Telekung

Monday, June 23, 2014

Tips Penjagaan Kulit

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi sedikit tips penjagaan kulit. Tak kira lelaki atau wanita, sekarang semua golongan ambil berat tentang penjagaan kulit. Tambah pula keadaan cuaca yang semakin panas, jika tidak dijaga dengan betul, kulit kita terutama di muka akan menampakkan usia yang lebih tua berbanding usia sebenar.

So, apakah tips itu?

Cara Jagaan dan Rawatan Yang Betul

Cara - cara yang senang untuk menjaga kulit anda ialah:
  • Bersihkan muka dua kali sehari dengan air suam dan pencuci muka yang sesuai mengikut jenis kulit anda, kemudian keringkan dengan lap perlahan - lahan. Tak perlu gosok muka dengan kain atau tuala terlalu kuat kerana ini akan  merosakkan kulit muka yang nipis.
  • Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Carilah losyen yang mengandungi SPF yang tinggi jika anda jenis yang terpaksa menghabiskan banyak masa di luar.
    Ia juga boleh dipakai hari - hari sebelum muka disapu make up. (Sumber: google)
  • Jangan sekali - kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat anda. Ini akan menyebabkan keradangan atau jerawat akan merebak dan akan merosakkan tisu - tisu halus di bawah kulit anda. Ini kerana kebiasaannya tangan kita tidak bersih dan bakteria di tangan akan memburukkan lagi jumlah jerawat di muka.
  • Jangan merokok kerana ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, kering, berkedut - kedut dan melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh. Tambahan pula, merokok memang tidak bagus untuk kesihatan. ;)
  • Minum banyak air sekurang - kurangnya 2 liter sehari. Air diperlukan untuk membuang toksin di dalam badan dan membantu pengaliran darah dalam badan, juga membantu proses lain di dalam badan. (sumber)
    sumber: google
Nutrien Untuk Kulit

Kosmetik hanya membantu untuk menutupi cela di kulit tetapi tidak menghilangkannya. Manakala losyen atau krim muka mungkin dapat menghilangkan seketika. Tetapi jika dalaman anda tidak cukup nutrien dan bertoksin, susah untuk kekalkan kesihatan dan kecantikan kulit anda.Cara yang betul untuk kulit mendapat nutrien yang sepatutnya ialah dengan mengambil pemakanan yang seimbang.

Untuk kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur - sayuran berdaun hijau terutamanya dan buah-buahan berwarna, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink.

Tapi mengikut pengetahuan dan pengalaman sendiri, bukan semua boleh mengekalkan kandungan nutrisi dan mineral dalam makanan selepas dimasak. Maka sebagai ganti dan pelengkap nutrien, saya sangat mencadangkan untuk mengambil supplement. Dan supplement dari Shaklee yang boleh dicadangkan ialah Vitamin E complex, B complex dan vitamin C.


Tak rugi mengambil supplement kerana vitamin ini ialah apa yang kita perlukan hari - hari. Selain mendapatkan kulit yang cantik, insyaAllah membantu untuk meningkatkan imun kesihatan. Jika anda berminat, terus message ke whatsapp atau telegram ke 013-7319472.

Saya sedia membantu. ;)

Pengedar Sah Shaklee Anda
013-7319472
nadhira.aziz@gmail.com

2 comments:

  1. bagus Shaklee nie, tapi ikut org jugak...ada yg tahan dan ada yg tak tahan, masing2 la kan..cubalah dulu baru tahu kita nie kategori mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak Nani... Shaklee sekadar supplement... dan bergantung pada penerimaan badan seseorang. sama juga dgn supplement lain mahupun ubat dari doctor. tp alhamdulillah ramai yang sesuai. :)

      Delete