Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Monday, December 5, 2016

2nd Pregnancy Journey: Modified Glucose Tolerance Test (MGTT)

Assalamualaikum dan hai,

Nak cerita pengalaman buat Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) atau nama lainnya minum air gula.
Actually, sekarang ni pun dah nak masuk 37 weeks pun. Tapi nak juga tulis experience buat test air gula ni untuk kenangan akan datang. Hehehe.

Masa first pregnancy tiga tahun lepas tak kena pun minum air gula. Walaupun waktu tu berat naik banyak dan nurse ada juga cakap kena minum air gula. Tapi agaknya dia lupa kot, so terlepas lah.

Tapi kali ni, nak tak nak kena minum juga.

Masa pergi check up bulan July haritu, tak silap dah masuk 16 weeks, baru pergi Klinik Kesihata Ibu dan Anak (KKIA) untuk buka buku merah. Yes, masa ni dah kira lewat lah juga untuk buka buku kat KK. Doctor dan nurse tanya juga, kenapa lambat buka buku merah.

"Sebab dapat tau pregnant masa nak masuk bulan puasa. Sibuk buat persiapan puasa dan raya..." jawab saya. Hahaha. Padahal sebenarnya sebab malas nak datang KK nanti bosan kena menunggu giliran lama sangat. :D

Prosedur bila buka buku macam biasa la kan. Diorang akan tanya medical history kita, previous pregnancy dan medical history family, kalau parents ada darah tinggi, kencing manis, etc. Alhamdulillah semuanya sihat walafiat. Tapi lepas settle je check up dengan doctor, tiba-tiba je dia kata, "ok.. nanti saya set kan appointment untuk MGTT Jumaat ni ye?"

Masa tu saya dah terkejut dah sebab ingatkan selamat dari minum air gula since dah bagitau family tak ada masalah kesihatan. So saya pun tanya lah, "Kena minum air gula ke?"

"Yup... sekarang semua yang umur 25 tahun ke atas kena minum air gula. Sebab sekarang ni budak-budak pun dah ada diabetes disebabkan cara hidup yang tak sihat. So, walaupun family awak tak ada history diabetes pun, awak kena buat test air gula..."

That time, I was like GULP!!

Dan hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Malam tu dah puasa dari pukul 10 malam lagi. Semangat juga pergi KK sebelum pukul 8 pagi. Mula-mula nurse ambil darah dulu. Lepas tu baru minum air gula.

First few sips rasa okay lagi. Tapi lama-lama tak boleh nak telan. Sebab diorang kacau tak betul kot. Kat atas tawar sikit.. bila air makin kurang, bawah tu rasa manis pekat sungguh. Lepas tu memang pening kepala lah. Hahahaha... dah habis minum tu, mula-mula ingat nak balik rumah sebab kena tunggu dua jam baru nurse ambil darah lagi. Tapi bila fikirkan malas nak ulang alik, duduk je lah kat klinik tu. Tu pun nasib baik dah stand by bawak buku cerita.

Lepas dua jam, nurse pun ambil darah lagi sekali... yang tak best nya, nurse yang ambil darah tu cucuk sakit kot. Daripada saya ni jenis tak takut kena inject, boleh jadi fobia bila dengar orang kata nak ambil darah.

Esoknya, tempat kena cucuk dua kali tu bengkak teruk. -__-"
.
.
Itu kali pertama buat test gula. Masa minggu ke-25 kot, appointment check up seminggu lepas raya haji. Masa ni memang tak sangka betul yang berat naik mendadak, sampai 4kg untuk sebulan!! Haaa... apa lagi, time ni tak payah doctor dan nurse bagitau, saya sendiri pun boleh agak yang saya mesti kena repeat minum air gula lagi. Hahaha..

Tapi kali ni punya minum air gula.. rasa macam tak boleh tahan. Rasa nak termuntah sebab sebelum minum lagi dah terbayang-bayang betapa tak sedapnya air gula tu. Masa ni bawak air masak sebab dah tau kan macam mana rasa haus lepas minum air gula tu. Tapi tak boleh minum banyak pun, setakat buat basah tekak je.

Nasib baik kali ni tak muntah juga sebab kalau muntah, patutnya kena minum air gula lagi. Mana berani nak tipu cakap tak muntah kan. Buat nya ada apa-apa komplikasi lepas tu, sendiri juga yang susah.

Apa pun, alhamdulillah result untuk both MGTT tu normal. Tak ada tanda-tanda ada kencing manis masa mengandung. ALHAMDULILLAH... :)


Friday, November 25, 2016

Masalah Keputihan Ketika Hamil

Assalamualaikum dan hai semua!

Apa khabar? Sihat ke?

Hari ni saya nak berkongsi tentang masalah keputihan ketika hamil. Perkara ini bukan hanya wanita sahaja wajib tahu, lelaki (suami) pun perlu ambil tahu sebab masalah ini boleh mengganggu hubungan suami isteri.

Keputihan atau dipanggil sebagai leukorrhea -- adalah sejenis cecair yang keluar dari vagina. Ianya berwarna putih seperti susu dan sedikit berbau (kadangkala tak berbau). Biasanya kalau tak hamil, keputihan pun biasa berlaku terutama sebelum datang period. Tapi bila hamil, keputihan keluar banyak dari biasa. Keputihan yang berlebihan ini berlaku disebabkan penghasilan hormon estrogen yang tinggi ketika hamil.

Keputihan ini normal untuk setiap wanita tetapi akan menjadi masalah bila keputihan keluar terlalu banyak, berwarna hijau atau kekuningan, berbau, terasa gatal di sekitar vagina atau terasa sakit ketika membuang air kecil . Bila berlaku keadaan ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor kerana dikhuatiri ianya merupakan vaginal infection.

