Showing posts with label supplement. Show all posts
Showing posts with label supplement. Show all posts

Sunday, June 11, 2017

Bulan Ramadan dan Menyusu Badan

Assalamualaikum dan hai semua!

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-16 Ramadan. Maknanya dah 16 hari lah kita puasa kan? Ada ke yang terlebih hari puasa? Hihihi... kalau yang kurang tu, kita faham-faham lah kan. :)

Alhamdulillah setakat ini saya pun masih berpuasa penuh. Belum ada hari yang tertinggal atau ditinggalkan. Setiap hari berdoa agar amalan setiap hari yang tak seberapa ni diterima Allah. Harap makin hampir penghujung Ramadan dapat lah pertingkatkan lagi amalan.

Tahun ni, kali pertama saya berpuasa sambil menyusu badan sepenuhnya. Sebelum ni menyusu juga, tapi Ramadan pertama dengan Nourah, masa tu tengah berpantang. Sempat puasa dalam berapa hari je. Kemudian tahun depannya Nourah dah satu tahun, maknanya dia dah mula makan dan kurang menyusu badan. Kurang sikit cabaran berpuasa sambil menyusu.

Puasa kali ni, Raudah baru lima bulan, masih menyusu badan sepenuhnya dan saya tak bekerja. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan berpuasa kali ni. Raudah tak banyak ragamnya. Cerita dengan suami, Raudah kurang menyusu bulan puasa ni. Macam tau-tau je yang kita ni tengah puasa. Hihi. Dia punya kurang menyusu tu sampai terasa hampir bengkak susu. -.-'

Kalau nak diikutkan, beberapa bulan sebelum masuk Ramadan ada juga ganti puasa enam hari, tapi bila dah lepas pukul empat petang tu dah mula menggigil lah. Sampai nak mandikan Nourah dan Raudah waktu petang pun tak larat. Memang terasa haus dan kering betul. So sebelum masuk Ramadan hari tu ada juga rasa sedikit nervous, what to expect puasa kali ni?

Surprisingly, alhamdulillah setiap hari rasa gembira (Haha?) dan bertenaga. Siap boleh berlari dan naik turun tangga. Cuma ada la sekali sekala bila baring untuk menyusu tu terlelap juga. Itu kalau tak puasa pun selalu sangat terjadi. Hihi.
-
-
By the way, ingat lagi tak entri saya berkenaan rambut gugur? Klik sini untuk membaca entri tersebut. Apa yang saya ambil, itulah juga yang saya amalkan di bulan puasa walaupun ada set untuk berpuasa. Beli banyak-banyak yang lain, nanti tak habis dah jadi membazir pula.
Apa pun, supplement ni bukan lah boleh buat kenyang sepanjang hari. Saya ambil supplement pun sekadar untuk top up nutrisi je. Ini saya lah... badan korang mungkin lain.
It's all about mindset, niat kita untuk berpuasa dan doa. Mana ada orang puasa tak rasa lapar langsung kan? Kalau tak lapar tu bukan puasa namanya... :P


Rasanya sampai sini dulu lah entri kali ni. InsyaAllah ada masa kita cerita lagi. :D

Monday, May 22, 2017

Masalah Rambut Gugur Lepas Bersalin

Assalamualaikum dan hai,

Nak tanya ni... siapa yang ada masalah sama macam ni?
Rambut gugur lepas bersalin. Biasanya lepas habis pantang lah.
Dan biasanya bila anak dah mula pandai menyembur-nyembur...
Selalu kan dengar mak-mak atau orang tua cakap, bila nampak baby menyembur je, mesti cakap, "Habislah rambut mak kau gugur..."
Haaa... this is what I've been going through right now.

Source: Google

Adui laa... rambut gugur macam tiada belas kasihan. Pantang pegang atau sentuh sikit, ada je yang gugur atau melekat di celah-celah jari.
Nourah dah bising juga bila setiap benda yang dia pegang kat dalam rumah ni mesti ada rambut. Hahaha... rimas kot!!
Nasib baik masa masak tak ada rambut yang masuk dalam lauk. Kalau ada, memang kena pakai serkup kepala la bila masak. Hehe.

Haritu geram juga. Lepas shampoo rambut, nak sikat. Tapi terasa ada gumpalan kusut kat rambut. Terus rasa fobia nak sikat. Takut kalau sikat gumpalan tu, nanti rambut semua tercabut. Sudahnya, saya ambil gunting terus potong pendek. Hahahaha...

Nak tau tak?
Rambut yang gugur adalah normal. Average around 50-100 helai rambut.
Tapi untuk wanita kalau dah terlalu banyak yang gugur, terutama lepas bersalin maknanya ada dua kemungkinan:
1. Perubahan hormon dalam badan
2. Kekurangan protein, iron dan zink

Lepas bersalin, obviously hormon akan berubah. Mengikut info di babycenter.com,  average rambut yang gugur adalah lebih kurang 500 helai rambut. Dan perkara ini adalah normal. It will be back to normal soon. Biasanya ambil masa lebih kurang enam ke 12 bulan lepas bersalin. Jangan terlalu stress dengan rambut gugur ni because it will become worst. Kalau rasa kurangkan shampoo dan sikat rambut dapat mengurangkan rambut yang gugur, then do it. Tapi jangan pula sampai tak jaga kebersihan kepala tau.

Lagi satu faktor keguguran rambut juga ialah kekurangan protein, iron dan zinc. Biasalah bila mengandung dan bersalin, ada saja nutrien dan vitamin yang makin berkurang. Untuk pengetahuan, setiap sel tubuh dan rambut kita adalah dari protein. Sebab itu lah pengambilan protein sangat penting. Kalau waktu mengandung ambil protein untuk pertumbuhan bayi... lepas bersalin pun boleh teruskan je. Banyak sel dalam badan yang perlu diperbaiki kan.

Ini adalah supplement yang saya consume sekarang ni.


ESP sebagai sumber protein yang baik sebab dari tumbuh-tumbuhan.
B-complex, terutama Biotin dan Pantothenic Acid (B5), membantu pertumbuhan rambut.
Vitalea pula mengandungi iron dan zinc yang mana kedua-dua ini menguatkan struktur rambut dari folikel. Seeloknya ambil sekali vitamin C kerana vitamin C membantu penyerapan iron.

Bila consume supplement yang baik, insyaAllah masalah rambut gugur dapat diatasi dan rambut yang baru tumbuh lebih sihat.

=========

Jika berminat untuk mencuba set ini, boleh hubungi saya terus.
Whatsapp 013-7319472 (Nadhira).
Your trusted Shaklee Independent Distributor.