Friday, June 27, 2014

Maybank Treats Fair 2014

Assalamualaikum,

Hai semuaaa!! Hehehe... berapa hari tak update blog sebab merajuk dengan blogspot. Nasib baik masalah dah selesai... rupa - rupanya ramai yang hadapi masalah yang sama macam cerita saya di entri ini. Hehehe...

Anyway, hari Ahad lepas, 22 June, saya ikut parents ke Maybank Treats Fair di Midvalley Exhibition Center (MVEC). Pukul 10.30pagi kami dah sampai sebab kalau datang lambat sikit, sure susah nak cari parking. Setiap tahun ada Maybank Treats Fair tapi ni first time saya pergi sejak pegang kad kredit sendiri. So, lebih kurang empat tahun berbelanja dan kumpul points, kali ni saya nak redeem point tersebut. Tak ada lah banyak mana pun point nya, sebab bukan kaki shopping. Tambahan pula, kredit limit sikit je. Hihihi.. :P

Dan hasil tangkapan saya? Stand mixer Kenwood yang bernilai RM369 saya dapat percuma hasil daripada tebusan points. Alhamdulillah...


Waktu nak pilih barang hari tu, bukan main pening lagi. Banyak sangat barang sampai rambang mata dan dengan orang semakin ramai terpaksa bersesak - sesak. Waktu mula - mula nampak stand mixer ni, terus jatuh cinta. Tapi tak ambil terus sebab nak jalan - jalan tempat lain dulu. Bila pergi booth lain, tengok barang lain asyik teringat je stand mixer tadi. Hahaha.

OH! Stand mixer yang cantik ni ada juga, tapi belum mampu. Harga RM2000 lebih. T_____T


Banyak sebenarnya company yang buka booth hari tu. Dari alatan elektrik yang heavy duty sampai sekecil - kecil barang seperti thermometer Omron pun ada. Booth yang menjual barangan gadget eletronik pun ada dan paling ramai. Hehe...


Dan booth yang wajib saya pergi ialah yang menjual permainan kanak - kanak. Kehkehkeh... tapi permainan ni saya beli sebab point dah tak cukup untuk redeem. :(


Permainan ketuk - ketuk tu, silinder warna warni tu susah nak tertanggal. Setakat hari ni, memang tak pernah tanggalkan kot sebab ketat. So insyaAllah kekal lama. Sebab dulu suami ada juga beli permainan serupa di Ikea untuk anak buah dia. Tapi sebab silinder berwarna tu senang dicabut, habis hilang.

So, tu jelah barangan yang berkenan. Yang lain - lain pun banyak yang berkenan... tapi kalau dah beli, mana pula nak letak kat rumah yang kecil tu pula kan? Hahaha...

Eh, aiskrim Baskin Robbin ni pun saya beli dengan redeem point. Hihi..


Monday, June 23, 2014

Tips Penjagaan Kulit

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi sedikit tips penjagaan kulit. Tak kira lelaki atau wanita, sekarang semua golongan ambil berat tentang penjagaan kulit. Tambah pula keadaan cuaca yang semakin panas, jika tidak dijaga dengan betul, kulit kita terutama di muka akan menampakkan usia yang lebih tua berbanding usia sebenar.

So, apakah tips itu?

Cara Jagaan dan Rawatan Yang Betul

Cara - cara yang senang untuk menjaga kulit anda ialah:
  • Bersihkan muka dua kali sehari dengan air suam dan pencuci muka yang sesuai mengikut jenis kulit anda, kemudian keringkan dengan lap perlahan - lahan. Tak perlu gosok muka dengan kain atau tuala terlalu kuat kerana ini akan  merosakkan kulit muka yang nipis.
  • Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Carilah losyen yang mengandungi SPF yang tinggi jika anda jenis yang terpaksa menghabiskan banyak masa di luar.
    Ia juga boleh dipakai hari - hari sebelum muka disapu make up. (Sumber: google)
  • Jangan sekali - kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat anda. Ini akan menyebabkan keradangan atau jerawat akan merebak dan akan merosakkan tisu - tisu halus di bawah kulit anda. Ini kerana kebiasaannya tangan kita tidak bersih dan bakteria di tangan akan memburukkan lagi jumlah jerawat di muka.
  • Jangan merokok kerana ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, kering, berkedut - kedut dan melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh. Tambahan pula, merokok memang tidak bagus untuk kesihatan. ;)
  • Minum banyak air sekurang - kurangnya 2 liter sehari. Air diperlukan untuk membuang toksin di dalam badan dan membantu pengaliran darah dalam badan, juga membantu proses lain di dalam badan. (sumber)
    sumber: google
Nutrien Untuk Kulit

Kosmetik hanya membantu untuk menutupi cela di kulit tetapi tidak menghilangkannya. Manakala losyen atau krim muka mungkin dapat menghilangkan seketika. Tetapi jika dalaman anda tidak cukup nutrien dan bertoksin, susah untuk kekalkan kesihatan dan kecantikan kulit anda.Cara yang betul untuk kulit mendapat nutrien yang sepatutnya ialah dengan mengambil pemakanan yang seimbang.

