Showing posts with label vitamin C. Show all posts
Showing posts with label vitamin C. Show all posts

Tuesday, December 9, 2014

Promosi Berganda-ganda di Bulan Disember!

Assalamualaikum,

Macam dah bersawang je blog saya. Nak update sekarang susah sikit sebab anak pantang nampak mak dia depan laptop. Dia pun nak menyibuk. T___T Harap masih tak terlambat untuk saya announce promosi Shaklee pada bulan Disember.

Bulan Disember ni, Shaklee pun nak buat juga YEAR END SALE. Dua promosi untuk dua produk sekali, iaitu:



Sustained Release Vitamin C dan Vitamin E!! Nampaknya ramai lah wanita - wanita kat luar sana suka. Sebab kedua - dua vitamin ni menjadi kegemaran untuk mereka yang sangat menjaga kulit. Anda boleh baca kebaikan Vitamin E di sini.

Manakala Vitamin C sangat - sangat lah diperlukan untuk kesihatan harian kita sebab vitamin C ini juga merupakan salah satu immune booster. Mampu mencegah seseorang daripada mudah terkena penyakit. Vitamin C paling popular di kalangan mereka yang sering selsema dan mengalami resdung.

Jika mengalami masalah luka, vitamin C mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Sebab tu juga ianya mampu merawat masalah muka berjeragat. Selain itu, vitamin C meningkatkan kolagen dalam tubuh badan kita, seterusnya membuatkan kulit kita tegang dan semakin sihat berseri.

So, apa tunggu lagi? Dapatkan kedu - dua produk ini sekarang!! Peluang macam ni tak datang selalu. Boleh lah buat stok sekali. Hubungi saya melalui sms/whatsapp/telegram di 0137319472.



**Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Ia hanyalah produk suplemen untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Sila dapatkan konsultasi sebelum anda mengambil apa - apa produk suplemen. 



Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Your Favorite Shaklee Independent Distributor
Nadhira ♥
013-7319472

Monday, June 23, 2014

Tips Penjagaan Kulit

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi sedikit tips penjagaan kulit. Tak kira lelaki atau wanita, sekarang semua golongan ambil berat tentang penjagaan kulit. Tambah pula keadaan cuaca yang semakin panas, jika tidak dijaga dengan betul, kulit kita terutama di muka akan menampakkan usia yang lebih tua berbanding usia sebenar.

So, apakah tips itu?

Cara Jagaan dan Rawatan Yang Betul

Cara - cara yang senang untuk menjaga kulit anda ialah:
  • Bersihkan muka dua kali sehari dengan air suam dan pencuci muka yang sesuai mengikut jenis kulit anda, kemudian keringkan dengan lap perlahan - lahan. Tak perlu gosok muka dengan kain atau tuala terlalu kuat kerana ini akan  merosakkan kulit muka yang nipis.
  • Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Carilah losyen yang mengandungi SPF yang tinggi jika anda jenis yang terpaksa menghabiskan banyak masa di luar.
    Ia juga boleh dipakai hari - hari sebelum muka disapu make up. (Sumber: google)
  • Jangan sekali - kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat anda. Ini akan menyebabkan keradangan atau jerawat akan merebak dan akan merosakkan tisu - tisu halus di bawah kulit anda. Ini kerana kebiasaannya tangan kita tidak bersih dan bakteria di tangan akan memburukkan lagi jumlah jerawat di muka.
  • Jangan merokok kerana ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, kering, berkedut - kedut dan melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh. Tambahan pula, merokok memang tidak bagus untuk kesihatan. ;)
  • Minum banyak air sekurang - kurangnya 2 liter sehari. Air diperlukan untuk membuang toksin di dalam badan dan membantu pengaliran darah dalam badan, juga membantu proses lain di dalam badan. (sumber)
    sumber: google
Nutrien Untuk Kulit

Kosmetik hanya membantu untuk menutupi cela di kulit tetapi tidak menghilangkannya. Manakala losyen atau krim muka mungkin dapat menghilangkan seketika. Tetapi jika dalaman anda tidak cukup nutrien dan bertoksin, susah untuk kekalkan kesihatan dan kecantikan kulit anda.Cara yang betul untuk kulit mendapat nutrien yang sepatutnya ialah dengan mengambil pemakanan yang seimbang.

Untuk kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur - sayuran berdaun hijau terutamanya dan buah-buahan berwarna, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink.

