Tuesday, June 18, 2019

Salam Aidilfitri 1440H dan Kisah Tertinggal

Assalamualaikum dan hai!

Rasanya tak terlambat lagi kot untuk Nad ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin" buat semua pembaca blog sendu ni. Raya kan sebulan.😁

Anyway, Nad nak kongsi satu cerita. Raya kali ni, macam banyak pula Nad baca cerita pasal tertinggal kat R&R. Nad pun pernah juga tertinggal masa raya exactly 10 tahun yang lepas. Serius! 😆

Kitorang dari Melaka nak sambung beraya ke Singapore. Masa tu ibu pula tak ada sebab jaga my second sister, Kak Dayah, yang tengah berpantang kat Nottingham, UK.

Kalau tak silap ayah berhenti di hentian sebelah Yong Peng kot. (Oh, kalau nak tau, kitorang adik beradik ni kalau masuk kereta memang wajib tidur. Haha.) Masa berhenti tu, Nad terjaga dan nampak ayah keluar kereta nak ke toilet. Lepas tu Nad pun terasa nak buang air juga lah, so nad keluar kereta. Disebabkan adik lelaki dan adik perempuan dua-dua tengah tidur lagi, Nad keluar tak inform diorang.

Lepas setel membuang dan bila keluar dari toilet, Nad nampak kereta baru je bergerak. Nad dah menggelabah lah, sambil fikir takkan ayah tak nampak yang Nad tak ada dalam kereta? Hahaha. Dah lah dengan berbaju kurung moden lagi... macam mana ni nak kejar? Bila kereta dah jauh tu baru terfikir, apasal la tak campak je selipar kat kereta tu kan. 😂

Korang tau lah kan hentian sebelah tu macam mana. Bukannya ramai orang, lepas tu tak ada apa-apa pula kat situ melainkan tandas sahaja. Lainlah R&R ada macam-macam.
Dengan tak ada duit dan handphone, Nad fikir macam mana lah nak contact ayah ni.
Nak tak nak, Nad tebalkan muka tegur seorang pakcik ni dan bagitau lah apa yang terjadi. Nad cakap nak pinjam handphone nak telefon ayah dan pakcik tu bagi. Nasib baik dia percaya kat Nad. Kot lah dia fikir Nad ni scammer ke kan. Haha...

Dah telefon, ayah suruh tunggu kejap nanti ayah datang. Oklah, memang kena tunggu lah kan. Nak pergi mana je lagi.
Agak lama lah juga menunggu sebab ayah kata hentian Yong Peng ni memang jauh giler kalau nak buat U-turn. Tapi tak ingat berapa lama kena tunggu.
Bila dah dalam kereta baru ayah cakap, patutnya minta tolong pakcik tadi untuk hantar kat next R&R. Tak payah lah kena pusing jauh.

Baiklah ayah, next time kalau tertinggal lagi Nad akan minta tolong orang hantarkan. HAHAHA.

Ibu pula cakap, "First time ibu tak ada, dah anak tertinggal pula..." 😌

Saturday, April 20, 2019

Nourah Hilang!


Yesterday was Good Friday. Since Singapore cuti, my sister, kak Fau yang duduk kat Singapore balik KL.

So, semalam dia kata nak bawa anak-anak dia pergi Petrosains kat KLCC, dia ajak Nourah sekali. Of course lah Nourah was happily agree to join.
Yang pergi was kak Fau, her two sons, Ika and Nourah. I didn’t follow because… well I’m still on my pantang (kononnya. lol).

You know… I have this bad habit of always thinking something bad will happen.
Macam selalu berfikiran negative lah. Sometimes melampau juga lah fikiran tu. Well, I like to say that I am extra careful. :P

Whenever Nourah keluar with anyone other than my husband or I, mesti paranoid semacam. Tapi since Nourah suka nak jalan-jalan especially with her cousins, kesian lah pula kalau tak bagi dia ikut kan. So, ok lah… I put all my bad thoughts away.
Keluar before 12pm after maghrib, baru lah diorang balik dari KLCC.

Diorang masuk bilik je suddenly my sister asked me, “Nad… tadi ada tak rasa something? Something like motherly instinct?”

Dalam hati I was like, kenapa pula kakak aku ni? Nervous kejap. Tapi still sengih-sengih tanya, “Kenapa? Apa yang dah terjadi?”

“Tadi Nourah hilang kejap.”

Ya Allah… tak tau nak rasa apa bila kakak cakap macam tu. But I’m pretty sure diorang pun lagi lah rasa gelabah bila dapat tau Nourah hilang.

So, kakak cerita bila found out Nourah tak ada, dia and Ika went separate ways cari Nourah. While Ika pergi every level, kakak pun terus cari security officer nak tanya kalau ada dapat report budak hilang. Tak ada.
Then kakak dengan security officer tu pergi ke concierge tanya kat sana pula kalau ada dapat report. Pun tak ada.

Bila kakak nak sambung cari, suddenly that security officer lari panggil kakak nak bagitau diorang baru dapat report ada jumpa budak.
Alhamdulillah, memang betul diorang jumpa Nourah. 

Ika tengok Nourah nangis pun dia nangis sekali. Dah la hilang kat KLCC dengan ramai foreigner lagi. Tapi kalau hilang kat Midvalley atau One Utama lagi lah boleh meraung mungkin. Those two were huuuuuge malls.

