Telekung

Tuesday, June 10, 2014

Ramadhan: Care For Hunger

Assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik tinggal tak sampai sebulan pun nak masuk Ramadhan. Dan seperti biasa, Islamic Relief setiap tahun melaksanakan program kemanusiaan. Untuk kali ini, program Ramadhan: Care For Hunger iaitu merupakan program bantuan pek makanan yang akan diberikan kepada penerima manfaat yang telah ditentukan oleh IRM sepanjang bulan ramadhan ini.

Program Ramadhan: Care For Hunger adalah satu projek bermusim yang dilaksanakan oleh Islamic Relief di seluruh dunia dengan tujuan untuk membekalkan bantuan makanan asas kepada asnaf fakir dan miskin di dalam & luar negara (15 buah negara) semasa bulan Ramadhan. Melalui program ini, penerima manfaat akan dibekalkan dengan pek makanan yang mengandungi makanan asas dan seimbang nutrisinya; karbohidrat, tenaga, protein dan lemak seperti beras, gula, tepung, minyak masak, garam dan lain-lain.

Program Ramadhan: Care For Hunger dijalankan secara serentak melalui cawangan-cawangan Islamic Relief di seluruh dunia termasuk Malaysia. Pek makanan yang diagihkan berisi makanan asasi mengikut kesesuaian budaya dan geografi penduduk di negara tersebut.

Jadual harga pakej Ramadhan Relief mengikut kumpulan negara:-


Setiap pek  dijangka akan dapat menampung bekalan makanan untuk berbuka puasa bagi sebuah keluarga yang terdiri daripada tiga ke lima orang selama satu bulan pada bulan Ramadhan. Penerima manfaat terpilih adalah terdiri daripada golongan fakir, miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim, golongan orang kelainan upaya, warga emas dan golongan yang layak mengikut pemerhatian serta kriteria yang ditetapkan oleh IRM. Sebarang bantuan yang ingin dihulurkan, orang ramai boleh menghubungi pihak Islamic Relief Malaysia di talian 03-89263434 atau klik SINI.

Inilah masanya untuk kita mulakan bersedekah dan menolong mereka yang susah. Niatkan kerana ingin mencari redha Allah, insyaAllah besar ganjaran pahala nya. Tambahan pula, diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."... see? Kan best tu... :D

Anyway, boleh terus ke page Islamic Relief untuk mengetahui pelbagai program yang mereka anjurkan. Klik SINI.
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepada Nya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh” Al – Munafiqoon 63:10

2 comments:

  1. wahh, tak lama dah nak masuk bulan Ramadhan.. yapp, moga kita semua sentiasa diberkati NYA .. ~ in sha ALLAH.. moga porjek ini mendapat sambutan dengan niat yang ikhlas.. amin :)

    ReplyDelete