Untuk kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur - sayuran berdaun hijau terutamanya dan buah-buahan berwarna, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink.

Tapi mengikut pengetahuan dan pengalaman sendiri, bukan semua boleh mengekalkan kandungan nutrisi dan mineral dalam makanan selepas dimasak. Maka sebagai ganti dan pelengkap nutrien, saya sangat mencadangkan untuk mengambil supplement. Dan supplement dari Shaklee yang boleh dicadangkan ialah Vitamin E complex, B complex dan vitamin C.


Tak rugi mengambil supplement kerana vitamin ini ialah apa yang kita perlukan hari - hari. Selain mendapatkan kulit yang cantik, insyaAllah membantu untuk meningkatkan imun kesihatan. Jika anda berminat, terus message ke whatsapp atau telegram ke 013-7319472.

Saya sedia membantu. ;)

Pengedar Sah Shaklee Anda
013-7319472
nadhira.aziz@gmail.com

Thursday, June 19, 2014

Think Positive vs Think Negative

Assalamualaikum,

Semenjak dua menjak ni, kita sering dinasihatkan untuk think positive. Sedangkan dalam Islam sendiri pun kita digalakkan untuk berbaik sangka atau bahasa lainnya husnudzon.

Dan sejak saya mula berkecimpung dalam dunia perniagaan, laaaaggiiii lah saya perlu sentiasa berfikiran positif. Yakin bahawa rezeki itu datang dari Allah. Jika hari ini tiada jualan, yakin satu hari nanti rezeki kita pasti akan ada... yang penting jangan pernah berhenti usaha.

Tapi tiba - tiba saya teringat kata - kata cikgu tuisyen Bahasa Melayu saya dulu. Dia kata, kalau nak fikir positif saja pun tak boleh juga. Dia siap cakap dia nak tulis buku tentang berfikir secara negatif. Yeah... she was only joking. Tapi kalau jumpa buku tajuk macam tu, confirm dia punya lah. Hahaha.

Katanya, kita kena fikir negative untuk elakkan perkara - perkara yang negative. In a way, she did has a point. Sebab contoh macam semalam. Waktu saya isi minyak kereta, tiba - tiba saya ternampak motosikal dengan dua orang penunggang. Cepat - cepat saya habiskan isi minyak dan masuk kereta dan kunci. Ini semua gara - gara ramai yang share himpunan video cctv tentang kes samun dan ragut. Mostly kes tersebut melibatkan penunggang motor bersama pembonceng.

So, maksud cikgu saya, kita kena fikir apa perkara buruk yang bakal berlaku jika kita buat this or that. Then kita akan sediakan plan to overcome perkara tu. Itulah peranan negative thinking. Hehe.

Tapi sekarang saya rasa bersalah sebab dah buruk sangka kepada dua mamat indon yang naik motor semalam. Hehehe... ampun ya pak. Aku hanya ambil langkah berjaga - jaga. Hihihihi.


p/s: Keadaan dashboard saya masih sama macam haritu. Tak dapat saya nak berblogwalking lagi. Bosan kooottt!!!

Wednesday, June 18, 2014

Vivix Shaklee Yang Hebat!

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi lagi tentang salah satu produk Shaklee yang lebih dikenali sebagai tonik ajaib atau sirap Shaklee. Serius, warna merahnya seperti sirap atau ribena buat saya selalu terliur walaupun tengok gambar sahaja. Hehehe.

Apakah produk itu?


VIVIX


Vivix merupakan minuman campuran botani. Lebih dikenali sebagai tonik anti-penuaan yang mempunyai pelbagai manfaat, sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, SLE, sakit sendi, darah tinggi, kolestrol, jantung, strok dan macam-macam lagi. Campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Selain itu ia mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.


Antara kebaikan VIVIX ialah:

Memperbaiki DNA

Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel dan segala supplement yang diambil kurang penyerapan dengan baik kerana sel - sel yang tidak berada dalam keadaan yang sihat. Maka Vivix boleh membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi

Semakin kita tua, semakin terasa sakit seluruh badan dan sendi - sendi, ingatan pun makin pudar. Maka Vivix membantu mengembalikan keremajaan dan meningkatkan memori.


Harganya setanding dengan khasiat dan kebaikannya. Tidak mustahil ramai yang beli untuk diberikan kepada orang tersayang hanya kerana ingin melihat orang tersayang terus sihat. Semuanya dengan izin Allah juga. Lagipun, mencegah lebih baik dari mengubati. Pembelian Vivix adalah pelaburan yang terbaik.

Dengan setiap pembelian 2 unit vivix, anda layak mendapat keahlian percuma bernilai RM65 dan cash rebate pada bulan berikutnya. Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan untuk sebarang pembelian. Saya akan beri konsultasi percuma untuk pelanggan saya. :)



Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Nadhira ♥
013-7319472

Tuesday, June 17, 2014

Blogspot Merajuk?

