Pernah diajukan soalan oleh seorang kawan, boleh kah kalau sehari tu ambil quantity supplement lebih daripada yang dicadangkan? Contohnya Vitamin C, cadangan hidangan adalah satu hari satu kapsul. Tapi ada yang ambil dua kapsul, mungkin ada yang berpendapat bahawa lagi banyak, lagi cepat hasilnya. (Vitamin C mampu mencantikkan kulit kerana ia bantu menghasilkan kolagen dalam badan)
Jawapan saya, pengambilan vitamin atau mineral secara berlebihan ada kesan negatifnya walaupun pada asalnya supplement ini untuk penambah baikan kesihatan.
sumber: google |
Basically, vitamin ini terdiri daripada dua kumpulan iaitu larut-air dan larut-lemak. Contoh vitamin larut air ialah vitamin B dan vitamin C. Kedua - dua vitamin ini jika diambil berlebihan, yang lebih - lebih tu akan keluar melalui urine. Manakala vitamin A, D, E dan K pula antara vitamin yang larut lemak. Badan kita akan menyimpan vitamin ini, dan jika diambil secara berlebihan akan membahayakan kesihatan. Mungkin tidak nampak sekarang, mungkin ambil jangka masa yang panjang.
Sebagai contoh:
Vitamin A: How much is too much?
Kita tahu bahawa vitamin A bantu baiki penglihatan dan membina sel darah merah. Jumlah yang disarankan ialah 3000IU* bagi seorang lelaki dewasa dan kurang sedikit bagi wanita dewasa. Kalau terlebih vitamin A? Anda akan rasa sakit kepala, sakit tulang dan sendi, kulit gatal dan menggelupas. Eventually, mungkin boleh merosakkan hati!
Folic acid: How much is too much?
Seorang dewasa yang sihat memerlukan 400mcg folic acid sehari dan lebih untuk wanita mengandung. Folic acid membantu untuk mencernakan protein dan sintesiskan DNA, mencegah kanser dan sakit jantung, serta mengelakkan cacat kelahiran yang serius. Tapi jika terlebih folic acid akan menutup kekurangan B12 -- dan kekurangan B12 akan menyebabkan neurological damage.
Zinc: How much is too much?
Zinc juga antara mineral yang penting, beribu diperlukan untuk cellular transaction dalam tubuh. Dewasa yang sihat memerlukan lebih kurang 10mg zinc sehari. Zinc mampu meningkatkan imun tubuh, mengubat selsema, dan untuk kesihatan lelaki dan prostat juga. Tapi jika anda terlebih kandungan zinc, ini akan menghalang penyerapan kuprum, satu lagi nutrien penting. Kekurangan kuprum akan menyebabkan seseorang itu anemic dan mudah dijangkiti penyakit.
Dan yang lain - lain lagi anda boleh buat rujukan dengan bertanyakan doktor anda dan google. Supplement maksudnya ialah sesuatu yang ditambah dalam sesuatu untuk melengkapkan atau menambah baik. Maka tujuan anda ambil supplement untuk top up mana - mana vitamin yang kurang dan membaiki sel badan kita. Apa yang anda makan hari - hari tu ada vitamin dan mineral nya cuma tidak cukup kerana beberapa faktor seperti haba, bahan kimia atau anda seorang yang picky-eater. -..-
Maka, sangat - sangat penting untuk anda tahu jumlah kuantiti vitamin yang diperlukan oleh badan anda dan ikut cadangan yang telah ditetapkan.
DAN.....
berpada - padalah atau bersederhanalah... ingat, WASATIYAH. Hehe...
*IU = International Units
Too much of anything is not good kan.. 😉
ReplyDelete