Telekung

Thursday, November 17, 2011

10 Sebab Doa Kita Tidak Diterima

Assalamualaikum,

Tadi saya terbaca buku hadith 40 (Mustafa Abdul Rahman, Dewan Pustaka Fajar, 2008). Tengah belek - belek buku tu, saya tertarik dengan hadith ke-10, mengenai baik dan halal - syarat diterima doa. Some of you may know about this hadith but some may not (macam saya yang baru juga tau... hihi). So I try to summarize and share it. Hadith tersebut bermaksud:

Dari Abu Hurairah ra. katanya, Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, tidak Ia terima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintah orang2 mu'min dengan apa yang Ia perintahkan kepada sekalian rasul. Maka Allah Ta'ala berfirman (seperti yang disebut dalam hadith, yang ertinya): Hai sekalian rasul! Makanlah dari yang baik2 dan beramallah akan yang baik. Dan Ia berfirman: Hai sekalian orang yang beriman! Makanlah dari segala yang baik2 yang telah rezekikan kepada kamu. Kemudian ia menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanan, yang kusut rambutnya lagi berdebu mukanya menghulurkan dua tangannya ke langit (berdoa): Hai Tuhanku! Hai Tuhanku! Pada hal makanannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram; maka bagaimanakah akan diperkenankan baginya?
[Riwayat Ahmad no 8348, Muslim no.1015 dan al-Tirmizi no.2922]


Selain daripada makanan yang haram, segala perbuatan yang haram atau maksiat juga antara sebab - sebab doa kita tidak diterima. Daripada hadith ini juga kita dapat lihat bahawa betapa Allah menjaga segala apa yang kita makan, dari mana sumber makanan tersebut dan juga kelakuan kita.

Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawwuf yang masyhur) berada di tengah - tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepadaNya? Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:

1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya
2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya
4. Kamu telah makan nikmat - nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya
5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tapi kamu tidak lari daripadanya
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tapi kamu tidak bersedia baginya
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tapi kamu lupa keaiban kamu sendiri
10. Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Semoga kita mendapat pengajaran dan reflect balik diri kita daripada sepuluh perkara ini... Allah itu baik, tidak akan diterima melainkan yang baik. Sama - sama kita berubah menjadi insan yang baik. InsyaAllah. :)