Assalamualaikum,

Harini semangat nak blogwalking terus hilang bila blogspot buat hal. Dari pagi tadi cuma satu - satu blog sahaja yang keluar kat reading list blog ni. Selalunya akan ada lebih dari lima entry (tak pernah betul - betul kira. Hehe) dan bila kita klik 'view more' akan keluar lagi banyak entry baru dari blog yang kita follow kan? Tapi hari ni cuma satu dan bila klik 'view more' tak ada apa - apa berlaku.

Siap dah cuba refresh dengan restart laptop pun sama je. Agaknya blogspot ni merajuk dengan saya kot hari ni? Hehehehe. Jenuh la nak refresh tiap kali nak baca entry baru dari blog yang saya follow.


Khasiat dan Kebaikan OmegaGuard

Assalamualaikum,

Omega 3 adalah asid lemak yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee
  1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies).
  2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
  3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini.
  7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


Antara kebaikan yang boleh didapati daripada minyak ikan Omega Guard ini ialah:
  • Sangat bagus untuk perkembangan minda dan otak. Khasiat DHA yang terkandung dalam Omega Guard dapat dinikmati oleh bayi sejak dalam kandungan lagi jika ibu-ibu mengambilnya sewaktu mengandung. Ia kemudian dapat diteruskan menerusi penyusuan susu ibu jika ibu menyusu mengambilnya. Apabila mencecah umur satu tahun, Omega Guard boleh dicampurkan ke dalam susu atau makanan kanak-kanak atau sekiranya dia pandai menguyah, dia boleh mengunyahnya.
  • Baik untuk perkembangan memori dan fokus. Omega Guard adalah supplement yang sangat sesuai untuk orang yang mudah lupa atau hilang fokus kerana ia membantu dalam meningkatkan daya ingatan kita.
  • Menyokong kesihatan kardiovaskular. Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Omega Guard membantu merendahkan paras trigliserida dalam badan lalu merendahkan risiko daripada terkena penyakit jantung ataupun stroke.
  • Mengawal paras kolestrol. Omega Guard juga bertindak untuk melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik.
  • Mengurangkan sakit sendi. Salah satu manfaat Omega Guard ialah ia juga bersifat anti-radang. Banyak kajian menunjukkan supplemen minyak ikan (EPA+DHA) amat bermanfaat dalam mengurangkan kebas dan keradangan pada sendi dan seterusnya membantu dalam merawat rheumatoid arthritis.
  • Mengurangkan gejala asthma. Memandangkan Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka pengambilan minyak ikan Omega Guard dapat membantu mengurangkan gejala selsema, asthma ataupun radang paru-paru.
  • Menguraikan lemak. Omega Guard mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti.
  • Memelihara kesihatan kulit. Omega Guard dapat membantu melicinkan kulit dan membantu memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dan lain-lain.
sumber: 1, 2 ,3

Siapakah yang memerlukan Omegaguard ini?

Omegaguard sesuai untuk semua especially buat ibu yang hamil dan menyusu, kanak - kanak (1 tahun ke atas), mereka yang sering mengalami masalah kesihatan seperti betuk berkahak, kolestrol tinggi atau sakit sendi, dan juga untuk mereka yang mengalami masalah berat badan kerana Omegaguard mengandungi omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.


Jika berminat untuk membuat pembelian, boleh lah hubungi saya atau message di whatsapp atau telegram di 013-7319472. Jangan segan jangan malu. Kita sama - sama perbaiki tahap kesihatan kita. Saya akan beri konsultasi percuma untuk setiap pelanggan saya. :)



Pengedar Sah Shaklee Anda
013-7319472
Nadhira ♥

Monday, June 16, 2014

Elakkan Dehidrasi di Musim Panas

Assalamualaikum,

Semalam baca entry Amanda Suria berkenaan Tips Kurangkan Kesan Akibat Cuaca Panas. Memandangkan sekarang kita perlu lebih berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak akibat el-nino, maka antara cara untuk mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca yang melampau ini ialah:

Anda perlu:
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. JANGAN tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Seboleh - bolehnya berada di dalam rumah/bangunan.
  • Hadkan aktiviti luar.
  • Kerap berehat.
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda.
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar.
Elakkan:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas.
Jika anda mempunyai tanda - tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, INGAT tip - tip ini:
  1. Keluar dari kawasan yang panas
  2. Tanggalkan pakaian yang ketat
  3. Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  4. Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  5. Minum air setiap 15 minit
  6. Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Bahaya jika kita tidak ambil peduli dengan cuaca panas sekarang ini kerana kesannya kita mungkin akan mengalami strok haba. Maka sebagai langkah berjaga - jaga, saya dah siap sedia beli Performance Drink dari Shaklee.

