Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Sunday, June 11, 2017

Bulan Ramadan dan Menyusu Badan

Assalamualaikum dan hai semua!

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-16 Ramadan. Maknanya dah 16 hari lah kita puasa kan? Ada ke yang terlebih hari puasa? Hihihi... kalau yang kurang tu, kita faham-faham lah kan. :)

Alhamdulillah setakat ini saya pun masih berpuasa penuh. Belum ada hari yang tertinggal atau ditinggalkan. Setiap hari berdoa agar amalan setiap hari yang tak seberapa ni diterima Allah. Harap makin hampir penghujung Ramadan dapat lah pertingkatkan lagi amalan.

Tahun ni, kali pertama saya berpuasa sambil menyusu badan sepenuhnya. Sebelum ni menyusu juga, tapi Ramadan pertama dengan Nourah, masa tu tengah berpantang. Sempat puasa dalam berapa hari je. Kemudian tahun depannya Nourah dah satu tahun, maknanya dia dah mula makan dan kurang menyusu badan. Kurang sikit cabaran berpuasa sambil menyusu.

Puasa kali ni, Raudah baru lima bulan, masih menyusu badan sepenuhnya dan saya tak bekerja. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan berpuasa kali ni. Raudah tak banyak ragamnya. Cerita dengan suami, Raudah kurang menyusu bulan puasa ni. Macam tau-tau je yang kita ni tengah puasa. Hihi. Dia punya kurang menyusu tu sampai terasa hampir bengkak susu. -.-'

Kalau nak diikutkan, beberapa bulan sebelum masuk Ramadan ada juga ganti puasa enam hari, tapi bila dah lepas pukul empat petang tu dah mula menggigil lah. Sampai nak mandikan Nourah dan Raudah waktu petang pun tak larat. Memang terasa haus dan kering betul. So sebelum masuk Ramadan hari tu ada juga rasa sedikit nervous, what to expect puasa kali ni?

Surprisingly, alhamdulillah setiap hari rasa gembira (Haha?) dan bertenaga. Siap boleh berlari dan naik turun tangga. Cuma ada la sekali sekala bila baring untuk menyusu tu terlelap juga. Itu kalau tak puasa pun selalu sangat terjadi. Hihi.
-
-
By the way, ingat lagi tak entri saya berkenaan rambut gugur? Klik sini untuk membaca entri tersebut. Apa yang saya ambil, itulah juga yang saya amalkan di bulan puasa walaupun ada set untuk berpuasa. Beli banyak-banyak yang lain, nanti tak habis dah jadi membazir pula.
Apa pun, supplement ni bukan lah boleh buat kenyang sepanjang hari. Saya ambil supplement pun sekadar untuk top up nutrisi je. Ini saya lah... badan korang mungkin lain.
It's all about mindset, niat kita untuk berpuasa dan doa. Mana ada orang puasa tak rasa lapar langsung kan? Kalau tak lapar tu bukan puasa namanya... :P


Rasanya sampai sini dulu lah entri kali ni. InsyaAllah ada masa kita cerita lagi. :D

Wednesday, April 16, 2014

Tips Kekal Cergas di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

OK, hari ni kita back to business again! Hehe...

Topik hari ni masih lagi berkenaan bulan Ramadhan. Haihh.. macam dah tak sabar sangat je nak sambut Ramadhan? Hehehe... dah tentu lah. Sebab tahun lepas saya kena berpantang waktu bulan puasa. Rindu pula rasanya puasa di bulan Ramadhan instead of puasa bulan lain (qada' puasa.. Hehe..) So, disebabkan tahun ni pertama kali saya bakal berpuasa sebagai seorang ibu yang menyusu mestilah nak buat persiapan untuk kekal cergas dan bertenaga untuk terus melakukan ibadah.

Maka, saya sudah bersiap sedia dengan supplement dari Shaklee iaitu set Mighty 3 Gems. InsyaAllah kombinasi supplement ini mampu memberi dan mengekalkan tenaga sepanjang hari walaupun berpuasa.



Secara umumnya, kebaikan set ini ialah:
♦ Bertenaga sepanjang hari
♦ Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
♦ Memelihara kesihatan secara menyeluruh

Meal Shakes
  • Memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak - kanak yang sedang membesar dan dewasa untuk kekal sihat dan kuat
  • Sumber pemakanan serat dan protein terbaik
  • Kaya dengan sumber kalsium
Performance Drink
  • OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar
ESP Soy Protein
  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung
  • Mebantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
  • ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam - jam lamanya
Dan set ini bukan sahaja untuk bulan puasa pun, set ini juga sesuai untuk semua golongan yang memerlukan tenaga dan penumpuan dalam membuat sesuatu perkara contohnya pelajar, pekerja dan mereka yang melakukan kerja - kerja berat. Maknanya, set ini memang sesuai untuk seisi keluarga dan bila - bila masa lah. :)

Untuk belian, boleh lah hubungi saya terus di 013-7319472 (Nadhira)


Saya Pengedar Sah Shaklee Anda,
Nadhira ♥
013-7319472