Tuesday, August 9, 2011

5 Bonus Khas Ramadhan

Assalamualaikum,

Sebagai persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Jom kita check apakah bonus dan kelebihan di bulan mulia ini?


5 bonus khas Ramadhan:

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat2 terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

Bonus 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Bonus 3: Allah memperindahkan syurg-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir2 hamba2-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat)

Bonus 4: Syaitan2 dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan2 selain Ramadhan.

Bonus 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala setelah selesai mengerjakannya)."

Mengenai bonus yang kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada lailatul qadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya."

(riwayat Ahmad)

sumber: majalah solusi

Semoga dengan sedikit info ni, kita lagi bersemangat nak berpuasa dengan penuh ketaqwaan.. insyaAllah. :)