Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Wednesday, November 16, 2016

Resepi Scones Paling Mudah

Assalamualaikum dan hai semua!

Bila jadi surirumah ni, dah tentu lah selalu duduk kat rumah je. Lepas tu, tambah pula musim sekarang ni setiap hari atau petang mesti nak hujan, dan tentu perut ni sentiasa rasa lapar. So, haritu saya dan Nourah sama-sama lah buat scones. Idea nak buat scones ni pun dapat bila Nourah buka buku Hello Kitty dia, ada resepi scones. Tengok bahan-bahan mudah dan semua ada kat rumah, so berprojek lah kita.

My Little Helper

Bila post kat Facebook, ada la a few yang comment rindu nak makan scones di Cameron Highland. Cuaca sejuk, scones dan strawberry jam serta hot tea... amboiiii.. sedap sungguh. Tapi ada yang kata mahal. Pelik pula sebab bahan dan cara nak buat bukan main senang lagi.

Secara jujurnya saya ni tak pernah pun merasa scones. Masa buat scones tu pun, main agak-agak je. Sebab tak pernah tengok orang buat scones depan mata. Kalau pernah tengok orang buat scones, masa pukul batter tu kita boleh lah nak agak dah cukup kembang ke, apa ke kan. Masa first time buat tu, tak berapa menjadi sangat. Waktu bakar, scones tak kembang naik... mungkin sebab masa masukkan butter, masih keras so dia berketul-ketul -- pukul tak rata lah kot.

 Disebabkan first trial tak berapa menjadi, dengan keazaman yang membara, saya pun buat scones sekali lagi. Kali ni siap tengok kat YouTube macam mana orang buat scones.
Dan alhamdulillah nampak cantik dari sebelum ni. Hihihi.


So, resepi paling mudah untuk membuat scones adalah:

Bahan yang diperlukan
  • 225g tepung naik sendiri (Self Raising Flour)
  • A pinch of salt
  • 55g butter
  • 25g gula kastor
  • 150ml susu segar

Cara membuat
  1. Panaskan oven dengan suhu 220C dan sediakan dulang pembakar yang telah disapu minyak atau butter.
  2. Gaulkan bersama tepung dan garam beserta butter, hingga sebatian berbentuk seperti serbuk roti (breadcrumbs).
  3. Masukkan gula dan susu sedikit demi sedikit dan gaul sehingga membentuk adunan doh yang lembut.
  4. Letakkan doh di atas permukaan yang ditabur tepung.
  5. Anda boleh guna roller untuk meratakan doh sehingga ketebalan lebih kurang 2cm. Kemudian, gunakan cetak (cutter) berbentuk bulat dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah disapu minyak tadi.
  6. Sapu sedikit susu di atas scones tadi dan kemudian masukkan ke dalam oven untuk dibakar lebih kurang 12-15 minit atau sehingga scones kelihatan keperangan.
  7. Letakkan di atas rak untuk disejukkan.
Tu saja caranya. Mudah sangat kan? Nourah tak nak buat bentuk bulat... dia suka sangat bentuk bintang. Hehe.

Lepas ni, boleh la buat scones untuk minum petang di kala hujan. Sapukan dengan jem kegemaran dan hidang bersama teh panas. Yummy!~ :D

Thursday, June 5, 2014

Minat Yang Terpendam - Hobi Bercucuk Tanam

Assalamualaikum,

Sebenarnya, bukan terpendam... tapi terpaksa pendam. Hahaha...

Saya suka bercucuk tanam. Dari kecil dulu, setiap kali makan buah, selalu saya campak biji buah tu ke tanah dengan harapan tumbuh membesar. Pernah pokok rambutan mula bercambah, tapi tak tau lah siapa yang dengki sangat cabut pokok tu. Dulu yang dah biasa makan hasil tanaman campak biji ni, betik lah.

Kalau kat rumah ibu, pokok yang wajib ada ialah limau purut, kunyit, daun pudina, pokok kari dan daun pandan. Disebabkan tinggal kat apartment, agak terhad sikit lah pokok yang boleh ditanam. Kalau rumah mertua, jenis rumah lot. Dan ayah mertua rajin menanam. Lagi macam - macam yang ditanam. Segala jenis sayur ada. Kalau balik kampung, dapatlah makan lauk sayur fresh. Pokok sawi, kacang panjang, kacang botor, cili padi, ulam raja, pokok pisang, betik... eh banyak lagi lah...

Disebabkan saya pun suka juga bercucuk tanam, bila dah ada rumah sendiri ni, walaupun tinggal di apartment, saya tetap juga beli pokok yang memberi hasil. Saya beli pokok limau purut (tapi hampir setahun tak berbuah pun), limau kasturi (yang ini dah banyak hasil), daun pudina. Alhamdulillah tangan ni memang sesuai, orang kata tangan hijau? tangan sejuk? Kiranya, asal tanam insyaAllah menjadi lah.

 Limau kasturi baru nak berbuah.. :)

Limau purut yang malu - malu nak berbuah.

Haritu beli labu untuk buat puri Nourah. Dan bijinya saya campak je dalam pasu. Tak sangka bercambah, dan cepat pula tu! Sejak hari tu, baru saya tau benih labu memang bercambah cepat. Tapi sebabkan labu ni jenis melingkar, saya tak dapat nak sediakan ruang dan tanah yang cukup untuk labu tu hidup. Setakat dapat lihat bunga berkembang je. Lepas tu satu pokok tu layu dan mati. Huhuhu.

Benih labu mula bercambah lepas dua ke tiga hari saya campak ke tanah. Belakang tu lah pudina yang saya beli kat pasar tani. Dan pokok bunga tu suami saya yang nak. Haha.

 Setelah beberapa bulan, saya pindahkan pokok labu ke pasu yang panjang. Waktu ni menunggu masa untuk bunga mengembang.

Bunga dah mengembang, tapi untuk seketika saja. Lepas tu satu pokok ni mati. Tak sempat nak tengok macam mana labu berbuah.

Kemudian, saya ada beli benih dari blog tanam sendiri. Antara benih yang saya beli ialah cili merah, cili padi, tomato ceri, timun dan asparagus (sebab rindu nak makan asparagus. Hahaha). Setakat yang saya dah tanam benih tomato, timun, cili merah dan cili padi. Tapi yang dah tumbuh tinggi pokok tomato lah. Excited kot! Harap membesar dengan jayanya.

Saya tanam dua benih dalam satu pasu. Nanti dah besar sikit lagi, kena pindahkan satu pokok ke pasu lain.

Inilah hobi saya. Setiap kali rasa tak best, mesti saya duduk tengok pokok - pokok saya. Tengok pokok membesar sama excited macam tengok anak membesar. Masing - masing kita mengharapkan hasil yang bermanfaat. Amboi, perumpamaan... hahaha.



Oklah. Ni saja cerita untuk hari ni. Sebenarnya blur nak update cerita apa kat blog harini. Hihihi. ;P