Tapi mengikut pengetahuan dan pengalaman sendiri, bukan semua boleh mengekalkan kandungan nutrisi dan mineral dalam makanan selepas dimasak. Maka sebagai ganti dan pelengkap nutrien, saya sangat mencadangkan untuk mengambil supplement. Dan supplement dari Shaklee yang boleh dicadangkan ialah Vitamin E complex, B complex dan vitamin C.


Tak rugi mengambil supplement kerana vitamin ini ialah apa yang kita perlukan hari - hari. Selain mendapatkan kulit yang cantik, insyaAllah membantu untuk meningkatkan imun kesihatan. Jika anda berminat, terus message ke whatsapp atau telegram ke 013-7319472.

Saya sedia membantu. ;)

Pengedar Sah Shaklee Anda
013-7319472
nadhira.aziz@gmail.com

Monday, June 9, 2014

Apa Itu Endometriosis?

Assalamualaikum,

Bila baca blog Dr Hamid Arshat, beliau mengatakan bahawa masih ramai yang tidak mengetahui tentang endometriosis. Entri itu ditulis pada tahun 2011, sepatutnya ramai yang dah tahu kot tentang ini. Tapi saya baru tahu mengenai penyakit ini semalam bila kawan bertanyakan supplement apa yang sesuai untuk endometriosis. Hihihi.

So, apakah itu endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Bagaimana endometriosis berlaku?

Semasa cycle haid, ovari akan mengeluarkan hormon yang membuatkan dinding uterus menebal sebagai persediaan kepada pregnancy. Jika telur tidak disenyawakan dalan tempoh 24 jam, segala tisu dan darah itu akan dikeluarkan dari tubuh melalui period. Dalam masa yang sama, sel abnormal yang tumbuh pada organ lain tidak dapat dikeluarkan. Ia akan semakin berkembang dan menebal setiap kali kitaran haid berlaku.


Antara simptomnya ialah:
  • sakit di bahagian uterus, lower abdomen dan pelvis sebelum dan semasa period
  • sakit semasa hubungan kelamin
  • darah period yang banyak termasuk darah beku dan tisu yang besar saiznya
  • sakit semasa buang air kecil dan besar ketika period
  • ketidaksuburan

Wanita yang mempunyai cycle period yang pendek iaitu kurang dari 27 hari atau mengalami period lebih dari seminggu berisiko menjadi pesakit Endometriosis. Dan kerana pesakit Endometriosis selalu mengalami period yang banyak, mereka selalunya mengalami iron-defiency anemia.

Antara cadangan supplement dari Shaklee yang dapat membantu Endometriosis bagi
membantu mengawal Endometriosis pada peringkat awal ialah:

SANGAT PENTING
  • Vitamin E. 200IU sehari >> Membantu dalam menyeimbangkan hormon.
  • Alfalfa. 200mcg sehari >> Diperlukan untuk pembekuan darah.
PENTING JUGA
  • GLA Complex. 1500mg sehari >> Membantu dalam menstabilkan hormon dan keseimbangan prostaglandin.
  • Vita-Lea with iron >> Penting jika mengalami Anemia.
  • B-Complex >> Untuk produktiviti sel darah dan keseimbangan hormon. Mengurangkan stress dan diperlukan dalam fungsi adrenal. Serta membantu tubuh mengeluarkan lebihan air.
  • Vitamin C >> Penting untuk proses penyembuhan dan meningkatkan fungsi imun.
  • Zinc >> Untuk membaiki tisu, merawat luka dalaman.

DOs and DONTs untuk PESAKIT ENDOMETRIOSIS
  • Banyakkan makan ulam dan salad termasuk soya (50% dari diet harian). Makan produk whole-grain, bukannya refined.
  • Elakkan alkohol, caffeine, lemak haiwan, butter, produk tenusu, makanan berminyak dan bergoreng, fast food, daging, ayam ternak (kecuali organik dan dibuang kulit), garam, gula.
  • Puasa selama 3 hari setiap bulan, sebelum bermula period. Banyakkan minum jus buah tanpa gula.
  • Gunakan hot pad dan tuam pada perut untuk mengurangkan sakit.
  • Melakukan senaman ringan setiap hari
InsyaAllah... dengan berpantang cara yang betul, dan mengamalkan supplement yang sesuai, keadaan pesakit akan bertambah pulih. Yang penting kita tak pernah berhenti berdoa dan berusaha.

Bagi yang ingin mendapatkan konsultasi dan pembelian set Shaklee, boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp/telegram di 013-7319472.

