Friday, July 7, 2023

Eh, hello!

 

 It's 7th of July.

The year is 2023.

Today is our 11th wedding anniversary.

So, what's the plan? I have no idea. lol. Seriously, I'm not good at making plans.. neither is my husband. 😏

But hey, the important thing is we made it this far! Alhamdulillah. Pejam celik dah melepasi sedekad pun.

For 11 years we are blessed with 3 kids. Do I want more? Yes.. err, maybe?

Currently my eldest is 10, the middle one is 7 and the youngest is 4. Yes, they were 3 years apart.

If I want to have another kid, I should have one by now. Haha.

How was life? It's like a roller coaster, for sure. Not easy, but I'm enjoying every moment of it.


Anyway, that's all for my first entry this year. It's a warm-up, ok.😄

Till then.

Friday, December 4, 2020

Tutti Frutti In Memory

 Assalamualaikum dan hai korang!


Semalam Nad buat laptop cleaning.

Check balik folders lama, susun atur sikit folders kat desktop.. buat lah apa-apa yang patut.

Macam mengemas rumah juga lah, nak juga konmari laptop. Hehe.

 

Lepastu Nad terjumpa satu folder gambar lama, tahun 2010. Bila tengok balik, eh ada gambar makan-makan kat Tutti Frutti lah. Hahaha.

Apa khabar agaknya kedai Tutti Frutti ni? Masih ada lagi ke branch yang bertahan?

Dekat Wangsa Maju sebelah Wangsa Walk dah lama dah tutup. Dekat Aeon AU2 Setiawangsa pun kalau tak silap dah tak ada.

Dulu kalau dapat makan froyo (frozen yogurt) Tutti Frutti ni macam paling hipster lah. 😂

 

Masa ni kitorang makan Tutti Frutti kat area Sunway Giza Kota Damansara.

Cover sikit lah muka adik, kesian pula takut dia malu tunjuk muka zaman dia masih sekolah. Hihi. 😝


Tengok lah semangkuk ni. Banyak topping macam ni kira mewah juga lah. Mungkin harganya mencecah RM20. Entah lupa, tak ada pula ambil gambar resit harga. 

Bila cerita pasal Tutti Frutti kat adik, dia boleh tanya.. macam mana eh dulu boleh afford beli ni? Kerap juga beli. Bukannya murah. 😅

Gaji engineer masa tu, dengan tak banyak komitmen sangat, boleh lah merasa makan. kot...

Sekarang ni nak beli apa-apa kena fikir banyak kali sebab dah banyak komitmen. Lepastu dah pandai fikir kan, penting dan perlu ke benda tu? Nak merasa sekali-sekala boleh lah.


Sekarang ni froyo yang popular llao llao lah kan?

Nad tak pernah try lagi. Seriously! Haha.

Teringin juga nak try.. tapi tu lah, belum ada rezeki lagi (or in other words, tak ada yang nak belanja. HAHAHA)


Korang ada kenangan makan Tutti Frutti tak?

Tuesday, December 1, 2020

Telekung Travel Cotton Paling Best

 Assalamualaikum dan hai korang!

 

Dah  berapa bulan kita menghadap pandemik COVID-19?

Dan dah berapa bulan kita berada dalam PKPB? Nad duduk kat Selangor/KL. Lama betul tak berjalan jumpa adik beradik yang duduk kat Ampang, Shah Alam dan Subang Jaya. Tapi alhamdulillah rumah ibu ayah lepas je kalau nak pergi. Sebab satu taman. Hihihi.


Dah lama kan Nad tak menulis kat sini. 

Biasalah tu, bila mengharapkan mood memang macam tu. 😜

Actually hari ni Nad nak share satu brand telekung yang Nad guna sejak 2016 lagi. Biasanya orang share telekung Siti Khadijah. Tapi Nad nak share tentang telekung dari Zaahara. Mungkin ramai yang tak berapa kenal. Tapi Zaahara dah berada di pasaran dunia telekung lebih  kurang lima tahun dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Selain dari telekung, ada juga jual buku-buku agama berbahasa Inggeris.

