Telekung

Friday, April 25, 2014

Resipi: Brownie in a Mug

Assalamualaikum,

Hari ni rasa macam nak berkongsi satu resipi dessert yang ringkas. Dalam masa sepuluh minit dah boleh makan. Hehe.

Actually, kelmarin saya tengah baca timeline twitter, tiba - tiba muncul tweet resipi brownie in a mug ni. Disebabkan tengah 'mengidam' dan kebetulan bahan - bahan semua ada kat rumah, mesti lah laju je nak buat. Lagipun dah lama tak baking. Hehe

So, bahan - bahannya adalah:
1/4 cup gula
1/4 cup tepung serbaguna
2 tbsp serbuk koko
2 tbsp minyak zaitun/ minyak sayur
3 tbsp air (kalau campuran tak sekata, boleh tambah air sikit - sikit sambil kacau. Tapi jangan cair sangat. Agak - agak lah bancuhan tu. Hehe)

secubit garam
aiskrim vanilla (optional)


Cara - cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kering (gula, tepung, serbuk koko, garam) ke dalam mug
2. Kemudian campurkan minyak dan air
3. Kacau sehingga sebati
4. Masukkan ke dalam microwave (saya set 450W dan 5 minit. Ini depends korang set macam mana)
5. Keluarkan (caution! It's hot) dan scoop kan aiskrim dalam mug


Voila! Enjoy your brownie in a mug! Memang sedap... brownie panas campur aiskrim vanilla sejuk. Heaven~~


Senang sangat kan? Saya balik kerja, sebelum ambil Nourah sempat buat dulu brownie ni. Hahaha :p

5 comments:

  1. Kena cuba ni! Semua bahan dah ada. Tunggu time je, bila rajin XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... tak rajin pun boleh buat.. cmne tuh? ;P

      Delete
  2. wahh nampak mcm sedap je. boleh try ni. hee

    ReplyDelete
  3. Cuba lah.. cuba lah... hahaha... agak2 nak buat isi perut (dan rajin) boleh lah cuba.. hihi

    ReplyDelete