Tuesday, August 9, 2011

5 Bonus Khas Ramadhan

Assalamualaikum,

Sebagai persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Jom kita check apakah bonus dan kelebihan di bulan mulia ini?


5 bonus khas Ramadhan:

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat2 terdahulu ketika Ramadhan iaitu:

Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

Bonus 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Bonus 3: Allah memperindahkan syurg-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir2 hamba2-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat)

Bonus 4: Syaitan2 dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan2 selain Ramadhan.

Bonus 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala setelah selesai mengerjakannya)."

Mengenai bonus yang kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada lailatul qadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya."

(riwayat Ahmad)

sumber: majalah solusi

Semoga dengan sedikit info ni, kita lagi bersemangat nak berpuasa dengan penuh ketaqwaan.. insyaAllah. :)

4 comments:

  1. hoh! ko ni.. dari aritu kata nak lepak.. sampai arini senyap je... la ni minta ayam percik pule.. hahaha

    ReplyDelete
  2. salam.. nad! how's your Ramadhan so far? mesti suka sbb dpt balik keje awal kan? hehe.. neway, i love this entry.. Thanks for sharing.. :)

    ReplyDelete
  3. nikmatnye ramadhan!!selamat berpuasa dear =)

    ReplyDelete