Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

Ramadhan: Care For Hunger

Assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik tinggal tak sampai sebulan pun nak masuk Ramadhan. Dan seperti biasa, Islamic Relief setiap tahun melaksanakan program kemanusiaan. Untuk kali ini, program Ramadhan: Care For Hunger iaitu merupakan program bantuan pek makanan yang akan diberikan kepada penerima manfaat yang telah ditentukan oleh IRM sepanjang bulan ramadhan ini.

Program Ramadhan: Care For Hunger adalah satu projek bermusim yang dilaksanakan oleh Islamic Relief di seluruh dunia dengan tujuan untuk membekalkan bantuan makanan asas kepada asnaf fakir dan miskin di dalam & luar negara (15 buah negara) semasa bulan Ramadhan. Melalui program ini, penerima manfaat akan dibekalkan dengan pek makanan yang mengandungi makanan asas dan seimbang nutrisinya; karbohidrat, tenaga, protein dan lemak seperti beras, gula, tepung, minyak masak, garam dan lain-lain.

Program Ramadhan: Care For Hunger dijalankan secara serentak melalui cawangan-cawangan Islamic Relief di seluruh dunia termasuk Malaysia. Pek makanan yang diagihkan berisi makanan asasi mengikut kesesuaian budaya dan geografi penduduk di negara tersebut.

Jadual harga pakej Ramadhan Relief mengikut kumpulan negara:-


Setiap pek  dijangka akan dapat menampung bekalan makanan untuk berbuka puasa bagi sebuah keluarga yang terdiri daripada tiga ke lima orang selama satu bulan pada bulan Ramadhan. Penerima manfaat terpilih adalah terdiri daripada golongan fakir, miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim, golongan orang kelainan upaya, warga emas dan golongan yang layak mengikut pemerhatian serta kriteria yang ditetapkan oleh IRM. Sebarang bantuan yang ingin dihulurkan, orang ramai boleh menghubungi pihak Islamic Relief Malaysia di talian 03-89263434 atau klik SINI.

Inilah masanya untuk kita mulakan bersedekah dan menolong mereka yang susah. Niatkan kerana ingin mencari redha Allah, insyaAllah besar ganjaran pahala nya. Tambahan pula, diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."... see? Kan best tu... :D

Anyway, boleh terus ke page Islamic Relief untuk mengetahui pelbagai program yang mereka anjurkan. Klik SINI.
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepada Nya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh” Al – Munafiqoon 63:10

Friday, April 11, 2014

Ramadhan Menurut Al- Quran dan Hadith Sahih

Assalamualaikum,

Saya terima satu email from my friend. So, I thought I would like to share this with you, readers, since Ramadhan pun dah tak lama. Kurang lebih dalam 87 hari saja lagi. Siapa yang masih belum habis ganti puasa, masa ni lah kena speed sikit. Hehehe...


A. KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah swt dan Rasul saw telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya:
1. Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran:

Dalilnya:
Allah berfirman (maksudnya):
"Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.."
[Al-Baqarah: 185]

2. Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr:

Dalilnya:
Allah berfirman (maksudnya):
"Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan"
[Al-Qadr: 1-3]

3. Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka

Dalilnya:
Nabi saw bersabda (maksudnya):
"Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan"
[HR Al-Bukhari: 3277, Muslim: 1079]

B. KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
1. Puasa di Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa:

Dalilnya:
Nabi saw bersabda (maksudnya):
"Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampun
kan baginya dosa-dosanya yang lalu"
[HR Al-Bukhari: 38, Muslim: 175]

2. Puasa di Ramadhan menjanjikan syurga:

Dalilnya:
Nabi saw bersabda (maksudnya):
“Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga"
[HR Al-Bukhari: 2637]
 

So, sama - sama lah kita berdoa agar diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan dan juga banyakkan berdoa agar Ramadhan kalli ini lebih berkualiti dari tahun sebelum. Insya Allah... :)

Tuesday, August 9, 2011

5 Bonus Khas Ramadhan

Assalamualaikum,

Sebagai persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Jom kita check apakah bonus dan kelebihan di bulan mulia ini?


5 bonus khas Ramadhan:

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat2 terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

Bonus 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Bonus 3: Allah memperindahkan syurg-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir2 hamba2-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat)

Bonus 4: Syaitan2 dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan2 selain Ramadhan.

Bonus 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala setelah selesai mengerjakannya)."

Mengenai bonus yang kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada lailatul qadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya."

(riwayat Ahmad)

sumber: majalah solusi

Semoga dengan sedikit info ni, kita lagi bersemangat nak berpuasa dengan penuh ketaqwaan.. insyaAllah. :)