Monday, March 24, 2014

Set Menyusu Shaklee

Assalamualaikum....

Antara banyak - banyak set, set yang paling highly demand ialah set menyusu.

Yes! Set menyusu kerana ibu - ibu sekarang semua sudah didedahkan tentang betapa pentingnya susu ibu untuk anak - anak mereka. Shaklee juga mempunyai supplement yang dapat menambahkan kuantiti dan kualiti susu ibu. Tapi perlu diingatkan, apa pun yang kita makan untuk menambahkan susu ibu, kita perlu faham konsep supply vs demand. Kalau cuma makan supplement tapi tak buat power pumping atau pam setiap dua atau tiga jam, kuantiti susu tetap sama atau mungkin akan berkurangan. Supplement ini selain membantu menambah kuantiti susu, ianya juga akan meningkatkan kualiti susu ibu.

Pengalaman saya sendiri, bila saya mengambil set Shaklee, susu lebih pekat dan boleh lihat di dinding botol susu lebih berminyak berbanding susu formula. So ini menunjukkan susu saya berlemak dan anak saya cepat kenyang. Dan selain itu, saya juga turut mengamalkan makanan sunnah seperti makan kurma, madu dan habatus sauda.

Di sini antara cadangan set untuk ibu menyusu ialah:

Set Asas


Set asas terdiri daripada Vita Lea, Vit B complex, Vit C dan Zinc.

Vita-Lea adalah multivitamin dengan 28 vitamin dan mineral penting. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Dan iron membantu dalam pembentukan sel – sel darah merah.
Vit B complex pula mempunyai 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Membantu menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Bagus untuk mengurangkan rasa keletihan.
Vit C membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Anti oksidan semula jadi.
Zinc pula membantu dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Mengawal masalah keguguran rambut. Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.

Set 3M




Set 3M ialah tambahan dari set asas --Vita-Lea, vit B complex, vit C dan zinc, dan tambah lagi tiga item iaitu ESP, ostematrix dan alfalfa. Ini set yang paling popular.

ESP kebaikannya boleh dibaca di entri sebelum ini.
Ostematrix pula membekalkan kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Membantu pengecutan otot dan saraf. Juga mengandungi magnesium, vitamin D (yang membantu penyerapan kalsium secara efektif) dan mineral zink untuk membantu mengekalkan kesihatan yang baik.
Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Mengurangkan toksin dan merendahkan kolestrol.

Set 3M dan Set Kurus


Bagi ibu - ibu yang mengalami masalah berat badan selepas mengandung dan bersalin, saya cadangkan set 3M dan add on set kurus. Set kurus ini terdiri daripada Omega guard, herblax dan lecithin.

Omega guard kaya dengan DHA dan EPA yang dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. Mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah.
Herblax membantu melagakan sembelit dan melawaskan proses pencernaan.
Lecithin memecahkan lemak serta membantu mengurangkan berat badan dan menurunkan paras kolestrol dalam darah.

Sejujurnya, tidak rugi pun mengambil set ini atau mungkin supplement dari produk lain. Macam saya, memang dari awal dah diajar untuk mengambil supplement seperti vitamin C dan vitamin B sebab ini antara vitamin yang diperlukan ketika membesar. Dengan kehidupan sekarang yang terlalu banyak pencemaran dan gaya hidup yang tidak sihat, kita tak pasti adakah makanan yang kita ambil mempunyai nutrisi yang cukup. Sebab itu pengambilan supplement amat penting. Mungkin tidak nampak kesannya sekarang kerana ini bukan ubat ajaib, tapi kesan pada masa akan datang. Dan saya memilih Shaklee kerana ianya sesuai dengan saya -- tiada bahan sintetik, dari bahan sumber asli dan semestinya HALAL.

Bagi mereka yang ingin mencuba set menyusu dari Shaklee ini, boleh terus hubungi saya. InsyaAllah saya akan guide anda. :)


Saya pengedar sah Shaklee anda
Nadhira
013-7319472

No comments:

Post a Comment