Friday, October 11, 2013

Kisah breastfeeding journey saya :)

Assalamualaikum wbt and hello!

Semalam tergerak hati nak baca blog Rilla. Dan saya terbaca satu post berkenaan susu anak. Saya setuju dengan apa yang cuba Rilla sampaikan dalam entrinya "Susu anak: Ada apa dengan status?". Sekarang ni ramai yang dah semakin aware dengan kebaikan susu ibu. Dan mostly, ramai ibu2 yang bersungguh2 nak berikan anak2 mereka yang terbaik, iaitu dengan memberi susu ibu. Paling penting, 6 bulan pertama tu diberi susu ibu secara eksklusif. Sampai satu tahap, saya tengok ianya bagaikan satu obsesi bagi sesetengah ibu2. Setakat ni, alhamdulillah saya tak pernah jumpa atau dengar orang yang memperkecilkan orang lain yang tak dapat nak breastfeed (BF) anak mereka.

Waktu mengandung dulu, saya memang dah berniat nak beri susu ibu sepenuhnya untuk anak saya. And my husband fully support me. Nurse2 di klinik kesihatan pun memang menggalakkan BF dan mereka siap ajar cara2 nak perah susu. Tapi, waktu tu saya lupa satu perkara- I didn't dig as many knowledge as I should about breastfeeding. Apa yang diajar, itu saja ilmu saya. Saya sangka beri susu ibu ni mudah saja. Rupanya sangkaan saya meleset. Lepas bersalin, saya tak tau cara2 pegang baby ketika menyusu macam mana- actually nurse dah ajar pun tapi lupa. Dan saya tak tau apa yang perlu saya buat bila puting mula melecet dan berdarah. Hari ketiga je, saya dengan berat hati terpaksa beri formula pada Nourah. Takkan nak bagi dia minum susu dengan darah kan? Ingat lagi, waktu susukan dia tu, menitik2 air mata sambil cakap, "maafkan ummu baby". Panggil baby sebab tak ada nama lagi time tu. Hahaha.

Then, saya cuba perah sikit2 susu saya (takut nanti kena bengkak susu). Apa2 hasil yang saya dapat, saya bagi Nourah. Tapi tak cukup juga untuk Nourah. Berapa minggu terpaksa top up dengan formula. Walaupun orang selalu cakap, susu ibu sure punya cukup. But it doesn't apply to all babies and mothers. Nourah minum banyak dan kalau time tu puting berdarah, takkan saya nak bagi susu yang ada darah? So saya fikir, daripada saya stress dengan nak fully breastfeed ni, baik saya buat apa yang saya termampu. Awal2 tu, boleh katakan Nourah lebih formula dari breastmilk. Tak kisah la. At least, dia still dapat khasiat susu ibu, that made me happy. Bila kesihatan saya semakin pulih dan boleh breastfeed, saya start breastfeed sikit2 tapi masih lagi top up dengan formula.

Alhamdulillah sekarang dia lebih banyak minum susu ibu dari formula. Kalau nak kata dalam bentuk ratio, boleh kata 90:10 which is 90 for breastmilk dan 10 for formula. Saya tak ada stok ebm yang banyak2 macam ibu lain. Apa yang saya pam hari ni, dapatlah dalam 15oz, cukup untuk Nourah minum hari esok. Kalau ada lebih pun, dalam 5oz je sebagai spare. Itupun dah cukup bersyukur pun. Yang paling buat saya lega ialah Nourah tiada nipple confusion. Walaupun diberi minum botol seawal tiga hari, dia masih prefer nak menyusu badan. Tapi jangan bagi puting, sampai sekarang dia tak suka puting. Suka sangat buat gaya nak muntah. Haha.

So for all new mothers and mother-to-be out there, sila lah cari ilmu breastfeeding banyak2. Dan kalau tak mampu nak beri susu ibu sepenuhnya pun, jangan rasa down sangat. Usaha mana yang mampu. Kalau sedih dan stress, lagi kurang susu tu. Hihihi. Kalau nak ambil supplement, sila lah ambil. Saya ni pun macam2 dah cuba, makan habbatusauda, kurma, madu, air longan, horlicks, ambil supplement shaklee, halba, air coklat dari the milk story dan yang penting doa kepada Allah. Ingat! Setiap usaha kita tu insyaAllah diberi ganjaran.

