Showing posts with label Performance Drink. Show all posts
Showing posts with label Performance Drink. Show all posts

Monday, June 16, 2014

Elakkan Dehidrasi di Musim Panas

Assalamualaikum,

Semalam baca entry Amanda Suria berkenaan Tips Kurangkan Kesan Akibat Cuaca Panas. Memandangkan sekarang kita perlu lebih berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak akibat el-nino, maka antara cara untuk mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca yang melampau ini ialah:

Anda perlu:
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. JANGAN tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Seboleh - bolehnya berada di dalam rumah/bangunan.
  • Hadkan aktiviti luar.
  • Kerap berehat.
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda.
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar.
Elakkan:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas.
Jika anda mempunyai tanda - tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, INGAT tip - tip ini:
  1. Keluar dari kawasan yang panas
  2. Tanggalkan pakaian yang ketat
  3. Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  4. Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  5. Minum air setiap 15 minit
  6. Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Bahaya jika kita tidak ambil peduli dengan cuaca panas sekarang ini kerana kesannya kita mungkin akan mengalami strok haba. Maka sebagai langkah berjaga - jaga, saya dah siap sedia beli Performance Drink dari Shaklee.

Performance Drink

Performance Drink Shaklee ini merupakan minuman isotonik seperti 100 Plus tu. Tapi minuman ini tiada karbonat dan gula berlebihan. Maka ia merupakan minuman yang sihat dan sesuai untuk semua terutama para atlet.

Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:

  1. Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
  2. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  3. Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  4. Para pesakit yang menghidap gout.
  5. Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  6. Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  7. Anak-anak yang demam.
  8. Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  9. Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.
Performance Drink terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.


Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™
proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

So, sesiapa yang berminat untuk mencuba Performance Drink ini, boleh lah hubungi saya dengan menghantar pesanan melalui whatsapp atau telegram ke 013-7319472. Harga yang berpatutan iaitu cuma RM82.50 sahaja. Memandangkan bulan puasa pun dah tak lama, boleh lah buat stok untuk diminum ketika bersahur atau berbuka nanti. InsyaAllah anda akan rasa perbezaannya.


Your Shaklee Independent Distributor
013-7319472
Nadhira ♥

Wednesday, April 16, 2014

Tips Kekal Cergas di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

OK, hari ni kita back to business again! Hehe...

Topik hari ni masih lagi berkenaan bulan Ramadhan. Haihh.. macam dah tak sabar sangat je nak sambut Ramadhan? Hehehe... dah tentu lah. Sebab tahun lepas saya kena berpantang waktu bulan puasa. Rindu pula rasanya puasa di bulan Ramadhan instead of puasa bulan lain (qada' puasa.. Hehe..) So, disebabkan tahun ni pertama kali saya bakal berpuasa sebagai seorang ibu yang menyusu mestilah nak buat persiapan untuk kekal cergas dan bertenaga untuk terus melakukan ibadah.

Maka, saya sudah bersiap sedia dengan supplement dari Shaklee iaitu set Mighty 3 Gems. InsyaAllah kombinasi supplement ini mampu memberi dan mengekalkan tenaga sepanjang hari walaupun berpuasa.



Secara umumnya, kebaikan set ini ialah:
♦ Bertenaga sepanjang hari
♦ Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
♦ Memelihara kesihatan secara menyeluruh

Meal Shakes
  • Memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak - kanak yang sedang membesar dan dewasa untuk kekal sihat dan kuat
  • Sumber pemakanan serat dan protein terbaik
  • Kaya dengan sumber kalsium
Performance Drink
  • OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar
ESP Soy Protein
  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung
  • Mebantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
  • ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam - jam lamanya
Dan set ini bukan sahaja untuk bulan puasa pun, set ini juga sesuai untuk semua golongan yang memerlukan tenaga dan penumpuan dalam membuat sesuatu perkara contohnya pelajar, pekerja dan mereka yang melakukan kerja - kerja berat. Maknanya, set ini memang sesuai untuk seisi keluarga dan bila - bila masa lah. :)

Untuk belian, boleh lah hubungi saya terus di 013-7319472 (Nadhira)


Saya Pengedar Sah Shaklee Anda,
Nadhira ♥
013-7319472