Telekung

Thursday, March 27, 2014

Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum...

Bagi setiap pasangan yang berkahwin, pasti teruja dan ternanti - nanti akan cahaya mata sebagai pelengkap sesebuah perkahwinan. Akan tetapi, tidak semua berpeluang untuk terus mendapat rezeki cahaya mata. Ada pasangan terpaksa menanti tempoh yang lama untuk mendapatkan cahaya mata.

Namun ada pelbagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata ini selain doa dan tawakal, dan juga setelah mendapat pengesahan dari doktor bahawa kedua- dua suami dan isteri normal/ subur. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi di laman Facebook, beliau mencadangkan agar istiqamah mengamalkan supplemen, kurangkan makanan berlemak dan tinggi karbohidrat (cth kek) dan kurangkan minum minuman bergas.

Di sini saya ingin memberitahu bahawa Shaklee juga mempunyai cadangan supplemen untuk set kesuburan. :)


Bagi wanita, kami mencadangkan untuk mengambil Alfalfa dan GLA.
Kebaikan Alfalfa ini ialah ianya memberi kelegaan semasa haid, merawat masalah keputihan pada wanita, menegangkan payu dara, mencuci usus bagi membuang toksik. Ada banyak lagi kebaikan alfalfa, mungkin akan saya kongsikan di entry lain kali.
Manakala GLA pula ianya membantu mengawal dan dan mengatur kitaran haid, memberi kelegaan ketika haid, menguatkan dinding arteri dan membantu meningkatkan kesuburan.

Bagi lelaki pula, kami mencadangkan pengambilan vitamin E complex dan zinc complex.
Vitamin E complex menambah pengeluaran air mani lelaki seterusnya membantu mereka yang mengalami masalah low count sperm. Jika diambil sekurang - kurangnya seminggu, ianya mampu meningkatkan tenaga seksual.
Zinc complex pula melindungi kesihatan prostat dan mengurangkan risiko kanser prostat, membantu meningkatkan tahap kesuburan dan kemampuan seksual bagi lelaki.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba set kesuburan Shaklee ini, bolehlah hubungi saya. Setakat ini kami menerima result positif bagi mereka yang dah pun cuba set ini. Alhamdulillah.


Hubungi saya di 013-7319472


p.s: Lagi pesanan dari Dr Zubaidi ialah untuk perbanyakkan solat hajat dan bersedekah.;)


Saya pengedar sah Shaklee anda
Nadhira ♥

Wednesday, March 26, 2014

Blouse Muslimah Airecca

Assalamualaikum...

Fabrik: Cotton
-belah di kiri kanan blouse
-getah grip di hujung lengan
-pleated di dada
-kedudukan corak mungkin berbeza dr foto mengikut pemotongan kain
-warna baju mungkin sedikit berbeza kerana faktor pencahayaan
-nursing friendly
Read more at http://web.stagram.com/p/682200112504019713_1136440549#jYh0O8AFDbaDhyIZ.99
Fabrik: Cotton
-belah di kiri kanan blouse
-getah grip di hujung lengan
-pleated di dada
-kedudukan corak mungkin berbeza dr foto mengikut pemotongan kain
-warna baju mungkin sedikit berbeza kerana faktor pencahayaan
-nursing friendly
Read more at http://web.stagram.com/p/682200112504019713_1136440549#jYh0O8AFDbaDhyIZ.99
Fabrik: Cotton
-belah di kiri kanan blouse
-getah grip di hujung lengan
-pleated di dada
-kedudukan corak mungkin berbeza dr foto mengikut pemotongan kain
-warna baju mungkin sedikit berbeza kerana faktor pencahayaan
-nursing friendly
Read more at http://web.stagram.com/p/682200112504019713_1136440549#jYh0O8AFDbaDhyIZ.99
Fabrik: Cotton 
  • belah di kiri kanan blouse 
  • getah grip di hujung lengan 
  • pleated di dada
  • kedudukan corak mungkin berbeza dr foto mengikut pemotongan kain
  • warna baju mungkin sedikit berbeza kerana faktor pencahayaan
  • nursing friendly 