 .
.
Edited (25 Oct 2017) : Ilmu baru... kalau ada ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu, tapi masih mahu memberikan susu ibu, mungkin boleh consider untuk mencari ibu susuan. Cari dulu ilmu tentang ibu susuan untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. Kalau boleh, jadikan susu formula tu sebagai last option.

Thursday, March 7, 2013

Baju kurung dan tudung

Seperti  hari - hari biasa, waktu break pagi pukul 10 saya turun makan dengan kakak - kakak kat ofis. Biasanya waktu rehat 30 minit ni boleh dikatakan waktu untuk setiap orang meluahkan perasaan masing - masing. Tapi macam biasa, saya ni cuma diam dan dengar je lah. Unless kalau saya diajukan soalan atau ada apa2 yang saya rasa musykil, barulah saya bersuara. 

So, apa yang baju kurung dan tudung ni?

Ada seorang akak ni cerita, boss dia tiba - tiba tanya kenapa perempuan kena pakai baju kurung dan tudung. Pada pendapat dia, perempuan yang pakai baju kurung sebab nak cover badan yang dah berlapis - lapis, dah gemuk. Pakai tudung pula sebab saja nak ikut fashion (mungkin dia refer kepada hijabista-stylista whatever), tak pun sebab rambut dah berwarna.

Ok.

That moment I was like, jaw dropping juga lah. Akak tu sambung lagi, dia pun memang tak puas hati la sebab boss dia seorang lelaki melayu and obviously seorang yang beragama Islam.

Saya pun memang tak boleh terima bila someone cakap macam tu. Especially bila apa yang diperkatakan adalah suruhan dari Allah. Saya nak cerita lebih2 tentang hukum Allah ni, takdelah reti dan expert. Tapi semua orang sedia maklum bahawa menutup aurat tu wajib. Aaahhh.. sedih pula rasanya. Seorang yang kita anggap dia sebagai seorang imam, yang patut membimbing sanggup memperlekehkan orang yang berbaju kurung dan bertudung?

Sama2 lah kita doakan mereka2 yang begini akan dibuka pintu hati mereka. Kadang2, bukanlah salah dia sepenuhnya. Kita sebagai perempuan pun kalau dah tahu tata tertib pakaian menutup aurat tu macam mana, harap-harap dapat lah kita apply ilmu yang kita tau. Apa yang kita pakai melambangkan siapa diri kita. Jangan jadikan diri kita mangsa fashion. :)

Sunday, August 12, 2012

Di imigresen Kluang

Assalamualaikum wbt and hello peeps!!

Isnin lepas, 6 Ogos Selangor cuti sempena Nuzul Al-Quran... So, saya dan suami decide untuk buat passport on that day (tak nak apply cuti untuk buat passport. Kena save cuti untuk event lain.. huhu). Mula2 ingat nak buat passport kat Sri Rampai je. Tapi since kami balik kampung Kluang weekend tu, kami buat je dekat Pejabat Imigresen Kluang. At first, macam ragu2 juga service kat Kluang ni. Saya siap expect tempat ni mungkin service slow walaupun tak ramai orang. Dan rupanya.......

Oh maafkan saya! Tanggapan saya salah sama sekali... Hahahaha.. Rupanya orang ramai (mostly chinese) dan service seperti yang dijanjikan di pejabat imigresen yang lain - which is, passport siap dalam masa 1 jam selepas pembayaran. *wink wink*

Ada orang tu kata, pukul 7.30am nak tunggu depan pejabat imigresen. Tapi pukul 7.15am tengah tidur lagi.. Hahahaha... In the end, kami keluar rumah pukul 8 lebih (sebab tiba2 saya sakit perut... tapi dah siap awal dah.. betul!). And it was around 8.50am saya ambil nombor lepas dah siap isi borang. Perkara lain yang perlu disertakan dengan borang tu ialah dua keping gambar passport, satu salinan IC (tapi lepas tu dia bukannya perlukan pun. Officer tu minta IC betul je) dan passport lama bagi yang nak renew.

