Tuesday, March 25, 2014

20 Tip Kurus Mudah & Berkesan

Assalamualaikum...
Hari ini saya ingin berkongsi tips kurus yang mudah dan insyaAllah berkesan... :)
sumber: google
 1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. Lagipun, sarapan kan hidangan yang paling penting sekali?
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah - buahan.
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 
4. Tambahkan satu hidangan untuk buah - buahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buah - buahan.
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam. Tapi jangan pula tambah hidangan sampai berpinggan - pinggan. :P
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan... dan menjimatkan. ;)
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. Dan juga tambahkan kuantiti air masak yang diminum sekurang - kurangnya 3L sehari.
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’permintaan perut. Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
10. Jika anda suka mengunyah ketika stress, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan contohnya seperti bersenam kerana ketika kita bersenam, hormon endorphin akan dirembes membuatkan anda rasa gembira. 
11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori. Sunnah nabi juga mengajar untuk kita memulakan makan dengan buah - buahan kemudian diikuti makanan lain. Ini juga membantu mengurangkan pengambilan makanan berlebihan.
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam mengikut waktu. Sebahagian dari anda suka makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran anda lupa pada snek malam. Ataupun boleh cuba untuk minum air masak bila terasa ingin menyunyah snek.
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda.
16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti sejuk. Hehe.
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis. Biasanya ini berkesan untuk saya!
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan. Menari, berbasikal, bersiar - siar dengan berjalan kaki juga antara aktiviti senam yang mudah dan menyeronokkan.
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet. Bila makan lewat dari waktu biasa, anda akan tend to eat more than what you should eat.
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut. Saya pasti ini adalah kegemaran setiap wanita! :D

sumber : rapi

No comments:

Post a Comment