Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Monday, May 5, 2014

Homemade Masker

Assalamualaikum,

Hehehe. Selamat hari Isnin semua! Walaupun dah lepas waktu lunch, tapi mood nak berblogging masih tak datang lagi. Niat nak cerita pasal Pesta Buku kat PWTC pun terbantut sebab lupa nak transfer gambar ke laptop. So, marilah kita bercerita tentang kecantikan.

Siapa lah yang tak suka bercantik - cantik kan? Kalau hujung minggu tu tak ada buat apa, check dapur bahan - bahan lengkap (sebab tak perlu bahan yang banyak sangat), so boleh lah kita buat masker ni. Hihihi.


Saya pernah buat oat + yogurt + madu ni. Lepas tu saya pakaikan masker kat muka suami. Lepas cuci, dia kata best. Tapi waktu tu zaman berdua. Dah ada anak ni, tak menyempat nak buat. Haha.



Haa... senang kan? Semua bahan ada kat dapur. Kalau sesiapa yang ada ESP tu pun boleh la buat masker juga. ESP + yogurt pun dah cukup. Kalau nak tambah madu ke, oat ke, apa - apa la yang korang rasa sedap, pun boleh. Hahaha. Macam nak makan pula ye?

Selamat mencuba! ;)