Dan antara hot selling product dari Zaahara is telekung Sofia or well known as telekung travel. Dulu telekung Sofia cuma keluarkan warna-warna pastel. Tapi dah a few batches juga keluarkan warna-warna yang gelap atas permintaan customers.




OK lah, musim pandemik ni siapa je yang boleh travel kan...?

Tapi telekung ni sesuai je guna untuk setiap masa. Even Nad guna untuk solat kat rumah je.

Material telekung Sofia bukanlah macam telekung travel lain yang nipis sangat sampai terbang ke depan bila sujud tu. 😂 Tapi material jenis kain cotton polyester. Tak terlalu berat dan tak terlalu ringan.

 

Lagipun memang sesuai lah sekarang ni dapatkan telekung ni since kalau keluar pergi mall pun sangat digalakkan untuk bawa sendiri telekung. Risau kan kalau nak pinjam telekung yang entah sipa-siapa dah guna tu.  Dan rasanya kat surau public pun dah tak sediakan telekung due to health safety.

Oh, not to forget telekung Sofia pun ada sekali mini sejadah tau. Dulu tak ada.

Macam  mana nak beli?


Korang boleh klik link bawah ni untuk browse telekung Sofia:

NAK TELEKUNG SOFIA PLEASE!

https://zaahara.com/?ref=0xlqoah80-pt

Dan ada macam-macam lagi jenis telekung tau.. for special occasions pun ada. 

Jemput cuci mata. 😀

Jangan lupa untuk masukkan kod "NADKAZ" bila checkout nanti untuk dapatkan DISKAUN 5%


Till then, see you guys in next post.

InsyaALLAH. 😉

Tuesday, June 18, 2019

Salam Aidilfitri 1440H dan Kisah Tertinggal

Assalamualaikum dan hai!

Rasanya tak terlambat lagi kot untuk Nad ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin" buat semua pembaca blog sendu ni. Raya kan sebulan.😁

Anyway, Nad nak kongsi satu cerita. Raya kali ni, macam banyak pula Nad baca cerita pasal tertinggal kat R&R. Nad pun pernah juga tertinggal masa raya exactly 10 tahun yang lepas. Serius! 😆

Kitorang dari Melaka nak sambung beraya ke Singapore. Masa tu ibu pula tak ada sebab jaga my second sister, Kak Dayah, yang tengah berpantang kat Nottingham, UK.

Kalau tak silap ayah berhenti di hentian sebelah Yong Peng kot. (Oh, kalau nak tau, kitorang adik beradik ni kalau masuk kereta memang wajib tidur. Haha.) Masa berhenti tu, Nad terjaga dan nampak ayah keluar kereta nak ke toilet. Lepas tu Nad pun terasa nak buang air juga lah, so nad keluar kereta. Disebabkan adik lelaki dan adik perempuan dua-dua tengah tidur lagi, Nad keluar tak inform diorang.

Lepas setel membuang dan bila keluar dari toilet, Nad nampak kereta baru je bergerak. Nad dah menggelabah lah, sambil fikir takkan ayah tak nampak yang Nad tak ada dalam kereta? Hahaha. Dah lah dengan berbaju kurung moden lagi... macam mana ni nak kejar? Bila kereta dah jauh tu baru terfikir, apasal la tak campak je selipar kat kereta tu kan. 😂

Korang tau lah kan hentian sebelah tu macam mana. Bukannya ramai orang, lepas tu tak ada apa-apa pula kat situ melainkan tandas sahaja. Lainlah R&R ada macam-macam.
Dengan tak ada duit dan handphone, Nad fikir macam mana lah nak contact ayah ni.
Nak tak nak, Nad tebalkan muka tegur seorang pakcik ni dan bagitau lah apa yang terjadi. Nad cakap nak pinjam handphone nak telefon ayah dan pakcik tu bagi. Nasib baik dia percaya kat Nad. Kot lah dia fikir Nad ni scammer ke kan. Haha...

Dah telefon, ayah suruh tunggu kejap nanti ayah datang. Oklah, memang kena tunggu lah kan. Nak pergi mana je lagi.
Agak lama lah juga menunggu sebab ayah kata hentian Yong Peng ni memang jauh giler kalau nak buat U-turn. Tapi tak ingat berapa lama kena tunggu.
Bila dah dalam kereta baru ayah cakap, patutnya minta tolong pakcik tadi untuk hantar kat next R&R. Tak payah lah kena pusing jauh.