Performance Drink

Performance Drink Shaklee ini merupakan minuman isotonik seperti 100 Plus tu. Tapi minuman ini tiada karbonat dan gula berlebihan. Maka ia merupakan minuman yang sihat dan sesuai untuk semua terutama para atlet.

Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:

  1. Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
  2. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  3. Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  4. Para pesakit yang menghidap gout.
  5. Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  6. Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  7. Anak-anak yang demam.
  8. Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  9. Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.
Performance Drink terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.


Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™
proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

So, sesiapa yang berminat untuk mencuba Performance Drink ini, boleh lah hubungi saya dengan menghantar pesanan melalui whatsapp atau telegram ke 013-7319472. Harga yang berpatutan iaitu cuma RM82.50 sahaja. Memandangkan bulan puasa pun dah tak lama, boleh lah buat stok untuk diminum ketika bersahur atau berbuka nanti. InsyaAllah anda akan rasa perbezaannya.


Your Shaklee Independent Distributor
013-7319472
Nadhira ♥

Friday, June 13, 2014

Infused Water for Detoxification

Assalamualaikum,

Sebenarnya, saya nampak ramai yang berkongsi tentang infused water ni di laman Facebook. Tapi bila nak cari balik, tak jumpa pula. Terus saya ke blog kawan saya sebab dia dah pun buat satu entri berkenaan infused water ini. So, saya pun nak berkongsi juga di sini lah. :)



Why drink infused waters?

1. Green tea, mint, and lime - For fat burning, digestion, headaches, congestion and breath freshener.

2. Strawberry and kiwi - For cardiovascular health, immune system protection, blood sugar regulation, digestion.

3. Cucumber, lime, and lemon - For water weight management, bloating, appetite control, hydration, digestion

4. Lemon, lime, and orange - For digestion vitamin C, immune defense, heartburn, (Drink this one at room temperature)

Infused waters are good for detoxification energy and hydration. Put as much fruit in water as you like and let the water sit for at least 30 minutes before drinking.


Sebelum ni saya pernah buat air lemon. Sebiji lemon perah dalam botol air, masukkan beberapa hirisan lemon tu dan penuhkan air satu botol. Saya guna botol air 1L. Bila air habis, saya refill saja air tu. Kadang - kadang saya letak daun pudina juga. Sebab tu saya beli pokok daun pudina yang saya cerita dalam entri ini. Hehe. Apa yang saya rasa setiap kali lepas minum air lemon je, mesti sakit perut. Memang betul berkesan untuk detox ni. :P Padahal, asalnya saya buat air lemon ni sebab saya selsema teruk.

Dan baru - baru ini saya buat lagi infused water, versi sendiri. Apa yang ada kat rumah je. Saya campurkan epal hijau dan kiwi. Masuk dalam botol dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Esok minum, memang terasa segar. Tambah pula sekarang tengah musim panas kan.



Ok. Jangan lupa untuk lebihkan minum air sekarang ni untuk elakkan terkena heat stroke atau strok haba. Yang penting jangan bila dahaga baru nak minum. Minumlah secara kerap. ;)

Tuesday, June 10, 2014

Ramadhan: Care For Hunger

Assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik tinggal tak sampai sebulan pun nak masuk Ramadhan. Dan seperti biasa, Islamic Relief setiap tahun melaksanakan program kemanusiaan. Untuk kali ini, program Ramadhan: Care For Hunger iaitu merupakan program bantuan pek makanan yang akan diberikan kepada penerima manfaat yang telah ditentukan oleh IRM sepanjang bulan ramadhan ini.

Program Ramadhan: Care For Hunger adalah satu projek bermusim yang dilaksanakan oleh Islamic Relief di seluruh dunia dengan tujuan untuk membekalkan bantuan makanan asas kepada asnaf fakir dan miskin di dalam & luar negara (15 buah negara) semasa bulan Ramadhan. Melalui program ini, penerima manfaat akan dibekalkan dengan pek makanan yang mengandungi makanan asas dan seimbang nutrisinya; karbohidrat, tenaga, protein dan lemak seperti beras, gula, tepung, minyak masak, garam dan lain-lain.

Program Ramadhan: Care For Hunger dijalankan secara serentak melalui cawangan-cawangan Islamic Relief di seluruh dunia termasuk Malaysia. Pek makanan yang diagihkan berisi makanan asasi mengikut kesesuaian budaya dan geografi penduduk di negara tersebut.

Jadual harga pakej Ramadhan Relief mengikut kumpulan negara:-


Setiap pek  dijangka akan dapat menampung bekalan makanan untuk berbuka puasa bagi sebuah keluarga yang terdiri daripada tiga ke lima orang selama satu bulan pada bulan Ramadhan. Penerima manfaat terpilih adalah terdiri daripada golongan fakir, miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim, golongan orang kelainan upaya, warga emas dan golongan yang layak mengikut pemerhatian serta kriteria yang ditetapkan oleh IRM. Sebarang bantuan yang ingin dihulurkan, orang ramai boleh menghubungi pihak Islamic Relief Malaysia di talian 03-89263434 atau klik SINI.

Inilah masanya untuk kita mulakan bersedekah dan menolong mereka yang susah. Niatkan kerana ingin mencari redha Allah, insyaAllah besar ganjaran pahala nya. Tambahan pula, diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."... see? Kan best tu... :D

Anyway, boleh terus ke page Islamic Relief untuk mengetahui pelbagai program yang mereka anjurkan. Klik SINI.
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepada Nya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh” Al – Munafiqoon 63:10

Monday, June 9, 2014

Apa Itu Endometriosis?

Assalamualaikum,

Bila baca blog Dr Hamid Arshat, beliau mengatakan bahawa masih ramai yang tidak mengetahui tentang endometriosis. Entri itu ditulis pada tahun 2011, sepatutnya ramai yang dah tahu kot tentang ini. Tapi saya baru tahu mengenai penyakit ini semalam bila kawan bertanyakan supplement apa yang sesuai untuk endometriosis. Hihihi.

So, apakah itu endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Bagaimana endometriosis berlaku?

Semasa cycle haid, ovari akan mengeluarkan hormon yang membuatkan dinding uterus menebal sebagai persediaan kepada pregnancy. Jika telur tidak disenyawakan dalan tempoh 24 jam, segala tisu dan darah itu akan dikeluarkan dari tubuh melalui period. Dalam masa yang sama, sel abnormal yang tumbuh pada organ lain tidak dapat dikeluarkan. Ia akan semakin berkembang dan menebal setiap kali kitaran haid berlaku.


Antara simptomnya ialah:
  • sakit di bahagian uterus, lower abdomen dan pelvis sebelum dan semasa period
  • sakit semasa hubungan kelamin
  • darah period yang banyak termasuk darah beku dan tisu yang besar saiznya
  • sakit semasa buang air kecil dan besar ketika period
  • ketidaksuburan

Wanita yang mempunyai cycle period yang pendek iaitu kurang dari 27 hari atau mengalami period lebih dari seminggu berisiko menjadi pesakit Endometriosis. Dan kerana pesakit Endometriosis selalu mengalami period yang banyak, mereka selalunya mengalami iron-defiency anemia.

Antara cadangan supplement dari Shaklee yang dapat membantu Endometriosis bagi
membantu mengawal Endometriosis pada peringkat awal ialah:

SANGAT PENTING
  • Vitamin E. 200IU sehari >> Membantu dalam menyeimbangkan hormon.
  • Alfalfa. 200mcg sehari >> Diperlukan untuk pembekuan darah.
PENTING JUGA
  • GLA Complex. 1500mg sehari >> Membantu dalam menstabilkan hormon dan keseimbangan prostaglandin.
  • Vita-Lea with iron >> Penting jika mengalami Anemia.
  • B-Complex >> Untuk produktiviti sel darah dan keseimbangan hormon. Mengurangkan stress dan diperlukan dalam fungsi adrenal. Serta membantu tubuh mengeluarkan lebihan air.
  • Vitamin C >> Penting untuk proses penyembuhan dan meningkatkan fungsi imun.
  • Zinc >> Untuk membaiki tisu, merawat luka dalaman.

DOs and DONTs untuk PESAKIT ENDOMETRIOSIS
  • Banyakkan makan ulam dan salad termasuk soya (50% dari diet harian). Makan produk whole-grain, bukannya refined.
  • Elakkan alkohol, caffeine, lemak haiwan, butter, produk tenusu, makanan berminyak dan bergoreng, fast food, daging, ayam ternak (kecuali organik dan dibuang kulit), garam, gula.
  • Puasa selama 3 hari setiap bulan, sebelum bermula period. Banyakkan minum jus buah tanpa gula.
  • Gunakan hot pad dan tuam pada perut untuk mengurangkan sakit.
  • Melakukan senaman ringan setiap hari
InsyaAllah... dengan berpantang cara yang betul, dan mengamalkan supplement yang sesuai, keadaan pesakit akan bertambah pulih. Yang penting kita tak pernah berhenti berdoa dan berusaha.

Bagi yang ingin mendapatkan konsultasi dan pembelian set Shaklee, boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp/telegram di 013-7319472.

Pengedar Sah Shaklee
Nadhira ♥
013-73109472

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, June 6, 2014

Jantung Pun Perlukan Vitamin

Assalamualaikum,

Secara jujurnya, saya tak tau sangat keberkesanan CoQHealth Plus dari Shaklee ni. Sebab belum cuba lagi. Ada niat nak belikan untuk parents dan suami. Tapi selalu terlupa sebab sibuk sangat beli yang hot seller je. Hehehe.. tapi kalau google tu, memang banyak testimoni yang positif.

Kenapa teringin sangat nak beli CoQHealth Plus Shaklee ni?

CoQ10 (Coenzyme Q10) merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi di dalam setiap sel badan kita dan terutamanya di dalam organ-organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting sebab tanpanya jutaan sel tubuh dan terutamanya jantung tidak akan berfungsi dengan sempurna. Sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan (sementara CoQ10 hadir sebagai pencetus tenaga) dan tenaga dihasilkan. Proses penghasilan tenaga ini berlalu beribu kali setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan membolehkan organ-organ lain berfungsi sempurna bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksida dan melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins (LDL). Secara keseluruhannya CoQ10 menggalakkan fungsi kesihatan saluran darah dan meningkatkan peredaran darah ke seluruh tubuh.


CoQHealth Plus Shaklee mengandungi:
  1. Co Enzim Q10 - nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada di setiap sel.
  2. Vitamin E - vitamin larut lemak, melindungi tubuh dari radikal bebas, serta juga mencegah penyakit seperti mengurangi keletihan dan memperlambat penuaan badan yang disebabkan oleh proses pengoksidaan. Bersifat antikanser dan antioksida. Juga membantu menguatkan akar rambut.
  3. Ekstrak Teh Hjau - sebagai antioksida, membantu mencegah kerosakan akibat radikal bebas, mengandungi vitamin E dan C - untuk kulit dan rambut. Mengawal kadar kolesterol dalam tubuh, membantu mencegah kanser, mengurangkan risiko strok, darah tinggi dan penyakit berkaitan hati. Menambah stamina, menghilangkan keletihan. Kandungan bioflavonoid dalam teh hijau juga dapat memperkuat sistem pencernaan.
Para penyelidik yang membuat kajian percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Plus Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut :

Serangan Penyakit Jantung
Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

Kegagalan Jantung
Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.

Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

Kolesterol Tinggi
Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplemen CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol.

Diabetes Atau Kencing Manis
Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurukan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.


Siapakah yang sesuai makan CoQHealth Plus?


Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Bagi mereka yang sudah mencapai umur 30-an, CoQHealth Plus adalah suplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan.


Sesiapa yang berminat untuk membaiki kualiti kesihatan, boleh lah hubungi saya untuk membuat pembelian CoQ Health Plus ini. Jangan segan untuk whatsapp/telegram terus no 013-7319472.

Pelanggan saya layak untuk mendapatkan konsultasi percuma dari saya. :D


Pengedar Sah Shaklee Anda
013-7319472
Nadhira ♥

Thursday, June 5, 2014

Minat Yang Terpendam - Hobi Bercucuk Tanam

Assalamualaikum,

Sebenarnya, bukan terpendam... tapi terpaksa pendam. Hahaha...

Saya suka bercucuk tanam. Dari kecil dulu, setiap kali makan buah, selalu saya campak biji buah tu ke tanah dengan harapan tumbuh membesar. Pernah pokok rambutan mula bercambah, tapi tak tau lah siapa yang dengki sangat cabut pokok tu. Dulu yang dah biasa makan hasil tanaman campak biji ni, betik lah.

Kalau kat rumah ibu, pokok yang wajib ada ialah limau purut, kunyit, daun pudina, pokok kari dan daun pandan. Disebabkan tinggal kat apartment, agak terhad sikit lah pokok yang boleh ditanam. Kalau rumah mertua, jenis rumah lot. Dan ayah mertua rajin menanam. Lagi macam - macam yang ditanam. Segala jenis sayur ada. Kalau balik kampung, dapatlah makan lauk sayur fresh. Pokok sawi, kacang panjang, kacang botor, cili padi, ulam raja, pokok pisang, betik... eh banyak lagi lah...

Disebabkan saya pun suka juga bercucuk tanam, bila dah ada rumah sendiri ni, walaupun tinggal di apartment, saya tetap juga beli pokok yang memberi hasil. Saya beli pokok limau purut (tapi hampir setahun tak berbuah pun), limau kasturi (yang ini dah banyak hasil), daun pudina. Alhamdulillah tangan ni memang sesuai, orang kata tangan hijau? tangan sejuk? Kiranya, asal tanam insyaAllah menjadi lah.

 Limau kasturi baru nak berbuah.. :)

Limau purut yang malu - malu nak berbuah.

Haritu beli labu untuk buat puri Nourah. Dan bijinya saya campak je dalam pasu. Tak sangka bercambah, dan cepat pula tu! Sejak hari tu, baru saya tau benih labu memang bercambah cepat. Tapi sebabkan labu ni jenis melingkar, saya tak dapat nak sediakan ruang dan tanah yang cukup untuk labu tu hidup. Setakat dapat lihat bunga berkembang je. Lepas tu satu pokok tu layu dan mati. Huhuhu.

Benih labu mula bercambah lepas dua ke tiga hari saya campak ke tanah. Belakang tu lah pudina yang saya beli kat pasar tani. Dan pokok bunga tu suami saya yang nak. Haha.

 Setelah beberapa bulan, saya pindahkan pokok labu ke pasu yang panjang. Waktu ni menunggu masa untuk bunga mengembang.

Bunga dah mengembang, tapi untuk seketika saja. Lepas tu satu pokok ni mati. Tak sempat nak tengok macam mana labu berbuah.

Kemudian, saya ada beli benih dari blog tanam sendiri. Antara benih yang saya beli ialah cili merah, cili padi, tomato ceri, timun dan asparagus (sebab rindu nak makan asparagus. Hahaha). Setakat yang saya dah tanam benih tomato, timun, cili merah dan cili padi. Tapi yang dah tumbuh tinggi pokok tomato lah. Excited kot! Harap membesar dengan jayanya.

Saya tanam dua benih dalam satu pasu. Nanti dah besar sikit lagi, kena pindahkan satu pokok ke pasu lain.

Inilah hobi saya. Setiap kali rasa tak best, mesti saya duduk tengok pokok - pokok saya. Tengok pokok membesar sama excited macam tengok anak membesar. Masing - masing kita mengharapkan hasil yang bermanfaat. Amboi, perumpamaan... hahaha.



Oklah. Ni saja cerita untuk hari ni. Sebenarnya blur nak update cerita apa kat blog harini. Hihihi. ;P

Tuesday, June 3, 2014

Mengira Waktu Subur

Assalamualaikum,

Bagi pasangan yang telah berkahwin, yang ingin mendapatkan cahaya mata atau mungkin yang merancang perlu tahu cara untuk mengira waktu subur. Saya dulu pun endah tak endah tentang waktu kitaran haid saya. Tambah pula saya jenis haid yang tak teratur. Pernah lah juga haid tak datang sebulan atau dua bulan lamanya. Sampaikan waktu saya nak buat medical check up untuk masuk tempat kerja baru, kecoh satu klinik kata saya mengandung. Yang paling tak boleh terima, doktor siap tanya saya ada boyfriend tak? Saya duduk serumah dengan boyfriend ke? Sebab waktu tu belum kahwin lagi kan. Hahahaha...

Ok lah. Itu pengalaman saya. :D

So, bagaimanakah caranya untuk kita mengira atau mengetahui waktu subur?

Sistem Kalendar

 Menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu :

Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang.

Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak  dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.

Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20.

Penggunaan Kalkulator Kesuburan

Banyak alatan atau software yang terdapat dipasaran dicipta untuk menghitung waktu subur. Atau boleh sahaja google dan banyak website yang menyediakan kalkulator kesuburan ni. Dalam alat tersebut anda hanya perlu memasukkan tarikh Hari Pertama Haid Terakhir (HPHT) dan berapa purata kitaran haid anda. Setelah itu akan muncul tarikh perkiraan waktu subur seseorang.

Contohnya seperti ini, saya ambil dari website babycenter.com.

Ovulation Test Strip

Ovulation test strip ni lebih kurang seperti urine pregnancy test (UPT). Sama juga menggunakan urine untuk test tapi yang ini nak pastikan waktu kesuburan kita. Actually, saya pun baru tau ada ovulation test strip ni waktu baca blog Kak Aty - Aku Bukan Bidadari. Ujian ini akan detect hormon luteinizing (LH) - which is hormon yang membantu untuk melepaskan telur ovum setiap bulan.



Perubahan Suhu Badan

Lagi satu cara untuk mengetahui bila kita subur ialah dengan sentiasa check suhu badan kita atau dikenali sebagai basal body temperature (BBT). Secara ringkasnya, bacaan BBT akan berada pada suhu paling rendah sebelum waktu subur dan akan naik secara mendadak pada waktu subur - ini disebabkan oleh hormon progesteron. Tapi perlu diingatkan, ini mungkin bukan cara yang accurate untuk tentukan waktu subur. Cuma bila kita buat carta suhu untuk beberapa bulan, kita boleh nampak pattern cycle kita. Maknanya, untuk cara ini kita kena sentiasa ada termometer untuk check suhu badan.

Ini serba sedikit yang saya tahu hasil dari bacaan saya. Harap dapat membantu. ;)

sumber 1, 2, 3

*********


Shaklee juga mempunyai set kesuburan bagi pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata. Klik SINI untuk maklumat lebih lanjut.

Monday, June 2, 2014

Bulan Jun Bulan Promosi Vitamin E Complex!

Assalamualaikum,

Ye, as mentioned in the subject itself, promosi beli 6 percuma 1 bagi bulan Jun 2014 ialah vitamin E Complex!


Promosi yang datang tepat pada masanya, lebih kurang dua bulan sebelum tibanya Syawal... sempat lah untuk mencantikkan kulit dengan Vitamin E ni. Apa kelebihan dan kebaikan vitamin E?

Anda boleh baca di entri saya sebelum ini, Kenapa Perlu Vitamin E?.

Secara ringkasnya, vitamin E membantu untuk menghilangkan parut, kekal awet muda, mengurangkan parut dan masalah jerawat. memperbaiki tisu dan sebagainya.