So sekarang ni, tengah fikir nak beli leash untuk Nourah ke tak. Well, kalau nak diikutkan pengalaman sendiri memang lately bila berjalan dengan Nourah dia suka wandering around sendiri. Tau-tau je dia jauh kat belakang, stop kat mana-mana kedai lah yang dia nampak menarik.

Risau tau tak! Sigh.

Tuesday, April 16, 2019

Introducing My Third Baby Princess


Alhamdulillah. 

On 12th of March 2019 I’d safely delivered my baby princess at Hospital Ampang.
Introducing our third baby, Dhuha (walaupun bersalin waktu subuh. Hihi).


 So...

On Monday 11th of March, my husband took his time off. Kitorang jalan-jalan lah kat Melawati Mall (hari sebelumnya dah pergi IKEA Cheras makan meatball dan pusing MyTown. Tapi masih tak puas lagi berjalan. Haha). 
Mula-mula berjalan tu ok lagi. Tapi lepas lunch tiba-tiba rasa mild contraction. Tak kerap pun, still bearable. Masih boleh pusing lagi semua level Melawati Mall dan ikut husband berurusan kat bank almost 2 jam. Dan malam pun sempat lagi masak untuk makan malam. 

Then around 10pm, ada blood show. Sikit je pun. Tapi sebab I ni sejenis cepat paranoid, bagitau husband ada darah. Tapi bukan fresh blood. Jom pergi hospital.

So kitorang pun pergilah malam tu juga bawa sekali anak-anak. Sebab dalam fikiran nak check to confirm saja, ingatkan tak ada apa-apa lah. Kitorang assume lepas check boleh balik.
Sekali doctor check jalan dah buka 4cm!
Heh, bila 4cm tu maknanya dah kena masuk labour room (LR).
Dah lah masa tu tak ada pun rasa sakit contraction. Rasa tak boleh nak terima news tu, tak percaya langsung sebab tak bersedia. Padahal 12 Mac tu memang tarikh due date pun. lol.

So I asked the doctor, "husband kat dalam kereta dengan anak-anak. Boleh ke tunggu dia hantar anak-anak balik rumah mak dulu?"
Nurse yang ada kat situ tanya, "rumah mak kat mana?"
"Dekat je...", I replied.
Dia pun bagi sebab katanya sempat lagi ni nak tunggu. 

When I'd informed my husband dah nak kena masuk LR, dia lagi terkejut. lol. Dia pun kelam kabut hantar anak-anak. Dah lah sebelum pergi hospital tak inform ibu. Masa nak hantar Nourah dan Raudah tu, banyak kali call ibu tapi tak berjawab. Ye lah, dah pukul 1 pagi. Haha.

So, lepas husband settle semua, sampai semula kat hospital dalam 2.30 pagi.
Pukul 3 pagi, nurse dah panggil untuk masuk LR.
Masa masuk LR tu masih lagi rasa tak percaya sebab tak sakit pun lagi. Tapi tu lah, padan muka kat diri sendiri. Gelabah sangat nak pergi hospital malam tu juga instead of tunggu dulu sakit contraction.

But it’s ok. Everything has been written, kan.

Jangan percaya jam tu lambat 5 jam

So, terbaring lah kat katil LR kebosanan menunggu contraction yang tak kunjung tiba. At 5.45am nurse masukkan ubat (tak ingat nama ubat tu tapi untuk lembutkan serviks dan cepatkan bersalin). Lepas tu je memang terus rasa sakit contraction datang kerap. Makin lama terasa makin kerap, like every 5 minutes sakit. At 6.45am cakap kat nurse dah tak tahan sangat sakit rasa nak beranak. 

Padahal masa tu nurse tak siap prepare lagi. Ada ke patut dia suruh tahan kejap? Haha.
Kelam kabut dia siapkan barang dan letakkan alas semua. Tak lama lepas tu start push, terus keluar baby in less than 5 minutes. Dan masa tu juga lah baru tau gender of the baby. 

Sepanjang pregnant, everyone been telling me it’s a boy. Macam-macam teori, perut bulat lah, nampak senget ke kanan lah, perangai Raudah macam lelaki lah. Even a couple of strangers jumpa kat kedai pun nak main teka juga. 
Kitorang pula tak bersungguh pun nak tau gender baby. Masa scan during antenatal check up kat Klinik Kesihatan (KK) ada juga minta doctor tengokkan, tapi tak nampak. So we’re just, "tak kisah lah apa-apa pun". Tak kuasa pula nak pergi private clinic to check the gender saja. We’re so cheapskate liddat. Haha.

So, that’s about it.
It’s been a month, so far Dhuha is a sleepyhead. Tidur, bangun nak susu, kencing berak, tidur balik. Semalam pergi check up, her weight increased by 1.5kg… growing up like a champion! :D

Dhuha at 31 days

***

Every pregnancy is different. 

This one is my least favorite journey compared to my previous two pregnancies. I didn’t enjoy much because I have pain around my waist… since before pregnant until this moment. Maybe sakit sebab menyusukan Raudah. You know, bila susu sambil mengiring lama kan penat sangat. Memang sakit pinggang. 

So everytime baring mengiring, bila nak gerak bangun or pusing to the other side je mesti terasa setiap pergerakan tulang kat pinggang tu. During pregnant is the worst, tambah pula bila makin besar perut lagi lah terasa. Setiap malam nak tidur rasa sakit sangat. So most of the time kena tidur sambil duduk. 

I’ve been trying to set a date to see a chiropractic, tapi belum ada masa dan duit. Most probably lepas raya lah kot baru decide nak pergi chiro mana. Itupun kalau boleh tahan.