Showing posts with label pregnancy journey. Show all posts
Showing posts with label pregnancy journey. Show all posts

Tuesday, April 16, 2019

Introducing My Third Baby Princess


Alhamdulillah. 

On 12th of March 2019 I’d safely delivered my baby princess at Hospital Ampang.
Introducing our third baby, Dhuha (walaupun bersalin waktu subuh. Hihi).


 So...

On Monday 11th of March, my husband took his time off. Kitorang jalan-jalan lah kat Melawati Mall (hari sebelumnya dah pergi IKEA Cheras makan meatball dan pusing MyTown. Tapi masih tak puas lagi berjalan. Haha). 
Mula-mula berjalan tu ok lagi. Tapi lepas lunch tiba-tiba rasa mild contraction. Tak kerap pun, still bearable. Masih boleh pusing lagi semua level Melawati Mall dan ikut husband berurusan kat bank almost 2 jam. Dan malam pun sempat lagi masak untuk makan malam. 

Then around 10pm, ada blood show. Sikit je pun. Tapi sebab I ni sejenis cepat paranoid, bagitau husband ada darah. Tapi bukan fresh blood. Jom pergi hospital.

So kitorang pun pergilah malam tu juga bawa sekali anak-anak. Sebab dalam fikiran nak check to confirm saja, ingatkan tak ada apa-apa lah. Kitorang assume lepas check boleh balik.
Sekali doctor check jalan dah buka 4cm!
Heh, bila 4cm tu maknanya dah kena masuk labour room (LR).
Dah lah masa tu tak ada pun rasa sakit contraction. Rasa tak boleh nak terima news tu, tak percaya langsung sebab tak bersedia. Padahal 12 Mac tu memang tarikh due date pun. lol.

So I asked the doctor, "husband kat dalam kereta dengan anak-anak. Boleh ke tunggu dia hantar anak-anak balik rumah mak dulu?"
Nurse yang ada kat situ tanya, "rumah mak kat mana?"
"Dekat je...", I replied.
Dia pun bagi sebab katanya sempat lagi ni nak tunggu. 

When I'd informed my husband dah nak kena masuk LR, dia lagi terkejut. lol. Dia pun kelam kabut hantar anak-anak. Dah lah sebelum pergi hospital tak inform ibu. Masa nak hantar Nourah dan Raudah tu, banyak kali call ibu tapi tak berjawab. Ye lah, dah pukul 1 pagi. Haha.

So, lepas husband settle semua, sampai semula kat hospital dalam 2.30 pagi.
Pukul 3 pagi, nurse dah panggil untuk masuk LR.
Masa masuk LR tu masih lagi rasa tak percaya sebab tak sakit pun lagi. Tapi tu lah, padan muka kat diri sendiri. Gelabah sangat nak pergi hospital malam tu juga instead of tunggu dulu sakit contraction.

But it’s ok. Everything has been written, kan.

Jangan percaya jam tu lambat 5 jam

So, terbaring lah kat katil LR kebosanan menunggu contraction yang tak kunjung tiba. At 5.45am nurse masukkan ubat (tak ingat nama ubat tu tapi untuk lembutkan serviks dan cepatkan bersalin). Lepas tu je memang terus rasa sakit contraction datang kerap. Makin lama terasa makin kerap, like every 5 minutes sakit. At 6.45am cakap kat nurse dah tak tahan sangat sakit rasa nak beranak. 

Padahal masa tu nurse tak siap prepare lagi. Ada ke patut dia suruh tahan kejap? Haha.
Kelam kabut dia siapkan barang dan letakkan alas semua. Tak lama lepas tu start push, terus keluar baby in less than 5 minutes. Dan masa tu juga lah baru tau gender of the baby. 

Sepanjang pregnant, everyone been telling me it’s a boy. Macam-macam teori, perut bulat lah, nampak senget ke kanan lah, perangai Raudah macam lelaki lah. Even a couple of strangers jumpa kat kedai pun nak main teka juga. 
Kitorang pula tak bersungguh pun nak tau gender baby. Masa scan during antenatal check up kat Klinik Kesihatan (KK) ada juga minta doctor tengokkan, tapi tak nampak. So we’re just, "tak kisah lah apa-apa pun". Tak kuasa pula nak pergi private clinic to check the gender saja. We’re so cheapskate liddat. Haha.

