Thursday, April 10, 2014

Anak Dan Pasir Pantai

Assalamualaikum,

Sejak Facebook Oh!Media berkongsikan video mengenai Kinetic Sand, rasa excited dan kagum dengan teknologi sains. Walaupun dulu saya pelajar sains, tapi setakat tau yang asas je la. Ilmu tak sampai lagi ke tahap macam mana nak cipta pasir boleh melekat. Hahaha.

Rumus E=MC2 yang sepatutnya boleh cipta bom nuklear pun saya tak faham macam mana rumus tu boleh cipta bom nuklear? Pfftt!~ ok. Merepek pula.


Anyway, penting ke bermain dengan pasir ni?

Kalau anda seorang ibu bapa yang concern dengan perkembangan anak - anak, mungkin penting. Tapi, ada juga ibu bapa yang prefer untuk menggunakan kaedah lain selain bermain dengan pasir. Sebab mungkin ada yang rasa pasir tu kotor atau mungkin ada yang allergi dengan pasir.
Bermain pasir merupakan antara permainan yang memberikan banyak manfaat kepada kanak-kanak. Jari-jemari kecil yang menggenggam, mengepal serta membentuk pasir dapat membantu perkembangan deria sentuhan dan mengasah skil pergerakan jemari yang halus (fine sensorimotor skills). Selain itu, daya kreativiti dan imaginasi anak anda juga dapat ditingkatkan.

Bermain dengan pasir bukan sekadar bermain tetapi ia juga merupakan sebuah proses pembelajaran yang dapat meningkatkan daya tumpuan atau fokus anak anda. Kesemua faedah bermain pasir ini sememangnya dapat menjadikan anak anda lebih pintar dan cergas.

Macam anak saya, Nourah, dia baru berusia 10bulan. Belum tau lagi apa yang dia perlu buat dengan pasir selain dari masukkan dalam mulut. -_-"

So, saya tak beli pun kinetic sand ni. Tunggu dah besar sikit lah. Lagipun dalam website tu kata kinetic sand untuk 3 tahun and above. So, in the meantime kita pergi pantai je dulu.

Waktu Nourah 4 bulan, dia dah jejakkan kaki di pasir Pantai Teluk Batik, Perak.

Saja nak bagi dia rasa tekstur butiran pasir ciptaan Allah. ;)

Umur dia 7 bulan, kami ke Pantai Puteri, Melaka. Nampak macam dia suka dan tak kisah bila diletakkan atas pasir.


Yang paling terkini, kami ke Teluk Gorek, Mersing. Agak terkejut sebab dia menangis bila kami letakkan dia atas pasir. Hahaha... mungkin dia dah mula faham perasaan geli dan boleh fikir, "eh? Apa benda yang aku pijak ni? Gelinyaa!" Hihihi...


Nangis bersungguh pula dia. Ingatkan dia tak ada masalah dengan pasir pantai sebab sebelum letakkan dia, kakak ipar baru je tanya kalau - kalau Nourah takut dengan pasir ke tak. Saya cakap lah tak sebab sebelum ni okay je dia.

Sekali.........

Hahahaha... tak apa lah. Next time kita cari pantai lain lagi sampai dia dah tak nangis. Tak pun nanti beli kinetic sand letak kat rumah. Nak buat rendam kaki dalam kinetic sand tu pun boleh. :p

4 comments:

  1. alo lo lo, comelnya main pasir, tapi lepas tu memang kena servis kaw kaw lah bagi bersih ye tak walaupun bagus untuk skills development mereka... sebab takut2 ada penyakit yang tak diingini hinggap pulak nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... sekarang ni, asal namanya main kat luar, memang kena bersihkan bersih bersih.. haha. dah tak macam dulu2 dah.. T___T

      Delete
  2. comelnye duk main pasir...ee geram ngan pipi die...kemain lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. mesti dah tak sabar nk tunggu baby sendiri kan? :D

      Delete