Hujung bulan Mac haritu, family belah mak anjurkan family day. Buat di chalet Gorek Bay, Teluk Gorek, Mersing. Kat sini, selain bilik chalet, ada kawasan luas untuk kita berkhemah.
This is where we were staying during our 2 days and 1 night family day, Teluk Gorek.
Gambar kiri, bangunan dua tingkat tu bilik besar. Ada katil queen size dan katil dua tingkat - bawah queen size, atas single size. Tapi bilik kosong... nasib baik ada cermin. Toilet kecil, tak ada heater dan tak berapa nak bersih. :(
Gambar sebelah kanan bangunan setingkat tu bilik kecil. Cuma ada satu queen size bed saja. Tapi at least ada para-para. Boleh lah letak barang - barang make up, makanan atas tu instead of letak kat lantai saja.
Ini pula pantai nya -- landai sangat. Jalan jauh ke tengah laut pun masih cetek. Tapi waktu ni air tengah surut. Memandangkan hari pertama tu tak banyak sangat aktiviti, kami duduk tepi pantai je. Dapat tengok air mula pasang, sikit - sikit kawasan pasir ditutupi air. Kagum sekejap! Hahaha. Dan walaupun air pasang, macam saya cakap tadi, air tetap cetek untuk dewasa. Paras air setakat di pinggang.
Subhanallah... cantik sangat warna langit tu. Menghabiskan masa di pantai, hutan, sungai dan mana - mana nature sangat menenangkan. :)
mula2 baca telur gorek...beria mencari gmbr makanannye...huhu
ReplyDeletedulu sekolah kat Mersing...tetiba rasa rindu pulak....
ReplyDelete@misz sheyla ahahaha.. ingat makan je dia ye?
ReplyDelete@O'gosh Iskandar oooh.. orang Mersing rupanya. Best la Mersing ni, sebab ada laut. hehe :)
ReplyDeleteSaya pernah sampai tempat ni. Anak-anak mandi tak bimbang sebab pantai dia dalam dan ombak tak kuat. Macam nak pergi lagilah :)
ReplyDeletebetul betul... tak risau sangat lepaskan budak-budak kat sini. :)
Delete