So, that’s about it.
It’s been a month, so far Dhuha is a sleepyhead. Tidur, bangun nak susu, kencing berak, tidur balik. Semalam pergi check up, her weight increased by 1.5kg… growing up like a champion! :D

Dhuha at 31 days

***

Every pregnancy is different. 

This one is my least favorite journey compared to my previous two pregnancies. I didn’t enjoy much because I have pain around my waist… since before pregnant until this moment. Maybe sakit sebab menyusukan Raudah. You know, bila susu sambil mengiring lama kan penat sangat. Memang sakit pinggang. 

So everytime baring mengiring, bila nak gerak bangun or pusing to the other side je mesti terasa setiap pergerakan tulang kat pinggang tu. During pregnant is the worst, tambah pula bila makin besar perut lagi lah terasa. Setiap malam nak tidur rasa sakit sangat. So most of the time kena tidur sambil duduk. 

I’ve been trying to set a date to see a chiropractic, tapi belum ada masa dan duit. Most probably lepas raya lah kot baru decide nak pergi chiro mana. Itupun kalau boleh tahan.

Wednesday, December 21, 2016

2nd Pregnancy Journey: 38 Weeks ++

Assalamualaikum dan hi everyone!

Seminggu dua tak update blog ni, rasa macam rindu pula nak bercerita. Hihihi.
Boleh kata busy juga la sebenarnya. Busy mempersiapkan diri dan barang-barang untuk dibawa ke hospital, busy kemas rumah sebelum rumah ditinggalkan lama-lama nanti. Tambah pula sekarang kan dah cuti sekolah. Hujung minggu ada wedding saudara mara lagi.

Bila balik rumah tu, dia punya penat makan masa berhari-hari nak hilang. Dah serupa macam jetlag pergi travel jauh-jauh je. Hahaha.

Hari ni tak ada cerita menarik sangat. Cuma nak update saja yang minggu ni dah masuk minggu ke-38. Masih belum ada tanda-tanda nak bersalin. Braxton hicks pun tak merasa lagi ni. Harap sangat lah tak overdue lagi. Tengah berdoa sangat baby keluar sebelum EDD sebab tak nak kena induce lagi.

Walaupun badan ni dah rasa tak larat sangat dengan tidur malam tak lena (kadang-kadang tu terpaksa tidur duduk), siap fikir kalau induce, baby boleh keluar awal. Tapi sayang laaaa pulaaaa....

Haritu ada panggil makcik urut datang rumah untuk berurut sebab masa tu memang sakit sangat bahagian bawah perut. Rupanya makcik tu kata baby memang dah ke bawah, tapi kepala dia salah parking. Tu yang sakit. Dengan pengalaman mengurut makcik tu, dia cuba tolak baby untuk naik ke atas balik so that nanti bila baby tu turun balik, insyaAllah akan masuk betul-betul la. Tapi memang ajaib la juga. Lepas makcik tu urut je, selain rasa lega sangat satu badan yang dah crammed sebab tidur kena mengiring saja, jalan pun dah tak sakit. Alhamdulillah.

Weekend lepas, siap ajak suami untuk pergi berjalan sebab nak cepat bersalin. Kitorang pergi ekspo buku kat PWTC hari Sabtu. Hari Ahad pula pergi Big Bad Wolf. Berjalan sakan sampai lenguh kaki ni, tapi masih belum ada apa-apa tanda lagi.

Sayang betul baby dengan perut mumu dia ni kan? Tak nak keluar ke sayang oi?!

Monday, December 5, 2016

2nd Pregnancy Journey: Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)

Assalamualaikum dan hai,

Nak cerita pengalaman buat Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) atau nama lainnya minum air gula.
Actually, sekarang ni pun dah nak masuk 37 weeks pun. Tapi nak juga tulis experience buat test air gula ni untuk kenangan akan datang. Hehehe.