Baiklah ayah, next time kalau tertinggal lagi Nad akan minta tolong orang hantarkan. HAHAHA.

Ibu pula cakap, "First time ibu tak ada, dah anak tertinggal pula..." 😌

Saturday, April 20, 2019

Nourah Hilang!


Yesterday was Good Friday. Since Singapore cuti, my sister, kak Fau yang duduk kat Singapore balik KL.

So, semalam dia kata nak bawa anak-anak dia pergi Petrosains kat KLCC, dia ajak Nourah sekali. Of course lah Nourah was happily agree to join.
Yang pergi was kak Fau, her two sons, Ika and Nourah. I didn’t follow because… well I’m still on my pantang (kononnya. lol).

You know… I have this bad habit of always thinking something bad will happen.
Macam selalu berfikiran negative lah. Sometimes melampau juga lah fikiran tu. Well, I like to say that I am extra careful. :P

Whenever Nourah keluar with anyone other than my husband or I, mesti paranoid semacam. Tapi since Nourah suka nak jalan-jalan especially with her cousins, kesian lah pula kalau tak bagi dia ikut kan. So, ok lah… I put all my bad thoughts away.
Keluar before 12pm after maghrib, baru lah diorang balik dari KLCC.

Diorang masuk bilik je suddenly my sister asked me, “Nad… tadi ada tak rasa something? Something like motherly instinct?”

Dalam hati I was like, kenapa pula kakak aku ni? Nervous kejap. Tapi still sengih-sengih tanya, “Kenapa? Apa yang dah terjadi?”

“Tadi Nourah hilang kejap.”

Ya Allah… tak tau nak rasa apa bila kakak cakap macam tu. But I’m pretty sure diorang pun lagi lah rasa gelabah bila dapat tau Nourah hilang.

So, kakak cerita bila found out Nourah tak ada, dia and Ika went separate ways cari Nourah. While Ika pergi every level, kakak pun terus cari security officer nak tanya kalau ada dapat report budak hilang. Tak ada.
Then kakak dengan security officer tu pergi ke concierge tanya kat sana pula kalau ada dapat report. Pun tak ada.

Bila kakak nak sambung cari, suddenly that security officer lari panggil kakak nak bagitau diorang baru dapat report ada jumpa budak.
Alhamdulillah, memang betul diorang jumpa Nourah. 

Ika tengok Nourah nangis pun dia nangis sekali. Dah la hilang kat KLCC dengan ramai foreigner lagi. Tapi kalau hilang kat Midvalley atau One Utama lagi lah boleh meraung mungkin. Those two were huuuuuge malls.

So sekarang ni, tengah fikir nak beli leash untuk Nourah ke tak. Well, kalau nak diikutkan pengalaman sendiri memang lately bila berjalan dengan Nourah dia suka wandering around sendiri. Tau-tau je dia jauh kat belakang, stop kat mana-mana kedai lah yang dia nampak menarik.

Risau tau tak! Sigh.

Tuesday, April 16, 2019

Introducing My Third Baby Princess


Alhamdulillah. 

On 12th of March 2019 I’d safely delivered my baby princess at Hospital Ampang.
Introducing our third baby, Dhuha (walaupun bersalin waktu subuh. Hihi).


 So...

On Monday 11th of March, my husband took his time off. Kitorang jalan-jalan lah kat Melawati Mall (hari sebelumnya dah pergi IKEA Cheras makan meatball dan pusing MyTown. Tapi masih tak puas lagi berjalan. Haha). 
Mula-mula berjalan tu ok lagi. Tapi lepas lunch tiba-tiba rasa mild contraction. Tak kerap pun, still bearable. Masih boleh pusing lagi semua level Melawati Mall dan ikut husband berurusan kat bank almost 2 jam. Dan malam pun sempat lagi masak untuk makan malam. 

Then around 10pm, ada blood show. Sikit je pun. Tapi sebab I ni sejenis cepat paranoid, bagitau husband ada darah. Tapi bukan fresh blood. Jom pergi hospital.