Pengedar Sah Shaklee
Nadhira ♥
013-73109472

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, May 27, 2014

Chewable Vita-C Plus Shaklee

Assalamualaikum,

Setelah beberapa kali cuba untuk mendapatkan chewable Vita-C Plus ini, akhirnya dapat juga bila baru - baru ni masuk stok baru. Fuuhh.. ini antara hot selling produk juga lah.

Kenapa saya bersungguh sangat nak dapatkan vitamin C yang satu ni?

Haaa.. sebabnya ialah Vita- C plus ini boleh digigit dan dihisap begitu saja. Nama pun chewable kan. Maka tak perlulah susah - susah nak telan, takut tercekik. Hehehe. Rasanya yang sedap, seperti makan gula - gula tapi berkhasiat. ;D

Apakah kebaikan Chewable Vita-C Plus ini?
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  • Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda  
 

Setiap tablet kunyah mempunyai kepekatan 100mg Vitamin C. Ianya diberi nama ‘Chewable’ kerana ianya perlu dikunyah seperti gula-gula. Apa yang istimewanya ialah apabila anda mengunyah Vitamin C jenis ini, air liur akan membantu menghadamkan Vitamin C tersebut dan seterusnya membolehkan ianya sedia untuk diserap sebaik sahaja sampai ke usus kecil. Malah, kajian menunjukkan mengunyah Vitamin C dalam dos yang kecil beberapa kali sehari adalah lebih berkesan untuk penyerapan berbanding mengambil sebiji Vitamin C dalam dos yang besar sekaligus!

Mengapakah vitamin C sangat diperlukan oleh badan kita?
  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok atau mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.

Kesimpulannya, vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Cuma berharga RM37.50, sangat digalakkan untuk setiap rumah mempunyai satu botol. Bagi mereka yang ingin bertanya lebih lanjut atau membuat pembelian, boleh lah terus hubungi saya di talian 013-7319472 (Nadhira). Saya sedia membantu anda. InsyaAllah.



Nadhira ♥
013-7319472
Pengedar sah Shaklee anda 

Tuesday, May 6, 2014

Set Resdung Shaklee

Assalamualaikum,

Siapa yang mengalami resdung akan tau betapa seksanya bila berada di persekitaran yang berdebu, betapa tak bestnya kena control makan seafood, dan betapa letihnya bersin atau selsema bila bangun pagi. Untuk pengetahuan, resdung ni berisiko dan boleh membawa maut!

Antara komplikasi penyakit resdung:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.

Oleh itu, gabungan beberapa vitamin dari Shaklee ini dapat membantu mengurangkan dan insyaAllah merawat mereka yang mengalami masalah resdung.



Apakah fungsi vitamin ini dalam membantu merawat masalah resdung?


Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan set resdung ini, boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp/telegram di 013-7319472. Namun, jika anda rasa anda mengalami masalah resdung yang serius, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor yang bertauliah untuk mendapat konsultasi lebih lanjut.


sumber 1, 2

Saya Pengedar Sah Shaklee 
Nadhira ♥
013-7319472

Tuesday, April 22, 2014

Makan Sihat Ketika Hamil

Assalamualaikum,

Waktu hamil adalah saat yang paling crucial bagi seorang ibu untuk mendapatkan nutrisi lengkap untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan supaya membesar dengan sihat. Kita perlu ingat setiap apa yang ibu hamil itu makan akan disalurkan kepada bayi. Untuk pengetahuan, anda akan memerlukan lebih kurang 300 kalori sehari, atau lebih apabila kandungan semakin besar, maka makanan yang diambil haruslah bernutrisi dan bukan kalori kosong semata.

Cubalah untuk pelbagaikan makanan ketika hamil, contoh
  • Banyakkan buah - buahan dan sayur - sayuran (fresh, frozen, tinned, dried or a glass of juice). Tetapkan sekurang - kurangnya 5 portions variasi setiap hari.
  • Banyakkan makanan berkanji seperti roti, pasta, nasi dan kentang - jika boleh, pilihlah yang wholegrain.
  • Makanan yang kaya dengan protein seperti daging dan ayam (tanpa lemak), ikan (tetapkan sekurang - kurangnya 2 hidangan ikan dalam seminggu, termasuklah 1 oily fish e.g: salmon), telur dan kekacang.
  • Perbanyakkan fiber dari roti wholegrain, pasta, nasi, buah - buahan dan sayur - sayuran untuk mengelakkan sembelit.
  • Produk tenusu seperti susu, cheese dan yogurt, yang mana ia mengandungi kalsium.
  • Makanan yang tinggi folate (e.g: tumbuhan hijau, beras perang, roti dan cereal) dan zat besi (e.g: daging merah)
Tapi, kita dah ambil semua makanan yang bernutrisi cuma  kadang - kadang kita tak sedar apa yang kita makan tu sebenarnya tidak bernutrisi pun. Hah? Macam mana boleh berlaku macam tu?