Code: A7-AR37 (Love in Red)
Available size: S, M

Code: A7-AR40 (Biru Pakis Hijau)
Available size: S, L, XL

 Code: A7-AT14 (Bintang Biru)
Available size: M, L

 Code: A7-AU08 (Ain Hitam)
Available size: S, M, L

 Code: A7-AU08 (Ain Chocmaroon)
Available size: S, M, L, XL

 Code: A7-AW01 (Anggun Biru)
Available size: M, L, XL

 Code: A7-AW29 (Pastel Lite Peach)
Available size: M, L, XL

 Code: A7-AW36 (Pakis Oren Biru)
Available size: M, L, XL

Harga blouse adalah RM50 (termasuk pos).
Ukuran baju bagi setiap saiz, sila rujuk gambar di bawah.


Jika ada yang berkenan di hati, boleh hubungi saya cepat - cepat sementara stok masih ada... :)
Anda boleh terus message seperti berikut:

Code:
Saiz:
Nama:
No phone:
Alamat:



Nadhira ♥
013-7319472 (sms/whatsapp)
nadhira.aziz@gmail.com


p.s: Design lain akan diupload pada masa akan datang. Untuk tidak terlepas stok/design baru, anda boleh follow blog ini. Terima kasih. ;)

Tuesday, March 25, 2014

Berakhir Satu Penantian, MH370

Assalamualaikum... 



Kenyataan dari Perdana Menteri:

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth. This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.

Luluh hati waktu mendengar berita malam tadi... air mata mengalir tanpa disedari. Walaupun tiada ahli keluarga atau kenalan yang berada dalam pesawat MH370, tapi atas sifat kemanusiaan saya turut berasa simpati. Apatah lagi perasaan keluarga terdekat dan kenalan mangsa? :'(

Hati ini sebenarnya masih mengatakan ada yang masih dapat diselamatkan. Semoga Allah berikan petunjuk. Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk menerima takdir Nya.
Nadhira Kaz ♥

20 Tip Kurus Mudah & Berkesan

Assalamualaikum...
Hari ini saya ingin berkongsi tips kurus yang mudah dan insyaAllah berkesan... :)
sumber: google
 1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. Lagipun, sarapan kan hidangan yang paling penting sekali?
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah - buahan.
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 
4. Tambahkan satu hidangan untuk buah - buahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buah - buahan.
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam. Tapi jangan pula tambah hidangan sampai berpinggan - pinggan. :P
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan... dan menjimatkan. ;)
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. Dan juga tambahkan kuantiti air masak yang diminum sekurang - kurangnya 3L sehari.
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’permintaan perut. Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
10. Jika anda suka mengunyah ketika stress, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan contohnya seperti bersenam kerana ketika kita bersenam, hormon endorphin akan dirembes membuatkan anda rasa gembira. 
11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori. Sunnah nabi juga mengajar untuk kita memulakan makan dengan buah - buahan kemudian diikuti makanan lain. Ini juga membantu mengurangkan pengambilan makanan berlebihan.
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam mengikut waktu. Sebahagian dari anda suka makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran anda lupa pada snek malam. Ataupun boleh cuba untuk minum air masak bila terasa ingin menyunyah snek.
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda.
16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti sejuk. Hehe.
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis. Biasanya ini berkesan untuk saya!
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan. Menari, berbasikal, bersiar - siar dengan berjalan kaki juga antara aktiviti senam yang mudah dan menyeronokkan.
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet. Bila makan lewat dari waktu biasa, anda akan tend to eat more than what you should eat.
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut. Saya pasti ini adalah kegemaran setiap wanita! :D

sumber : rapi

Monday, March 24, 2014

Set Menyusu Shaklee

Assalamualaikum....

Antara banyak - banyak set, set yang paling highly demand ialah set menyusu.

Yes! Set menyusu kerana ibu - ibu sekarang semua sudah didedahkan tentang betapa pentingnya susu ibu untuk anak - anak mereka. Shaklee juga mempunyai supplement yang dapat menambahkan kuantiti dan kualiti susu ibu. Tapi perlu diingatkan, apa pun yang kita makan untuk menambahkan susu ibu, kita perlu faham konsep supply vs demand. Kalau cuma makan supplement tapi tak buat power pumping atau pam setiap dua atau tiga jam, kuantiti susu tetap sama atau mungkin akan berkurangan. Supplement ini selain membantu menambah kuantiti susu, ianya juga akan meningkatkan kualiti susu ibu.