 Actually, masa awal-awal pregnancy hari tu pun saya sendiri mengalami masalah keputihan. Masa tu extra banyak sampai rasa tak selesa terutama bila nak solat terpaksa bersihkan betul-betul dan tukar panties. So saya inform dengan doktor di Klinik Kesihatan (KKIA) dan katanya it's normal selagi tak rasa gatal, tak berbau dan tak rasa sakit masa buang air kecil. So dia just nasihatkan untuk jaga kebersihan sekitar vagina.

Untuk memastikan vagina anda bersih, pastikan selepas membuang air, bersihkan betul-betul di kawasan vagina. Lap dari depan ke belakang. Pastikan dilap kering kerana keadaan lembab akan menyebabkan pembiakan fungus. Pilih panties dari material kain cotton. Elakkan memakai seluar ketat, material selain cotton, penggunaan scented pads dan sabun yang bukan feminine wash.

Kemudian waktu saya hamil 33 minggu baru ni, saya ke hospital Ampang dan bila doktor buat pemeriksaan, doktor kata saya mengalami keputihan yang banyak. Doktor kata keputihan tu disebabkan candida dan doktor prescribe untuk ambil ubat yang dimasukkan ke dalam vagina (macam dalam gambar di bawah). Bentuknya lebih kurang macam ubat demam yang cucuk punggung tu. Hehe.


Daripada apa yang saya pernah baca, candida ni tergolong dalam kumpulan yeast. So salah satu cara untuk kurangkan keputihan ni ialah dengan puasa gula, especially gula putih. So, sekarang ni memang cuba tahan nafsu daripada minum air manis dan makan benda yang bergula. Susah juga sebab saya suka makan donut!! hahaha. Nasib baik kat rumah, memang jarang guna gula. Gula pun beli jenis organic raw cane sugar. Alhamdulillah, memang nampak perbezaannya. Selain tu, saya ambil juga Garlic Shaklee sebab garlic bertindak sebagai antibiotik. Kalau sesiapa yang mengalami keputihan, memang saya akan suggest untuk ambil Garlic dan Alfalfa (kalau tak hamil).

Last but not least, kalau korang rasa mengalami keputihan yang teruk, atau rasa ada yang tak kena di sekitar vagina, segeralah berjumpa doktor. Sebab infection kat bahagian vagina ni ada risiko nya. Bimbang kalau positif Group B Strep (GBS) sebab GBS boleh menyebabkan bayi anda mengalami komplikasi jika tidak ambil langkah berjaga-jaga. Boleh google dan baca mengenai GBS for extra knowledge.

I guess, that's it for today.
Until then, see you in next entry. ;)

Tuesday, April 15, 2014

Kate Middleton, Pregnancy dan Fesyen

Assalamualaikum,

Saya suka sangat tengok Kate Middleton. I mean, who doesn't right? She's lovely! Paling saya suka sebab beliau sopan. Pakaian beliau simple tapi cantik, sesuai dengan perwatakan beliau sebagai Duchess. Tadi saya buka website Circle of Moms dan ternampak artikel berkenaan maternity dress designer untuk Kate Middleton. Dan dalam artikel itu ada link untuk lihat gambar - gambar Kate bergaya sepanjang beliau hamil. Jealous sangat sebab walaupun hamil, beliau masih kelihatan cantik. Saya pula? Masuk bulan kelima dah start membesar dengan jayanya. Hahaha...


Lagi satu yang saya perasan, beliau pernah pakai baju yang sama dua kali (atau mungkin lebih). Maknanya, kita yang rakyat biasa ni pun sepatutnya tak payah segan nak ulang - ulang pakai baju yang sama. Pandai - pandai lah kita mix and match. Jangan membazir. Ok? Hehe.


Friday, April 4, 2014

Risiko HB Rendah Ketika Mengandung

Assalamualaikum...

Bahayanya jika HB rendah ketika mengandung. Perkara ini tidah boleh dipandang remeh kerana ianya sangat serius!!

Punca HB Rendah
  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam dalam kepekatan sel darah merah
  • Penurunan kadar HB normal
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
  • Kekurangan asid folat
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir
Risiko HB Rendah

Kesan kepada ibu:
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan:
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Kepentingan HB Ketika Hamil


Kandungan Kurang Dari Lima Bulan
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

Kandungan 5 Bulan Ke 7 Bulan
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

Kandungan 7 Bulan Ke Atas
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
sumber: google
Gambar ini dapat menerangkan sedikit kenapa pentingnya hemoglobin (HB) ni. HB membawa oksigen dalam tubuh kita dan kita sedia maklum bahawa oksigen penting untuk kehidupan. Oleh sebab itu, jika kekurangan HB, maka kurang lah juga kandungan oksigen dalam tubuh kita -- dan kesannya adalah seperti risiko yang saya mentioned earlier.

Cara Terbaik Untuk Meningkatkan Paras HB Dalam Darah

1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
  • Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
  • Daging ayam: bahagian dada
  • Kerang: 20 biji
  • Ikan bilis
  • Hati
  • Kuning telur
  • Buah kering cth: kismis, prun

2. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin, sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan. HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.
sumber: google
Ok. Gambar ini terlampau saintifik. Basically gambar ini menerangkan bahawa zat besi (Fe) sangat penting untuk pembentukan HB. So, bagi mereka yang mempunyai kadar HB kurang dari sepatutnya boleh lah mencari diet yang mempunyai zat besi yang tinggi dan perlu diingatkan sekali lagi untuk mengambil zat besi bersama vitamin C kerana vitamin C membantu penyerapan zat besi dengan sempurna. :)


p.s: Maafkan entri yang bersifat nerd ini. Can't help it. Haha