Telekung

Thursday, April 17, 2014

Evolusi Ayam Kenny Rogers

Assalamualaikum,

Last Saturday, lepas habis New Distributor Training Shaklee di Times Square Hotel, saya dan family berjalan - jalan pula di shopping mall sebab nak lepaskan solat Maghrib dulu baru balik. Lepas solat Maghrib tu, suami kata dia lapar dan dia decide nak makan Kenny Rogers. Saya pun ok je lah.

Suami kata dia nak order macam biasa, quarter meals. Dan saya pula ternampak Kenny's Tortilla Wrap, saya order wrap saja. Saja nak cuba menu baru. Boleh tahan sedap wrap dia, tambah pula banyak salad. Tapi kecil je wrap tu, tak cukup untuk orang yang kuat makan. Haha.

Lepas tu, bila datang quarter meal suami, kami terkejut sangat sebab.... ayam nye kecil. Serious! Macam - macam teori kami keluarkan. Mungkin ni ayam serama, tak pun ayam kampung. Atau ayam tak cukup makan. Hahaha... kalau dulu quarter chicken ni boleh berkongsi dua orang. Sedap - sedap je kenyang. Tapi haritu, makan sorang pun, kalau ikut level pou, tak penuh 100%. Hihihi.


Biasanya saya memang tak akan percaya lah iklan. Tapi saja nak letak juga. Ini gambar quarter meal dalam website Kenny Rogers Roaster Malaysia. Menyelerakan bukan? Besar ayam tu. Macam kalau makan, kena lari pusing Tasik Titiwangsa 3 kali untuk buang lemak dalam badan. Haha.
 

Gambar ini pula ialah quarter meal waktu kami makan di Kenny Rogers Sunway Pyramid bulan Disember tahun lepas. Masih acceptable. Ayam boleh kata besar juga.


Ini pula ialah quarter meal di Kenny Rogers Roaster Times Square. Bahagian paha. Kecil. (Lagi satu side dish ialah fruit salad. Lupa nak masukkan balik time snap gambar ni. Hehe)

Boleh nampak kan perbezaannya? Walaupun mungkin ada yang kata angle saya ambil gambar membuatkan ayam nampak berbeza saiz. Tapi, rasanya perbezaan real life dan dalam gambar tak ketara sangat kot. Kecik hati kita tau bila dapat ayam macam ni. Sekecik ayam ni juga... kahkah

6 comments:

  1. Kenny kat sebelah office ni jer ha... jalan sikit masuk mall dah jumpa Kenny, membuatkan iolss teringin pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih... terbayang2 la tu. hihi

      Delete
  2. huhu...memang nampak revolusi kat situ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik harga masih sama... kalau naik harga, tak nak bayar. haha. :D

      Delete