Pengalaman saya sendiri, bila saya mengambil set Shaklee, susu lebih pekat dan boleh lihat di dinding botol susu lebih berminyak berbanding susu formula. So ini menunjukkan susu saya berlemak dan anak saya cepat kenyang. Dan selain itu, saya juga turut mengamalkan makanan sunnah seperti makan kurma, madu dan habatus sauda.

Di sini antara cadangan set untuk ibu menyusu ialah:

Set Asas


Set asas terdiri daripada Vita Lea, Vit B complex, Vit C dan Zinc.

Vita-Lea adalah multivitamin dengan 28 vitamin dan mineral penting. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Dan iron membantu dalam pembentukan sel – sel darah merah.
Vit B complex pula mempunyai 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Membantu menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Bagus untuk mengurangkan rasa keletihan.
Vit C membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Anti oksidan semula jadi.
Zinc pula membantu dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Mengawal masalah keguguran rambut. Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.

Set 3M




Set 3M ialah tambahan dari set asas --Vita-Lea, vit B complex, vit C dan zinc, dan tambah lagi tiga item iaitu ESP, ostematrix dan alfalfa. Ini set yang paling popular.

ESP kebaikannya boleh dibaca di entri sebelum ini.
Ostematrix pula membekalkan kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Membantu pengecutan otot dan saraf. Juga mengandungi magnesium, vitamin D (yang membantu penyerapan kalsium secara efektif) dan mineral zink untuk membantu mengekalkan kesihatan yang baik.
Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Mengurangkan toksin dan merendahkan kolestrol.

Set 3M dan Set Kurus


Bagi ibu - ibu yang mengalami masalah berat badan selepas mengandung dan bersalin, saya cadangkan set 3M dan add on set kurus. Set kurus ini terdiri daripada Omega guard, herblax dan lecithin.

Omega guard kaya dengan DHA dan EPA yang dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah.
Herblax membantu melagakan sembelit dan melawaskan proses pencernaan.
Lecithin memecahkan lemak serta membantu mengurangkan berat badan dan menurunkan paras kolestrol dalam darah.

Sejujurnya, tidak rugi pun mengambil set ini atau mungkin supplement dari produk lain. Macam saya, memang dari awal dah diajar untuk mengambil supplement seperti vitamin C dan vitamin B sebab ini antara vitamin yang diperlukan ketika membesar. Dengan kehidupan sekarang yang terlalu banyak pencemaran dan gaya hidup yang tidak sihat, kita tak pasti adakah makanan yang kita ambil mempunyai nutrisi yang cukup. Sebab itu pengambilan supplement amat penting. Mungkin tidak nampak kesannya sekarang kerana ini bukan ubat ajaib, tapi kesan pada masa akan datang. Dan saya memilih Shaklee kerana ianya sesuai dengan saya -- tiada bahan sintetik, dari bahan sumber asli dan semestinya HALAL.

Bagi mereka yang ingin mencuba set menyusu dari Shaklee ini, boleh terus hubungi saya. InsyaAllah saya akan guide anda. :)


Saya pengedar sah Shaklee anda
Nadhira
013-7319472

Thursday, March 20, 2014

Kenapa perlukan protein?

Protein merupakan nutrien penting yang boleh didapati dalam produk haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan) dan tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya). Perkataan protein itu sendiri datang dari perkataan Greek iaitu protos yang bermaksud "pertama". Badan kita memerlukan protein untuk membina sel baru, mengekalkan tisu, dan menghasilkan protein baru untuk membolehkan badan kita berfungsi dengan baik.

Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Walaupun protein tumbuhan adalah protein yang tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk daging atau protein haiwan. Tambahan pula, jika dua protein tumbuhan seperti kekacang dan bijian atau kekacang dan kacang/biji dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk seseorang individu.

Banyak lagi kebaikan protein ni tau... protein juga membantu menjaga tahap hormon, membantu anda berasa kenyang lebih lama sekaligus membantu mengawal berat badan, membantu fungsi sistem ketahanan badan dan banyak lagi lah... dan insyaAllah semua kebaikan protein ni ada dalam produk Shaklee iaitu ESP. Boleh baca di entri ini.

