Tahukah anda bahawa hari ini, 22 April ialah hari bumi? Kalau boleh, sangat - sangat lah digalakkan untuk mendidik anak - anak kita tentang betapa pentingnya menjaga bumi ini. Because if the earth is destroyed, we won't get another. Bila air kena catu beberapa bulan ni pun kita dah rasa betapa seksanya. Itu baru sekejap Allah tarik nikmat air.
sumber: google |
- Selain menyertai bersama Earth Hour yang diadakan setahun sekali selama satu jam tu, kita boleh minimumkan penggunaan elektrik dalam rumah hari - hari. Contohnya kalau nak tonton tv, boleh lah sekeluarga duduk di ruang tamu sama - sama. Sambil jimat elektrik, sambil bonding bersama keluarga. Hehe.
- Belajar untuk mengitar semula. Kotak, surat khabar, botol kaca, tin aluminium dan macam - macam lagi barang yang boleh dikitar semula. Kalau di luar negara, seperti UK dan Jerman, kerajaan mereka dah sediakan tong untuk barang yang dikitar semula di setiap rumah selain tong sampah harian. Kita pun boleh buat sendiri tanpa mengharapkan kerajaan. Lagipun, kos pembuatan produk dari sumber asal lebih mahal dari kitar semula!
- JANGAN BUANG SAMPAH MERATA - RATA! Please... yang ini sangat penting dan perkara paling asas yang patut kita belajar dan ajar anak - anak kita. Selalu sangat nampak orang buang sampah keluar kereta atau pun buang sampah ke dalam longkang. Sedih sangat. Bila longkang tersumbat, berlaku banjir kilat, mulalah salahkan pihak majlis bandaraya. Biasanya orang yang pendek akal cuma fikir jangka pendek. Tak fikir pula hidup anak cucu mereka akan datang.
- Bercucuk tanam, tanam pokok. Korang tahu tak satu batang pokok mampu menyerap 10 pounds of air pollutant setiap tahun? Kalau anda yang biasa pergi ke hutan, bukit atau sungai mungkin perasan udara di sana lebih segar berbanding di bandar, betul? Lagipun, bukan kah pokok ini juga yang membekalkan oksigen untuk kita terus bernafas? So, tanamlah pokok samada pokok besar atau kecil di dalam pasu.
Anyway, happy earth day semua. ;)
selamat hari bumi juga...
ReplyDelete