So kitorang pun pergilah malam tu juga bawa sekali anak-anak. Sebab dalam fikiran nak check to confirm saja, ingatkan tak ada apa-apa lah. Kitorang assume lepas check boleh balik.
Sekali doctor check jalan dah buka 4cm!
Heh, bila 4cm tu maknanya dah kena masuk labour room (LR).
Dah lah masa tu tak ada pun rasa sakit contraction. Rasa tak boleh nak terima news tu, tak percaya langsung sebab tak bersedia. Padahal 12 Mac tu memang tarikh due date pun. lol.

So I asked the doctor, "husband kat dalam kereta dengan anak-anak. Boleh ke tunggu dia hantar anak-anak balik rumah mak dulu?"
Nurse yang ada kat situ tanya, "rumah mak kat mana?"
"Dekat je...", I replied.
Dia pun bagi sebab katanya sempat lagi ni nak tunggu. 

When I'd informed my husband dah nak kena masuk LR, dia lagi terkejut. lol. Dia pun kelam kabut hantar anak-anak. Dah lah sebelum pergi hospital tak inform ibu. Masa nak hantar Nourah dan Raudah tu, banyak kali call ibu tapi tak berjawab. Ye lah, dah pukul 1 pagi. Haha.

So, lepas husband settle semua, sampai semula kat hospital dalam 2.30 pagi.
Pukul 3 pagi, nurse dah panggil untuk masuk LR.
Masa masuk LR tu masih lagi rasa tak percaya sebab tak sakit pun lagi. Tapi tu lah, padan muka kat diri sendiri. Gelabah sangat nak pergi hospital malam tu juga instead of tunggu dulu sakit contraction.

But it’s ok. Everything has been written, kan.

Jangan percaya jam tu lambat 5 jam

So, terbaring lah kat katil LR kebosanan menunggu contraction yang tak kunjung tiba. At 5.45am nurse masukkan ubat (tak ingat nama ubat tu tapi untuk lembutkan serviks dan cepatkan bersalin). Lepas tu je memang terus rasa sakit contraction datang kerap. Makin lama terasa makin kerap, like every 5 minutes sakit. At 6.45am cakap kat nurse dah tak tahan sangat sakit rasa nak beranak. 

Padahal masa tu nurse tak siap prepare lagi. Ada ke patut dia suruh tahan kejap? Haha.
Kelam kabut dia siapkan barang dan letakkan alas semua. Tak lama lepas tu start push, terus keluar baby in less than 5 minutes. Dan masa tu juga lah baru tau gender of the baby. 

Sepanjang pregnant, everyone been telling me it’s a boy. Macam-macam teori, perut bulat lah, nampak senget ke kanan lah, perangai Raudah macam lelaki lah. Even a couple of strangers jumpa kat kedai pun nak main teka juga. 
Kitorang pula tak bersungguh pun nak tau gender baby. Masa scan during antenatal check up kat Klinik Kesihatan (KK) ada juga minta doctor tengokkan, tapi tak nampak. So we’re just, "tak kisah lah apa-apa pun". Tak kuasa pula nak pergi private clinic to check the gender saja. We’re so cheapskate liddat. Haha.

So, that’s about it.
It’s been a month, so far Dhuha is a sleepyhead. Tidur, bangun nak susu, kencing berak, tidur balik. Semalam pergi check up, her weight increased by 1.5kg… growing up like a champion! :D

Dhuha at 31 days

***

Every pregnancy is different. 

This one is my least favorite journey compared to my previous two pregnancies. I didn’t enjoy much because I have pain around my waist… since before pregnant until this moment. Maybe sakit sebab menyusukan Raudah. You know, bila susu sambil mengiring lama kan penat sangat. Memang sakit pinggang. 

So everytime baring mengiring, bila nak gerak bangun or pusing to the other side je mesti terasa setiap pergerakan tulang kat pinggang tu. During pregnant is the worst, tambah pula bila makin besar perut lagi lah terasa. Setiap malam nak tidur rasa sakit sangat. So most of the time kena tidur sambil duduk. 

