Friday, June 30, 2017

Selamat Hari Raya dan Happy Birthday Nourah

Assalamualaikum and hi!

Selamat hari raya buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
Alhamdulillah selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, akhirnya kita menyambut kemenangan dengan kembali ke fitrah di bulan Syawal. Kemenangan kita melawan nafsu dan mendidik diri untuk menjadi insan yang bertaqwa. InsyaAllah. 

Taqabballahu minna waminkum. 
Didoakan agar segala amalan kita diterima Allah. 
Aminn...

Tahun ni hari raya jatuh pada 25 Jun 2017, which means the same day as Nourah Sumayyah's birthday. Tapi disebabkan hari raya pertama agak sibuk beraya, tak sempat nak sambut birthday Nourah. Kek pun tak beli walaupun Secret Recipe bukan lah jauh sangat dengan rumah Kluang tu. Eh, macam la tak kenal mumu Nourah kan sejenis manusia yang kurang rajin. Haha. Bila rajin nanti mumu celebrate birthday Nourah betul-betul ye? :P


Anyway...
 
Selamat ulangtahun kelahiran yang keempat buat anakanda Nourah Sumayyah.
Mumu sentiasa doakan Nourah menjadi anak yang solehah, yang cergas dan yang kuat. Semoga Allah sentiasa pelihara Nourah dan dijauhkan dari segala fitnah dan hasutan syaitan. Aminn....

Untuk Raudah Safiyyah pula, selamat enam bulan (happy six months) baby. Mumu masih gigih belum bagi kamu makan. Semoga bila dah mula makan nanti, cepat-cepat juga dapat bergerak aktif. Mumu risau berat badan awak terlebih je nanti. Mumu dah tak larat nak dukung. Haha

No comments:

Post a Comment