Sunday, June 11, 2017

Bulan Ramadan dan Menyusu Badan

Assalamualaikum dan hai semua!

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-16 Ramadan. Maknanya dah 16 hari lah kita puasa kan? Ada ke yang terlebih hari puasa? Hihihi... kalau yang kurang tu, kita faham-faham lah kan. :)

Alhamdulillah setakat ini saya pun masih berpuasa penuh. Belum ada hari yang tertinggal atau ditinggalkan. Setiap hari berdoa agar amalan setiap hari yang tak seberapa ni diterima Allah. Harap makin hampir penghujung Ramadan dapat lah pertingkatkan lagi amalan.

Tahun ni, kali pertama saya berpuasa sambil menyusu badan sepenuhnya. Sebelum ni menyusu juga, tapi Ramadan pertama dengan Nourah, masa tu tengah berpantang. Sempat puasa dalam berapa hari je. Kemudian tahun depannya Nourah dah satu tahun, maknanya dia dah mula makan dan kurang menyusu badan. Kurang sikit cabaran berpuasa sambil menyusu.

Puasa kali ni, Raudah baru lima bulan, masih menyusu badan sepenuhnya dan saya tak bekerja. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan berpuasa kali ni. Raudah tak banyak ragamnya. Cerita dengan suami, Raudah kurang menyusu bulan puasa ni. Macam tau-tau je yang kita ni tengah puasa. Hihi. Dia punya kurang menyusu tu sampai terasa hampir bengkak susu. -.-'

Kalau nak diikutkan, beberapa bulan sebelum masuk Ramadan ada juga ganti puasa enam hari, tapi bila dah lepas pukul empat petang tu dah mula menggigil lah. Sampai nak mandikan Nourah dan Raudah waktu petang pun tak larat. Memang terasa haus dan kering betul. So sebelum masuk Ramadan hari tu ada juga rasa sedikit nervous, what to expect puasa kali ni?

Surprisingly, alhamdulillah setiap hari rasa gembira (Haha?) dan bertenaga. Siap boleh berlari dan naik turun tangga. Cuma ada la sekali sekala bila baring untuk menyusu tu terlelap juga. Itu kalau tak puasa pun selalu sangat terjadi. Hihi.
-
-
By the way, ingat lagi tak entri saya berkenaan rambut gugur? Klik sini untuk membaca entri tersebut. Apa yang saya ambil, itulah juga yang saya amalkan di bulan puasa walaupun ada set untuk berpuasa. Beli banyak-banyak yang lain, nanti tak habis dah jadi membazir pula.
Apa pun, supplement ni bukan lah boleh buat kenyang sepanjang hari. Saya ambil supplement pun sekadar untuk top up nutrisi je. Ini saya lah... badan korang mungkin lain.
It's all about mindset, niat kita untuk berpuasa dan doa. Mana ada orang puasa tak rasa lapar langsung kan? Kalau tak lapar tu bukan puasa namanya... :P


Rasanya sampai sini dulu lah entri kali ni. InsyaAllah ada masa kita cerita lagi. :D

No comments:

Post a Comment