Showing posts with label segment. Show all posts
Showing posts with label segment. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

The Liebster Award ~ Soalan Dari Aniesa Ahmad

Assalamualaikum,

Benda yang paling tak disangka - sangka...

ialah.....

... apabila blog di tag.....

Ye... sebab sepanjang menceburkan diri dalam dunia blogging, belum pernah orang tag saya. So, adakah ini rezeki? Hahaha... terima kasih adik Aniesa. Susah - susah je tag akak. Hahahaih... soalan yang diajukan agak mencabar. Tapi tak apa, kita cuba... hehe.

Bismillahirrahmanirrahim...

1.   Apa yang anda faham tentang '' KELUARGA'' ?
Keluarga ialah satu 'organisasi' yang mempunyai ayah, ibu dan anak/ anak - anak yang sentiasa dipenuhi dengan perasaan kasih sayang.

2.   Dalam banyak-banyak Blogger, Blogger mana yang paling anda suka ?

Yang paling suka ialah blogger Fatin Liyana, sebab dia comel? Hehe

3.   Kenapa anda berblogging ?
Asalnya berblogging kerana ingin menjadikan blog sebagai diary online. Tapi sekarang blog dijadikan sebagai medium untuk berniaga dan tambah kenalan.

4.   Video yang paling anda minati ? Alasan.

Video apa ye? Video berkenaan babies and animals, boleh? Sebab mereka ialah creatures yang paling comel dan innocent. Hehehe. Kalau video muzik, dah lama tak tengok. Hehehe.

5.    Antara ayah dan ibu yang mana paling anda takut ? Sebab ?
Mestilah ayah... sebab ayah garang. Walaupun dia bukan marah, tapi tone suara beliau mampu menggugurkan jantung dan air mata tak semena - mena. :P

6.   Diantara makan dan tidur, yang mana satu anda pilih ?
Makan!!... walaupun time tu tengah mengantuk, sanggup makan dulu bila makanan dah terhidang. Unless kalau dah tertidur tu, memang tidur terus lah. Heh

7.   Cikgu yang paling anda ingati . kenapa ?
Cikgu English - Teacher Khairul Bariyah aka Teacher KB. Sebab saya suka English and she was the coolest teacher I've ever remembered. Hehe

8.   Jika diberi peluang untuk mengundur masa ke masa lalu, apakah anda akan pulang ke masa lalu ?
If this question was asked few months back, maybe I will say yes. Tapi sekarang, saya akan jawab tidak sebab sekarang dah mula faham hikmahnya. ;)

9.   Apakah jasa sahabat, yang tidak pernah dilupakan ?
Ya Allah... lupaaaa... adakah ini bermakna saya tak kenang jasa atau kawan tak pernah berjasa? Hahaha

10.   Apakah yang ingin anda capai dalam masa 5 Tahun ?
Mempunyai sebuah rumah sendiri dan bisnes yang kukuh.

11.   Antara ilmu dan harta yang mana satu pilihan anda ?
Ilmu... sebab dengan ilmu kita boleh kumpul harta. Walaupun dengan harta kita boleh cari ilmu. Tapi peluang untuk mendapatkan ilmu dari seorang guru yang bagus tak selalu ada.

Fuuuhhh.. selesai sudah. Huhu.

OK... dan sekarang soalan dari saya pula....

1. Apakah achievement paling hebat sekali pernah korang achieve? Tak kisah la as a student ke, as a random citizen, as a worker etc.
2. Jika korang mempunyai hobi membaca, buku apa yang korang akan suggest orang lain untuk baca?
3. Ceritakan pengalaman paling menakutkan yang pernah korang hadapi.
4. Jika berpeluang, negara mana yang korang teringin sangat nak travel?
5. Permainan apa yang korang suka main? Bukan video / computer game, tapi real life game.
6. Pandai bermain alat muzik?
7. Apakah nasihat (dari sesiapa) yang paling korang tak boleh lupa?
8. Setiap kali baca blog, blog siapakah yang korang akan buka dulu atau yang korang bookmark as favorite?
9. Apakah perkara paling mengharukan seseorang pernah buat untuk korang?
10. Korang pernah curi - curi makan waktu puasa dulu - dulu tak? Haha
11. Apakah cita - cita korang?