Suami yang excited nak buat passport for the first time. Sanggup beratur dua kali untuk ambil nombor sebab nak ambil gambar... Pfftt!~



1038 nombor saya.. Sekarang dah 1024, ada 14 orang lagi. Tapi tunggu tak lama pun.. Alhamdulillah urusan semua cepat.. :) Borang ni juga borang pertama status perkahwinan saya di tanda di kotak kahwin.Hihihi. ;P


Dalam pukul 9 lebih tu, nombor saya dipanggil dan seminit dua lepas tu nombor suami pun dipanggil. Tak sampai 15 minit urusan borang dah settle. Lepas buat bayaran, tak sampai sejam pun passport kami dah siap. So sebenarnya, kami berada di pejabat imigresen tu lebih kurang sejam sahaja. Oh saya sangat teruja dengan service di imigresen. Sama seperti dulu, tip top! Hihihi.. :)



p/s: entry ini hasil dari permintaan suami sebab dia excited first time buat international passport. kehkehkeh~

Thursday, November 17, 2011

10 Sebab Doa Kita Tidak Diterima

Assalamualaikum,

Tadi saya terbaca buku hadith 40 (Mustafa Abdul Rahman, Dewan Pustaka Fajar, 2008). Tengah belek - belek buku tu, saya tertarik dengan hadith ke-10, mengenai baik dan halal - syarat diterima doa. Some of you may know about this hadith but some may not (macam saya yang baru juga tau... hihi). So I try to summarize and share it. Hadith tersebut bermaksud:

Dari Abu Hurairah ra. katanya, Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, tidak Ia terima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintah orang2 mu'min dengan apa yang Ia perintahkan kepada sekalian rasul. Maka Allah Ta'ala berfirman (seperti yang disebut dalam hadith, yang ertinya): Hai sekalian rasul! Makanlah dari yang baik2 dan beramallah akan yang baik. Dan Ia berfirman: Hai sekalian orang yang beriman! Makanlah dari segala yang baik2 yang telah rezekikan kepada kamu. Kemudian ia menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanan, yang kusut rambutnya lagi berdebu mukanya menghulurkan dua tangannya ke langit (berdoa): Hai Tuhanku! Hai Tuhanku! Pada hal makanannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram; maka bagaimanakah akan diperkenankan baginya?
[Riwayat Ahmad no 8348, Muslim no.1015 dan al-Tirmizi no.2922]


Selain daripada makanan yang haram, segala perbuatan yang haram atau maksiat juga antara sebab - sebab doa kita tidak diterima. Daripada hadith ini juga kita dapat lihat bahawa betapa Allah menjaga segala apa yang kita makan, dari mana sumber makanan tersebut dan juga kelakuan kita.

Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawwuf yang masyhur) berada di tengah - tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepadaNya? Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:

1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya
2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya
4. Kamu telah makan nikmat - nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya
5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tapi kamu tidak lari daripadanya
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tapi kamu tidak bersedia baginya
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tapi kamu lupa keaiban kamu sendiri
10. Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Semoga kita mendapat pengajaran dan reflect balik diri kita daripada sepuluh perkara ini... Allah itu baik, tidak akan diterima melainkan yang baik. Sama - sama kita berubah menjadi insan yang baik. InsyaAllah. :)

Tuesday, August 9, 2011

5 Bonus Khas Ramadhan

Assalamualaikum,

Sebagai persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Jom kita check apakah bonus dan kelebihan di bulan mulia ini?


5 bonus khas Ramadhan:

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat2 terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

Bonus 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Bonus 3: Allah memperindahkan syurg-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir2 hamba2-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat)

Bonus 4: Syaitan2 dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan2 selain Ramadhan.

Bonus 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala setelah selesai mengerjakannya)."

Mengenai bonus yang kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada lailatul qadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya."

(riwayat Ahmad)

sumber: majalah solusi

Semoga dengan sedikit info ni, kita lagi bersemangat nak berpuasa dengan penuh ketaqwaan.. insyaAllah. :)