Assalamualaikum dan hai,
Nak cerita pengalaman buat Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) atau nama lainnya minum air gula.
Actually, sekarang ni pun dah nak masuk 37 weeks pun. Tapi nak juga tulis experience buat test air gula ni untuk kenangan akan datang. Hehehe.
Masa first pregnancy tiga tahun lepas tak kena pun minum air gula. Walaupun waktu tu berat naik banyak dan nurse ada juga cakap kena minum air gula. Tapi agaknya dia lupa kot, so terlepas lah.
Tapi kali ni, nak tak nak kena minum juga.
Masa pergi check up bulan July haritu, tak silap dah masuk 16 weeks, baru pergi Klinik Kesihata Ibu dan Anak (KKIA) untuk buka buku merah. Yes, masa ni dah kira lewat lah juga untuk buka buku kat KK. Doctor dan nurse tanya juga, kenapa lambat buka buku merah.
"Sebab dapat tau pregnant masa nak masuk bulan puasa. Sibuk buat persiapan puasa dan raya..." jawab saya. Hahaha. Padahal sebenarnya sebab malas nak datang KK nanti bosan kena menunggu giliran lama sangat. :D
Prosedur bila buka buku macam biasa la kan. Diorang akan tanya medical history kita, previous pregnancy dan medical history family, kalau parents ada darah tinggi, kencing manis, etc. Alhamdulillah semuanya sihat walafiat. Tapi lepas settle je check up dengan doctor, tiba-tiba je dia kata, "ok.. nanti saya set kan appointment untuk MGTT Jumaat ni ye?"
Masa tu saya dah terkejut dah sebab ingatkan selamat dari minum air gula since dah bagitau family tak ada masalah kesihatan. So saya pun tanya lah, "Kena minum air gula ke?"
"Yup... sekarang semua yang umur 25 tahun ke atas kena minum air gula. Sebab sekarang ni budak-budak pun dah ada diabetes disebabkan cara hidup yang tak sihat. So, walaupun family awak tak ada history diabetes pun, awak kena buat test air gula..."
That time, I was like GULP!!
Dan hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Malam tu dah puasa dari pukul 10 malam lagi. Semangat juga pergi KK sebelum pukul 8 pagi. Mula-mula nurse ambil darah dulu. Lepas tu baru minum air gula.
First few sips rasa okay lagi. Tapi lama-lama tak boleh nak telan. Sebab diorang kacau tak betul kot. Kat atas tawar sikit.. bila air makin kurang, bawah tu rasa manis pekat sungguh. Lepas tu memang pening kepala lah. Hahahaha... dah habis minum tu, mula-mula ingat nak balik rumah sebab kena tunggu dua jam baru nurse ambil darah lagi. Tapi bila fikirkan malas nak ulang alik, duduk je lah kat klinik tu. Tu pun nasib baik dah stand by bawak buku cerita.
Lepas dua jam, nurse pun ambil darah lagi sekali... yang tak best nya, nurse yang ambil darah tu cucuk sakit kot. Daripada saya ni jenis tak takut kena inject, boleh jadi fobia bila dengar orang kata nak ambil darah.
Esoknya, tempat kena cucuk dua kali tu bengkak teruk. -__-"
.
.
Itu kali pertama buat test gula. Masa minggu ke-25 kot, appointment check up seminggu lepas raya haji. Masa ni memang tak sangka betul yang berat naik mendadak, sampai 4kg untuk sebulan!! Haaa... apa lagi, time ni tak payah doctor dan nurse bagitau, saya sendiri pun boleh agak yang saya mesti kena repeat minum air gula lagi. Hahaha..
Tapi kali ni punya minum air gula.. rasa macam tak boleh tahan. Rasa nak termuntah sebab sebelum minum lagi dah terbayang-bayang betapa tak sedapnya air gula tu. Masa ni bawak air masak sebab dah tau kan macam mana rasa haus lepas minum air gula tu. Tapi tak boleh minum banyak pun, setakat buat basah tekak je.
Nasib baik kali ni tak muntah juga sebab kalau muntah, patutnya kena minum air gula lagi. Mana berani nak tipu cakap tak muntah kan. Buat nya ada apa-apa komplikasi lepas tu, sendiri juga yang susah.
Apa pun, alhamdulillah result untuk both MGTT tu normal. Tak ada tanda-tanda ada kencing manis masa mengandung. ALHAMDULILLAH... :)
No comments:
Post a Comment