Friday, April 11, 2014

Pentingnya Vitamin B Complex

Assalamualaikum,

Vitamin B complex merupakan salah satu vitamin yang penting untuk diambil setiap hari kerana vitamin B tidak disimpan lama dalam badan kita -- sama juga seperti vitamin C. Tapi ramai yang tak sedar, kebanyakan kita tidak mendapat vitamin B yang mencukupi; malah menurut *USDA, yang paling biasa ialah kekurangan folic acid, B12 dan B6.

Untuk setiap vitamin B complex terbahagi kepada beberapa vitamin B iaitu:

Vitamin B1 (Thiamine)
Vitamin B2 (Riboflavin)
Vitamin B3 (Niacin)
Vitamin B5 (Pantothenic acid)
Vitamin B6 (Pyridoxin)
Vitamin B7 (Biotin)
Vitamin B9 (Folic acid)
Vitamin B12 (Cobalamin)

Untuk mengetahui kelebihan setiap vitamin B secara terperinci, anda boleh lah ke laman Vitamin B ini (sila klik). Dan semua keperluan vitamin B ini boleh didapati dalam satu botol Vitamin B complex Shaklee ini.


Apakah kepentingan vitamin B complex ni?

Kepentingan vitamin B ini berbeza mengikut peringkat umur. Tapi secara umumnya, antara kebaikannya ialah:

→ Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
→ Mengelakkan penyakit beri-beri.
→ Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
→ Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
→ Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
→ Mencegah stress.
→ Menguatkan antibodi tubuh.
→ Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
→ Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
→ Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
→ Mencegah anemia.

Kelebihan vitamin B complex untuk anak - anak:

1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

Kelebihan vitamin B complex untuk orang dewasa:

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

Kelebihan vitamin B complex untuk ibu mengandung:

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

sumber 1, 2, 3
*USDA : United States Department of Agriculture


Bagi mereka yang berminat untuk membeli vitamin B Shaklee ini atau mana - mana produk Shaklee, boleh lah hubungi saya terus melalui sms/whatsapp/telegram. ;)


Saya pengedar sah Shaklee anda
Nadhira ♥
013-7319472

5 comments: