Showing posts with label Zinc. Show all posts
Showing posts with label Zinc. Show all posts

Monday, June 9, 2014

Apa Itu Endometriosis?

Assalamualaikum,

Bila baca blog Dr Hamid Arshat, beliau mengatakan bahawa masih ramai yang tidak mengetahui tentang endometriosis. Entri itu ditulis pada tahun 2011, sepatutnya ramai yang dah tahu kot tentang ini. Tapi saya baru tahu mengenai penyakit ini semalam bila kawan bertanyakan supplement apa yang sesuai untuk endometriosis. Hihihi.

So, apakah itu endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Bagaimana endometriosis berlaku?

Semasa cycle haid, ovari akan mengeluarkan hormon yang membuatkan dinding uterus menebal sebagai persediaan kepada pregnancy. Jika telur tidak disenyawakan dalan tempoh 24 jam, segala tisu dan darah itu akan dikeluarkan dari tubuh melalui period. Dalam masa yang sama, sel abnormal yang tumbuh pada organ lain tidak dapat dikeluarkan. Ia akan semakin berkembang dan menebal setiap kali kitaran haid berlaku.


Antara simptomnya ialah:
  • sakit di bahagian uterus, lower abdomen dan pelvis sebelum dan semasa period
  • sakit semasa hubungan kelamin
  • darah period yang banyak termasuk darah beku dan tisu yang besar saiznya
  • sakit semasa buang air kecil dan besar ketika period
  • ketidaksuburan

Wanita yang mempunyai cycle period yang pendek iaitu kurang dari 27 hari atau mengalami period lebih dari seminggu berisiko menjadi pesakit Endometriosis. Dan kerana pesakit Endometriosis selalu mengalami period yang banyak, mereka selalunya mengalami iron-defiency anemia.

Antara cadangan supplement dari Shaklee yang dapat membantu Endometriosis bagi
membantu mengawal Endometriosis pada peringkat awal ialah:

SANGAT PENTING
  • Vitamin E. 200IU sehari >> Membantu dalam menyeimbangkan hormon.
  • Alfalfa. 200mcg sehari >> Diperlukan untuk pembekuan darah.
PENTING JUGA
  • GLA Complex. 1500mg sehari >> Membantu dalam menstabilkan hormon dan keseimbangan prostaglandin.
  • Vita-Lea with iron >> Penting jika mengalami Anemia.
  • B-Complex >> Untuk produktiviti sel darah dan keseimbangan hormon. Mengurangkan stress dan diperlukan dalam fungsi adrenal. Serta membantu tubuh mengeluarkan lebihan air.
  • Vitamin C >> Penting untuk proses penyembuhan dan meningkatkan fungsi imun.
  • Zinc >> Untuk membaiki tisu, merawat luka dalaman.

DOs and DONTs untuk PESAKIT ENDOMETRIOSIS
  • Banyakkan makan ulam dan salad termasuk soya (50% dari diet harian). Makan produk whole-grain, bukannya refined.
  • Elakkan alkohol, caffeine, lemak haiwan, butter, produk tenusu, makanan berminyak dan bergoreng, fast food, daging, ayam ternak (kecuali organik dan dibuang kulit), garam, gula.
  • Puasa selama 3 hari setiap bulan, sebelum bermula period. Banyakkan minum jus buah tanpa gula.
  • Gunakan hot pad dan tuam pada perut untuk mengurangkan sakit.
  • Melakukan senaman ringan setiap hari
InsyaAllah... dengan berpantang cara yang betul, dan mengamalkan supplement yang sesuai, keadaan pesakit akan bertambah pulih. Yang penting kita tak pernah berhenti berdoa dan berusaha.

Bagi yang ingin mendapatkan konsultasi dan pembelian set Shaklee, boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp/telegram di 013-7319472.

Pengedar Sah Shaklee
Nadhira ♥
013-73109472

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, March 27, 2014

Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum...

Bagi setiap pasangan yang berkahwin, pasti teruja dan ternanti - nanti akan cahaya mata sebagai pelengkap sesebuah perkahwinan. Akan tetapi, tidak semua berpeluang untuk terus mendapat rezeki cahaya mata. Ada pasangan terpaksa menanti tempoh yang lama untuk mendapatkan cahaya mata.

Namun ada pelbagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata ini selain doa dan tawakal, dan juga setelah mendapat pengesahan dari doktor bahawa kedua- dua suami dan isteri normal/ subur. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi di laman Facebook, beliau mencadangkan agar istiqamah mengamalkan supplemen, kurangkan makanan berlemak dan tinggi karbohidrat (cth kek) dan kurangkan minum minuman bergas.

Di sini saya ingin memberitahu bahawa Shaklee juga mempunyai cadangan supplemen untuk set kesuburan. :)


Bagi wanita, kami mencadangkan untuk mengambil Alfalfa dan GLA.
Kebaikan Alfalfa ini ialah ianya memberi kelegaan semasa haid, merawat masalah keputihan pada wanita, menegangkan payu dara, mencuci usus bagi membuang toksik. Ada banyak lagi kebaikan alfalfa, mungkin akan saya kongsikan di entry lain kali.
Manakala GLA pula ianya membantu mengawal dan dan mengatur kitaran haid, memberi kelegaan ketika haid, menguatkan dinding arteri dan membantu meningkatkan kesuburan.

Bagi lelaki pula, kami mencadangkan pengambilan vitamin E complex dan zinc complex.
Vitamin E complex menambah pengeluaran air mani lelaki seterusnya membantu mereka yang mengalami masalah low count sperm. Jika diambil sekurang - kurangnya seminggu, ianya mampu meningkatkan tenaga seksual.
Zinc complex pula melindungi kesihatan prostat dan mengurangkan risiko kanser prostat, membantu meningkatkan tahap kesuburan dan kemampuan seksual bagi lelaki.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba set kesuburan Shaklee ini, bolehlah hubungi saya. Setakat ini kami menerima result positif bagi mereka yang dah pun cuba set ini. Alhamdulillah.


Hubungi saya di 013-7319472


p.s: Lagi pesanan dari Dr Zubaidi ialah untuk perbanyakkan solat hajat dan bersedekah.;)


Saya pengedar sah Shaklee anda
Nadhira ♥