Cara kita sediakan makanan... ya, persediaan makanan memainkan peranan. Haba yang terlalu tinggi, penanaman yang menggunakan banyak bahan kimia atau kita suka makan campur dari pelbagai kategori makanan.
  1. Haba yang terlalu tinggi akan memusnahkan nutrisi dalam makanan. 
  2. Penggunaan bahan kimia akan memudaratkan kita untuk jangka masa yang lama. 
  3. Sesetengah makanan tidak digalakkan untuk diambil dengan sesetengah makanan lain kerana khuatir nutrisi tak diserap dengan baik. Contoh pengambilan zat besi tidak boleh bercampur dengan pengambilan kalsium.
Maka, set hamil Shaklee ini insyaAllah dapat membantu memberi nutrisi dan vitamin yang lengkap ketika anda hamil. Dan ianya insyaAllah dijamin selamat, tiada penggunaan bahan sintetik dan Halal.


ESP membantu untuk membina sel - sel bayi anda dan dalam masa yang sama membuatkan anda kekal bertenaga.
OmegaGuard mengandungi DHA untuk menyokong pertumbuhan sel otak, mata dan sistem saraf anak.
Ostematrix memberi anda kalsium secukupnya untuk pembentukan tulang dan gigi bayi.
B-complex mengandungi folic acid yang membantu mengurangkan risiko kecacatan ketika lahir seperti spina bifida.
Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen di dalam badan dan menguatkan sistem imun.
Vita-lea pula diperlukan untuk penghasilan hemoglobin yang dapat bantu membawa oksigen kepada bayi dan seluruh tubuh kita.

Jangan abaikan kesihatan tubuh kita ketika hamil dan selepas hamil jika kita inginkan anak yang sihat. Ini ikhtiar kita untuk jaga kesihatan. Apa pun semua dengan izin Nya. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. InsyaAllah saya akan bantu anda.



Saya Pengedar Sah Shaklee Anda
Nadhira ♥
013-7319472

Friday, April 4, 2014

Risiko HB Rendah Ketika Mengandung

Assalamualaikum...

Bahayanya jika HB rendah ketika mengandung. Perkara ini tidah boleh dipandang remeh kerana ianya sangat serius!!

Punca HB Rendah
  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam dalam kepekatan sel darah merah
  • Penurunan kadar HB normal
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
  • Kekurangan asid folat
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir
Risiko HB Rendah

Kesan kepada ibu:
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan:
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Kepentingan HB Ketika Hamil


Kandungan Kurang Dari Lima Bulan
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

Kandungan 5 Bulan Ke 7 Bulan
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

Kandungan 7 Bulan Ke Atas
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
sumber: google
Gambar ini dapat menerangkan sedikit kenapa pentingnya hemoglobin (HB) ni. HB membawa oksigen dalam tubuh kita dan kita sedia maklum bahawa oksigen penting untuk kehidupan. Oleh sebab itu, jika kekurangan HB, maka kurang lah juga kandungan oksigen dalam tubuh kita -- dan kesannya adalah seperti risiko yang saya mentioned earlier.

Cara Terbaik Untuk Meningkatkan Paras HB Dalam Darah

1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
  • Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
  • Daging ayam: bahagian dada
  • Kerang: 20 biji
  • Ikan bilis
  • Hati
  • Kuning telur
  • Buah kering cth: kismis, prun

2. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin, sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan. HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.
sumber: google
Ok. Gambar ini terlampau saintifik. Basically gambar ini menerangkan bahawa zat besi (Fe) sangat penting untuk pembentukan HB. So, bagi mereka yang mempunyai kadar HB kurang dari sepatutnya boleh lah mencari diet yang mempunyai zat besi yang tinggi dan perlu diingatkan sekali lagi untuk mengambil zat besi bersama vitamin C kerana vitamin C membantu penyerapan zat besi dengan sempurna. :)


p.s: Maafkan entri yang bersifat nerd ini. Can't help it. Haha