Thursday, March 20, 2014

Kenapa perlukan protein?

Protein merupakan nutrien penting yang boleh didapati dalam produk haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan) dan tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya). Perkataan protein itu sendiri datang dari perkataan Greek iaitu protos yang bermaksud "pertama". Badan kita memerlukan protein untuk membina sel baru, mengekalkan tisu, dan menghasilkan protein baru untuk membolehkan badan kita berfungsi dengan baik.

Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Walaupun protein tumbuhan adalah protein yang tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk daging atau protein haiwan. Tambahan pula, jika dua protein tumbuhan seperti kekacang dan bijian atau kekacang dan kacang/biji dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk seseorang individu.

Banyak lagi kebaikan protein ni tau... protein juga membantu menjaga tahap hormon, membantu anda berasa kenyang lebih lama sekaligus membantu mengawal berat badan, membantu fungsi sistem ketahanan badan dan banyak lagi lah... dan insyaAllah semua kebaikan protein ni ada dalam produk Shaklee iaitu ESP. Boleh baca di entri ini.

Bulan ini masih lagi bulan promosi ESP. Bagi sesiapa yang ingin order, boleh hubungi saya cepat - cepat. Hehe. Kalau lambat, terpaksa lah tunggu sebulan dua lagi sebab waktu promosi ni semua orang beli banyak - banyak terus.



Saya pengedar sah Shaklee anda
Nadhira
013-7319472

Sumber 1 , 2, 3

No comments:

Post a Comment