subur seseorang.

Contohnya seperti ini, saya ambil dari website babycenter.com.

Ovulation Test Strip

Ovulation test strip ni lebih kurang seperti urine pregnancy test (UPT). Sama juga menggunakan urine untuk test tapi yang ini nak pastikan waktu kesuburan kita. Actually, saya pun baru tau ada ovulation test strip ni waktu baca blog Kak Aty - Aku Bukan Bidadari. Ujian ini akan detect hormon luteinizing (LH) - which is hormon yang membantu untuk melepaskan telur ovum setiap bulan.



Perubahan Suhu Badan

Lagi satu cara untuk mengetahui bila kita subur ialah dengan sentiasa check suhu badan kita atau dikenali sebagai basal body temperature (BBT). Secara ringkasnya, bacaan BBT akan berada pada suhu paling rendah sebelum waktu subur dan akan naik secara mendadak pada waktu subur - ini disebabkan oleh hormon progesteron. Tapi perlu diingatkan, ini mungkin bukan cara yang accurate untuk tentukan waktu subur. Cuma bila kita buat carta suhu untuk beberapa bulan, kita boleh nampak pattern cycle kita. Maknanya, untuk cara ini kita kena sentiasa ada termometer untuk check suhu badan.

Ini serba sedikit yang saya tahu hasil dari bacaan saya. Harap dapat membantu. ;)

sumber 1, 2, 3

*********


Shaklee juga mempunyai set kesuburan bagi pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata. Klik SINI untuk maklumat lebih lanjut.