Bulan ini masih lagi bulan promosi ESP. Bagi sesiapa yang ingin order, boleh hubungi saya cepat - cepat. Hehe. Kalau lambat, terpaksa lah tunggu sebulan dua lagi sebab waktu promosi ni semua orang beli banyak - banyak terus.



Saya pengedar sah Shaklee anda
Nadhira
013-7319472

Sumber 1 , 2, 3

Tuesday, March 18, 2014

Bulan Mac Bulan Promosi ESP!

Assalamualaikum...

ESP atau nama penuh nya Energizing Soy Protein antara produk Shaklee yang paling HOT!!!

Saya mula consume ESP tahun 2010... waktu tu ada sorang kawan ibu saya suggest saya ambil ESP sebab saya ni kurus sangat, katanya lah. Hahaha. Masa tu juga first time dengar brand Shaklee. Tanpa fikir panjang, saya pun try je lah beli. Tapi waktu tu saya tak disiplin sangat pun. Sekejap makan, sekejap tak. Ye lah, saya ni bukan lah beriya sangat nak menggemukkan diri waktu tu. Haha. Lepas beli tu pula, aunty tu tak guide saya macam mana nak makan betul - betul.

Last - last ESP tu ada la tinggal sikit, expired macam tu je. Hehehe...

Then, bila saya pregnant saya start balik consume supplements from Shaklee. Saya beli dari Kak YM. Saya beli set hamil trimester pertama which consist of vit B + ostematrix (calcium) + vita-lea dan ESP. Sepatutnya set tu dengan vit C, tapi sebab kebetulan saya baru je beli vitamin C di farmasi, botol besar pula tu. Hehe. So, lama - lama lepas tu saya mula rasa jatuh cinta dengan ESP. Nampak kesan dia, saya rasa lebih bertenaga dan kurang rasa mual - mual sepanjang pregnancy. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Dia juga...

Sebenarnya banyak lagi kelebihan ESP ni... antaranya ialah:

Untuk wanita yang ingin hamil atau plan untuk hamil: ESP memelihara kesihatan rahim kita.

Untuk wanita yang sedang hamil: ESP menguuatkan rahim kita dan membantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

Untuk wanita yang menyusukan anak: ESP membantu dlm penghasilan susu badan. Bila kita cukup protein, badan kita akan rasa lebih bertenaga dan susu yang terhasil pun berkhasiat.

Untuk sesiapa yang ingin menstabilkan hormon: ESP mengandungi kacang soya,yang kaya dengan isoflavones, ia bantu memulihkan hormon wanita-- hormone estrogen.Ia membantu mengeluarkan darah kotor dan menggantikan protein yang diperlukan.

Untuk sesiapa yang mahu kurus,wanita ataupun lelaki: ESP buat kita rasa kenyang lebih lama. Nafsu nak mengunyah selalu pun kurang.

Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat: ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrisi dalam badan kita. Bila semuanya cukup, inshaAllah sistem pertahanan tubuh badan kita lebih baik utk menentang bakteria/penyakit yang datang.

Untuk sesiapa yang nak cantik: ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu, lebih cerah dan berseri -seri. Juga menegangkan payudara dan pinggul. :)

Untuk sesiapa yang puasa: ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah.

Untuk sesiapa yg selalu rasa letih2,lesu2,badan sakit2 tak bertenaga: ESP memberi tenaga segera dan berpanjangan! Bertenaga dari siang membawa ke malam!

Copy paste dari blog YM


Promosi bulan ni, kalau anda beli 6 can ESP anda akan dapat:
  • 1 can ESP percuma
  • FREE membership for life
  • Dapat bonus cashback

So, pakat - pakat lah dengan mak, ayah, kakak, adik, makcik, kawan - kawan untuk beli... sama - sama sihat kan seronok... :)

Jangan segan - segan untuk hubungi saya. Cepat - cepat! Nanti melepas.... takut juga ESP ni out of stock sebab memang terlalu ramai orang borong ESP ni.  Jom lah beli!!

SMS/Whatsapp 013-7319472 

By the way, saya juga buat perkhidmatan COD bagi kawasan Taman Melawati, Ampang, Wangsa Maju, Taman Permata... ;)