Nak tag siapa ni? Tak tau lah. Tengok dalam blog list saya semua macam dah pernah tag je liebster award ni.
Nak tag lagi, kesian pula nak kena jawab banyak soalan.Siapa - siapa yang nak jawab, boleh la kot jawab soalan saya ni. Kot - kot salah satu soalan tu boleh jadi  idea untuk tulis next entry ke. Pun boleh la.. hehehe... nanti saya baca. :)

Thursday, May 15, 2014

Segmen Blogger Aktif

Assalamualaikum,

Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship ♥
InsyaAllah


klik banner untuk join the community :D

good luck !


Tuesday, April 29, 2014

Pemenangnya Ialah...

Assalamualaikum,

Pertama sekali, saya nak minta maaf banyak - banyak sebab dah mungkir janji. Sepatutnya nak announce nama pemenang NS Dreams Giveaway semalam, tapi tak sempat sebab terpaksa ke hospital. Dah ada dah list nama pemenang, dan dah inform mereka untuk bagi saya details cuma belum sempat buat official announcement.

Sebelum announce nama pemenang, nak ingatkan lagi sekali seperti yang saya nyatakan dalam entry giveaway sebelum ini pemenang dipilih berdasarkan pemilihan secara random. Setiap kertas saya tulis nombor sahaja dan nombor - nombor tu berdasarkan senarai nama peserta yang saya tulis di entri sebelum ini.

Nombor bertuah ini dicabut oleh anak saya. :D


Dan nombor - nombor yang telah terpilih ialah:


Pemilik nombor - nombor ini ialah ...


31: anem zahar 

Ok. Sepatutnya seorang pemenang terima blouse. Tapi disebabkan sambutan yang saya tak sangka menggalakkan, saya pilih tiga pemenang untuk blouse. :D

Bagi pemenang yang belum memberi details, sila sms atau whatsapp ke 013-7319472. Berikan info Nama Penuh, Alamat dan No Telefon.

Tahniah buat pemenang bertuah dan terima kasih untuk semua yang sudi join GA NS Dreams. Ada rezeki lain, mungkin saya akan buat lagi. InsyaAllah. :)

Saturday, April 26, 2014

Segmen Giveaway NS Dreams Tamat!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Tamat sudah segmen giveaway yang saya anjurkan. Tak disangka - sangka rupanya mendapat sambutan. Boleh tak waktu awal - awal tu saya expect dalam 20 orang je yang join. Hahaha. Dan walaupun syarat - syarat tidak memerlukan korang untuk follow blog ini, tapi ada juga yang sudi follow. Terharu saya... :') Harap - harap entry saya bermanfaat.

Ok. Ini adalah list peserta - peserta GA. Salam perkenalan buat semua.
  1. Amanda Suria
  2. Misz Sheyla
  3. Kisah Nenot
  4. Ain Eddihar
  5. azman Arsad
  6. adna^madhiha^
  7. Bbwana adienia
  8. Karimah Zulkafali
  9. Aimifiqa
  10. Dreamland
  11. Pororo Cute
  12. SSurianah Yana
  13. Anisyamir Leejo
  14. DilaDelilaa
  15. Aisyah Ambris
  16. nana kimie
  17. Eynaaa
  18. NOR ROSZANA RAHIM
  19. Fiza Basman
  20. dilakhir
  21. Tika Husna
  22. Ayu Ammeran
  23. nur azrina
  24. Intan Safiya Nor Azuairi
  25. N-fiq :D 
  26. Amer Amirah
  27. Cik Eff
  28. eyqa yushaiza
  29. nur hanan aqilah
  30. Anis Aisyah
  31. anem zahar
  32. Firzanah Azhar
  33. Mrs. Hero
  34. Atiqah Amelya
  35. Noor Izwani Eliyana
  36. shahida rahim
  37. Noor Najwa
  38. Aisya 사구라
  39. Darling Ninie
  40. Mama Darwiish
  41. ♔ Ryna Luvie ♔
  42. Nur Madihah 
  43. Sara Yasmine 
  44. pena berceloteh 
  45. Cik Yaya
  46. NURUL AQIDAH AZAHAR
  47. Miss Anonymous
  48. Fatin Roslan
  49. Dahlia Daffodil
  50. need
  51. Maliha ♥
  52. Tashira Sha
  53. Norani Shuhada Blogspot
  54. miss miew
  55. ciknadrahismail
  56. aniesa ahmad
  57. ecah khalili
InsyaAllah, hari Isnin (28 April) nanti saya akan umumkan nama pemenang.
Harap bersabar ye... :)

Terima kasih lagi sekali.