Dan istimewanya bulan ini, dengan setiap pembelian 1 set vitamin E (6 botol), anda akan dapat:
>> 1 botol PERCUMA bernilai RM149
>> Keahlian Shaklee PERCUMA bernilai RM75
>> Cash back bonus pada bulan Julai bernilai RM30++
>> Konsultasi PERCUMA dari saya

So, jangan tunggu lama lagi... cepat ambil peluang ini dan siapa tahu anda juga boleh menjana pendapatan bersama Shaklee. Bukan 2 atau 3 angka, malah sehingga 5 dan 6 angka pendapatan jika anda yakin dan bersungguh - sungguh.

Hubungi saya di 013-7319472 untuk sebarang pertanyaan atau untuk membuat pembelian.


Pengedar Sah Shaklee Pilihan Anda
013-7319472
Nadhira ♥

Tips Menguruskan Duit Bonus Tahunan

Assalamualaikum,

Semalam saya blogwalking dan terhenti di blog Ariff Shah ni. Baca - baca tajuk entri terkini, tertarik dengan satu tajuk "5 Langkah Menguruskan Duit Bonus Tahunan Dengan Baik". Terus rasa nak kongsi dalam blog ni sebab saya pun perlukan reminder seperti ini. Hehehe.

So, apakah langkah - langkah tersebut?

1. Jangan plan nak gunakan bonus untuk perbelanjaan. Ramai yang awal-awal tahun lagi dah target nak beli apa dengan duit bonus yang mereka dapat. Bila mindset dah macam ni, confirm tak sampai berapa hari bonus lesap.

The best is kita lupakan saja bonus tu. Kalau ada, ada. Kalau tak, takpe. Sebabnya kalau kita dah plan nak belanja bonus, sekali rasa tak sabar pulak nak beli something, terus swipe kad kredit. End up, bonus takde. Anda akan tersepit dengan hutang pembelian barang tadi. 

Kalau boleh juga, tunggu dapat bonus tu kemudian baru decide what to do with the bonus. Buat list, antara keperluan dan kehendak. Macam ni, baru kita nampak mana yang penting dan mana yang tidak penting untuk dibeli.

2. Langkah terbaik adalah memasukkan bonus ni ke dalam akaun unit trust (blogger Ariff Shah ada share tips unit trust dulu). Kalau bonus besar, invest dalam property. Senang cerita, bonus ni fungsi dia satu je, untuk investment.

In the future kita tak tahu one fine day perlu duit banyak untuk sesuatu yang penting, maka duit terkumpul dalam akaun pelaburan yang akan digunakan. Basic rule untuk duit simpanan kecemasan adalah 6x perbelanjaan bulanan.

Yang ambil takaful, bagus. At least perbelanjaan kecemasan untuk perubatan takaful dah cover. Yes! Ini memang sangat perlu. Saya dan anak saya pun sudah ada takaful sendiri.

3. Anggap bonus sebagai bonus. Kalau hidup kita ni awal-awal dah plan nak guna duit bonus untuk sesuatu selain pelaburan, nak beli baju raya, nak beli handbag, maksudnya kita sedang hidup di luar kemampuan.

Guna bonus nak clearkan kad kredit, mesti ramai buat macam ni kan? Ini pun salah satu petanda yang kita hidup di luar kemampuan. Kena kurangkan perbelanjaan atau cari income yang lebih banyak... dan potong kad kredit.

Bila kad kredit dah maxed out dan kita tak mampu bayar full balance bulan-bulan, dah terang lagi bersuluh kita tak mampu nak kekalkan lifestyle tersebut. Hentikanlah.

4. Bercuti? No. Itu bukan alasan untuk membelanjakan bonus. Yes, kita faham yang anda dah bekerja keras nak dapatkan bonus, tapi hakikat ini tak mengubah apa-apa.

Nak bercuti pun sebenarnya tak perlu kacau duit bonus. Plan your holiday dari awal (beli tiket murah awal-awal), save gaji setiap bulan. Kalau rasa memang tak mampu, terpaksa la ukur baju di badan sendiri. Dalam negara pun banyak juga tempat untuk dilawati. Kalau tak mampu juga, berkelah di taman juga salah satu aktiviti yang bermanfaat untuk dilakukan bersama keluarga.

The main important thing is, time well spent together with your loved ones. ;)

5. Beramal. Ada parents, kasi parents. Ingatlah, setiap yang kita bagi dengan ikhlas ke jalan Allah tak akan berkurangan.


Ye. Sangat berguna tips dari blogger Ariff Shah ni. Sebab sejak saya join Shaklee, bonus Shaklee akan diberi setiap bulan (mengikut hasil jualan). Mungkin tak banyak mana, tapi alhamdulillah Allah masih beri rezeki. So, kenalah belajar untuk menyimpan dari sekarang.

Till then. Hope semua dapat manfaat dari bacaan ni.