Friday, June 6, 2014

Jantung Pun Perlukan Vitamin

Assalamualaikum,

Secara jujurnya, saya tak tau sangat keberkesanan CoQHealth Plus dari Shaklee ni. Sebab belum cuba lagi. Ada niat nak belikan untuk parents dan suami. Tapi selalu terlupa sebab sibuk sangat beli yang hot seller je. Hehehe.. tapi kalau google tu, memang banyak testimoni yang positif.

Kenapa teringin sangat nak beli CoQHealth Plus Shaklee ni?

CoQ10 (Coenzyme Q10) merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi di dalam setiap sel badan kita dan terutamanya di dalam organ-organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting sebab tanpanya jutaan sel tubuh dan terutamanya jantung tidak akan berfungsi dengan sempurna. Sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan (sementara CoQ10 hadir sebagai pencetus tenaga) dan tenaga dihasilkan. Proses penghasilan tenaga ini berlalu beribu kali setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan membolehkan organ-organ lain berfungsi sempurna bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksida dan melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins (LDL). Secara keseluruhannya CoQ10 menggalakkan fungsi kesihatan saluran darah dan meningkatkan peredaran darah ke seluruh tubuh.


CoQHealth Plus Shaklee mengandungi:
  1. Co Enzim Q10 - nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada di setiap sel.
  2. Vitamin E - vitamin larut lemak, melindungi tubuh dari radikal bebas, serta juga mencegah penyakit seperti mengurangi keletihan dan memperlambat penuaan badan yang disebabkan oleh proses pengoksidaan. Bersifat antikanser dan antioksida. Juga membantu menguatkan akar rambut.
  3. Ekstrak Teh Hjau - sebagai antioksida, membantu mencegah kerosakan akibat radikal bebas, mengandungi vitamin E dan C - untuk kulit dan rambut. Mengawal kadar kolesterol dalam tubuh, membantu mencegah kanser, mengurangkan risiko strok, darah tinggi dan penyakit berkaitan hati. Menambah stamina, menghilangkan keletihan. Kandungan bioflavonoid dalam teh hijau juga dapat memperkuat sistem pencernaan.
Para penyelidik yang membuat kajian percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Plus Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut :

Serangan Penyakit Jantung
Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

Kegagalan Jantung
Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.

Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

Kolesterol Tinggi
Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplemen CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol.

Diabetes Atau Kencing Manis
Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurukan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.


Siapakah yang sesuai makan CoQHealth Plus?


Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Bagi mereka yang sudah mencapai umur 30-an, CoQHealth Plus adalah suplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan.


Sesiapa yang berminat untuk membaiki kualiti kesihatan, boleh lah hubungi saya untuk membuat pembelian CoQ Health Plus ini. Jangan segan untuk whatsapp/telegram terus no 013-7319472.

Pelanggan saya layak untuk mendapatkan konsultasi percuma dari saya. :D


Pengedar Sah Shaklee Anda
013-7319472
Nadhira ♥

No comments:

Post a Comment