Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, November 10, 2016

Betul ke Mengidam?

Assalamualaikum dan hai!

Sama ada mengandung atau pun tidak, setiap orang mesti akan mengalami perasaan mengidam kan? Selalunya perempuan lah yang mengidam ni, lelaki ada ke? Mungkin ada la kot, tapi diorang boleh cari sendiri. Kita yang perempuan ni selalu bila mengidam la konon nak bermanja dengan boyfriend atau suami. Hahaha.

Perempuan mengidam paling teruk bila mengandung, betul?

Dalam circle saya, paling terkejut pernah saya dengar setakat mengidam daging landak je lah kot. Yang lain-lain tu ada yang kuat shopping contoh beli lipstick banyak-banyak (padahal tak guna pun), beli kasut dan lain-lain, ada yang suka bau ketiak suami, ada juga yang suka bau sabun.

Paling extreme, pernah terbaca kat Facebook, ada yang mengidam nak minum Clorox!!! Ya Allah, itu tak tau lah mengidam tahap apa. Hahaha. Alhamdulillah lah setakat ni saya tak pernah mengidam pelik-pelik sepanjang mengandung untuk kedua-dua anak.

Ok, harini saya nak berkongsi tentang mengidam makanan saja lah. Mengikut apa yang saya baca, mengidam atau cravings ni selalunya disebabkan kita tak cukup nutrient atau vitamins dalam badan kita. Kalau kita perhati betul-betul pun, biasanya benda yang kita craving adalah makanan yang kurang berkhasiat.

So, macam mana kita nak atasi masalah mengidam ni? Sila perhatikan gambarajah di bawah betul-betul. Contoh yang dialami oleh saya sendiri ialah, chocolate. Sejak sebulan dua ni saya amalkan pengambilan magnesium (saya akan ceritakan tentang magnesium di entri lain). Saya perasan juga kalau beberapa hari saya tak ambil magnesium, memang saya akan mencari-cari chocolate untuk dimakan. Siapa je yang tak hantu chocolate kan? Kalau ambil magnesium, saya masih boleh kawal nafsu dari makan chocolate.

Sumber: Pinterest

Lepas ni boleh lah check semula pemakanan harian kita. Adakah cukup sumber nutrient atau vitamin yang diperlukan oleh badan? Kalau ada rasa mengidam tu, cuba untuk perbaiki makanan harian dan lihat hasilnya. Tak salah pun kalau nak makan segala manisan, makanan berproses dan berminyak... tapi kalau kita boleh kurangkan atau elakkan, kenapa tidak?

Semoga gambarajah ini membantu anda yang berikhtiar untuk mendapatkan kesihatan dan berat badan yang ideal. :)

Friday, May 30, 2014

Mata Sihat dan Kulit Cantik dengan CAROTOMAX®

Assalamualaikum,

Mata sihat? Kulit cantik? Aaaahh... Shaklee kau ni semua pasal kulit cantik. Sikit - sikit kata yang ini atau yang itu dapat kulit cantik. Betul ke tidak ni?

Haa... takkan tak percaya? Mesti lah betul... kalau sel - sel dalam badan kita sihat dan cukup nutrien, insyaAllah boleh nampak hasil luaran. Dan obviously kita boleh nampak di kulit kita.

Macam mana pula mata pun boleh sihat dalam masa yang sama kulit cantik?

OK.. Kali ni saya nak cerita tentang CAROTOMAX®. Bila sebut CAROTOMAX® ni, apa benda pertama yang korang terfikir? Lobak kan, sebab bunyinya macam carrot. Hehe. Betul la tu... dan salah satu fungsi lobak adalah untuk mendapatkan mata yang sihat dan mengelakkan masalah rabun.


 Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX® merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX® menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:
  • meningkatkan tahap penglihatan - baik untuk mereka yang menghadapi masalah rabun, silau, masalah mata yang kering, mata yang lesu, katarak.
  • Membantu pembentukan membran mukus.
  • Membantu mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat.
  • Kerana ada unsur Astaxanthin yang anti-oksidan, ia menjadikan kulit lebih cantik dan awet muda.
  • Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, tomato, bayam, kentang dan lain-lain sayuran.
  • CAROTOMAX® atau Vitamin A ini mampu menguatkan tulang, menguatkan akar rambut.

Saya dah selamat habiskan satu botol ni. Tapi... tak pasti pula apa perubahan kat saya. Saya memang tak rabun, dan memang dah sedia cantik pun. Bahahaha... perasan nya.. :P Sebenarnya saya beli ni nak suruh suami makan, sebab dia rabun malam. Tapi faham - faham je lah, tak semua lelaki yang health conscious. Ppfftt!~ Sudahnya saya yang habiskan.

Tak apa, kita test pula kat adik beradik lain yang rabun pula.  Hee~ tapi kalau nak baca testimonial orang lain, rasanya ada je kalau google. Tapi saya ni suka nak dapatkan hasil depan mata sendiri.

Siapa yang nak dapatkan benefit CAROTOMAX® ni, boleh hubungi saya melalui whatsapp atau telegram di 013-7319472. InsyaAllah saya boleh bantu anda.


0137319472
Nadhira ♥
Pengedar Sah Shaklee Pilihan Anda