Masa first pregnancy tiga tahun lepas tak kena pun minum air gula. Walaupun waktu tu berat naik banyak dan nurse ada juga cakap kena minum air gula. Tapi agaknya dia lupa kot, so terlepas lah.

Tapi kali ni, nak tak nak kena minum juga.

Masa pergi check up bulan July haritu, tak silap dah masuk 16 weeks, baru pergi Klinik Kesihata Ibu dan Anak (KKIA) untuk buka buku merah. Yes, masa ni dah kira lewat lah juga untuk buka buku kat KK. Doctor dan nurse tanya juga, kenapa lambat buka buku merah.

"Sebab dapat tau pregnant masa nak masuk bulan puasa. Sibuk buat persiapan puasa dan raya..." jawab saya. Hahaha. Padahal sebenarnya sebab malas nak datang KK nanti bosan kena menunggu giliran lama sangat. :D

Prosedur bila buka buku macam biasa la kan. Diorang akan tanya medical history kita, previous pregnancy dan medical history family, kalau parents ada darah tinggi, kencing manis, etc. Alhamdulillah semuanya sihat walafiat. Tapi lepas settle je check up dengan doctor, tiba-tiba je dia kata, "ok.. nanti saya set kan appointment untuk MGTT Jumaat ni ye?"

Masa tu saya dah terkejut dah sebab ingatkan selamat dari minum air gula since dah bagitau family tak ada masalah kesihatan. So saya pun tanya lah, "Kena minum air gula ke?"

"Yup... sekarang semua yang umur 25 tahun ke atas kena minum air gula. Sebab sekarang ni budak-budak pun dah ada diabetes disebabkan cara hidup yang tak sihat. So, walaupun family awak tak ada history diabetes pun, awak kena buat test air gula..."

That time, I was like GULP!!

Dan hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Malam tu dah puasa dari pukul 10 malam lagi. Semangat juga pergi KK sebelum pukul 8 pagi. Mula-mula nurse ambil darah dulu. Lepas tu baru minum air gula.

First few sips rasa okay lagi. Tapi lama-lama tak boleh nak telan. Sebab diorang kacau tak betul kot. Kat atas tawar sikit.. bila air makin kurang, bawah tu rasa manis pekat sungguh. Lepas tu memang pening kepala lah. Hahahaha... dah habis minum tu, mula-mula ingat nak balik rumah sebab kena tunggu dua jam baru nurse ambil darah lagi. Tapi bila fikirkan malas nak ulang alik, duduk je lah kat klinik tu. Tu pun nasib baik dah stand by bawak buku cerita.

Lepas dua jam, nurse pun ambil darah lagi sekali... yang tak best nya, nurse yang ambil darah tu cucuk sakit kot. Daripada saya ni jenis tak takut kena inject, boleh jadi fobia bila dengar orang kata nak ambil darah.

Esoknya, tempat kena cucuk dua kali tu bengkak teruk. -__-"
.
.
Itu kali pertama buat test gula. Masa minggu ke-25 kot, appointment check up seminggu lepas raya haji. Masa ni memang tak sangka betul yang berat naik mendadak, sampai 4kg untuk sebulan!! Haaa... apa lagi, time ni tak payah doctor dan nurse bagitau, saya sendiri pun boleh agak yang saya mesti kena repeat minum air gula lagi. Hahaha..

Tapi kali ni punya minum air gula.. rasa macam tak boleh tahan. Rasa nak termuntah sebab sebelum minum lagi dah terbayang-bayang betapa tak sedapnya air gula tu. Masa ni bawak air masak sebab dah tau kan macam mana rasa haus lepas minum air gula tu. Tapi tak boleh minum banyak pun, setakat buat basah tekak je.

Nasib baik kali ni tak muntah juga sebab kalau muntah, patutnya kena minum air gula lagi. Mana berani nak tipu cakap tak muntah kan. Buat nya ada apa-apa komplikasi lepas tu, sendiri juga yang susah.

Apa pun, alhamdulillah result untuk both MGTT tu normal. Tak ada tanda-tanda ada kencing manis masa mengandung. ALHAMDULILLAH... :)