Telekung

Thursday, June 19, 2014

Think Positive vs Think Negative

Assalamualaikum,

Semenjak dua menjak ni, kita sering dinasihatkan untuk think positive. Sedangkan dalam Islam sendiri pun kita digalakkan untuk berbaik sangka atau bahasa lainnya husnudzon.

Dan sejak saya mula berkecimpung dalam dunia perniagaan, laaaaggiiii lah saya perlu sentiasa berfikiran positif. Yakin bahawa rezeki itu datang dari Allah. Jika hari ini tiada jualan, yakin satu hari nanti rezeki kita pasti akan ada... yang penting jangan pernah berhenti usaha.

Tapi tiba - tiba saya teringat kata - kata cikgu tuisyen Bahasa Melayu saya dulu. Dia kata, kalau nak fikir positif saja pun tak boleh juga. Dia siap cakap dia nak tulis buku tentang berfikir secara negatif. Yeah... she was only joking. Tapi kalau jumpa buku tajuk macam tu, confirm dia punya lah. Hahaha.

Katanya, kita kena fikir negative untuk elakkan perkara - perkara yang negative. In a way, she did has a point. Sebab contoh macam semalam. Waktu saya isi minyak kereta, tiba - tiba saya ternampak motosikal dengan dua orang penunggang. Cepat - cepat saya habiskan isi minyak dan masuk kereta dan kunci. Ini semua gara - gara ramai yang share himpunan video cctv tentang kes samun dan ragut. Mostly kes tersebut melibatkan penunggang motor bersama pembonceng.

So, maksud cikgu saya, kita kena fikir apa perkara buruk yang bakal berlaku jika kita buat this or that. Then kita akan sediakan plan to overcome perkara tu. Itulah peranan negative thinking. Hehe.

Tapi sekarang saya rasa bersalah sebab dah buruk sangka kepada dua mamat indon yang naik motor semalam. Hehehe... ampun ya pak. Aku hanya ambil langkah berjaga - jaga. Hihihihi.


p/s: Keadaan dashboard saya masih sama macam haritu. Tak dapat saya nak berblogwalking lagi. Bosan kooottt!!!

4 comments:

  1. Replies
    1. yeahh... tak kisah what happen, think positive!!

      Delete
  2. blogwalking ~

    rezeki datang dari ALLAH. saya setuju !

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... boss tmpt kite keje tu cuma perantara je.. kan? kan? hehe

      Delete