I’ve been trying to set a date to see a chiropractic, tapi belum ada masa dan duit. Most probably lepas raya lah kot baru decide nak pergi chiro mana. Itupun kalau boleh tahan.

Friday, July 6, 2018

The Incredibles 2 @ Family Friendly TGV Cinemas


Assalamualaikum and hi!

Last Sunday, 1st of July, kitorang decided nak tengok The Incredibles 2. 

Supposedly plan nak tengok with my little sister lepas seminggu raya, but then something came up, terpaksalah tengok dengan husband and children. Sorry Ika. Hee~

Since dah pernah ada pengalaman tak best tengok wayang bawa Raudah (tengok cerita Avengers  Infinity War pula tu… sigh), so kali ni kitorang beli tiket wayang yang Family Friendly kat TGV Wangsa Walk. 

Untuk TGV Cinemas, Family Friendly session on weekend saja pukul 11 pagi atau around that time la. Sebab dah check TGV AU2 Setiawangsa starts at 11.30 am. 

The ticket price is way cheaper than the standard show. 

For adult is RM10 and children below 12 years old is RM5. Untuk couple seat kalau tak silap RM20 kot.
So we only paid RM25 for 3 seats. Kalau sebelum ni kitorang selalu ambil couple seat standard show which is RM45 (kot... lupa sebab selalu husband yang bayar. Ada tanya tapi lupa. Hehe). 

Baru tau sekarang ada ticket kiosk, kena beli tiket sendiri. Selalu beli online je. Haha.

Since it’s Family Friendly (FF) and the show started at 11 am, dalam wayang tu tak penuh pun walaupun hall kecil. Kitorang pun bukan selalu sangat pun keluar rumah on weekend sebelum 12 pm.

Sebelum ni pernah baca, untuk FF show dalam hall akan pasang dim light. Maybe senang la kot kan kalau budak-budak nak main tangga ke apa kan. Tapi masa kitorang masuk (dah lambat 10 minit, tapi nasib baik cerita Bao tu lama lah juga), terkejut juga sebab hall gelap. Harapkan cahaya dari screen je.

Tapi okay je lah. Tak ada isu pun.

For the first almost-half-an-hour tu alhamdulillah Raudah behave. Surprisingly dia duduk diam je. Haha. Kalau Nourah tu tak payah cerita lah, dia memang sejenis pandai tengok wayang. Sebab tu dulu rajin tengok wayang. :P

Bila dah hampir sejam, tiba-tiba terfikir, betul ke tak kitorang beli tiket FF sebab dalam hall tu senyap je, rasa macam tengok standard show. Budak-budak lain pun behave la pula, dah rasa serba salah bila Raudah start cranky. Hahaha.

Tak lama lepas tu pun tiba-tiba budak-budak dah start bising dan main kat tangga. So Raudah pun join sekali la since tangga memang favorite dia pun.

OH, FYI hall kat TGV ni tak macam MBO Starling Mall ya. Tak ada playground untuk budak-budak main. The only entertainment they have is the stairs la. Nourah ikut Raudah turun tangga sampai kat barisan seat paling bawah. Lepas tu naik tangga at the other side pula.

Bila kitorang leka sikit, tiba-tiba dengar Raudah menangis tak jumpa kitorang sebab dia dah masuk salah row. Bahahaha.

All in all, berbaloi lah juga beli tiket FF show sebab murah. Tak ada lah rasa rugi sangat bayar mahal macam biasa tapi tak dapat concentrate tengok movie. Ok lah untuk yang teringin sangat tak nak ketinggalan tengok cerita kat wayang. Kalau boleh sabar menunggu movie tu keluar kat TV, boleh lah tunggu.

By the way, tak sabar nak repeat tengok The Incredibles 2 sebab tak puas.
I bet Nourah pun sama. Sebelum tengok wayang ni, berapa kali dah duk ulang tengok The Incredibles yang first.

Friday, April 13, 2018

My First 10km Run for 2018

Assalamualaikum and hi!

It's been almost a week now after my Standard Chartered 10km run.


Well... to be honest, it's not really a run for me, you know. It was more like a 10km walking around Kuala Lumpur, enjoying the view like a tourist while having muscle sore. Haha.
Sebenarnya, memang dah niat nak berlari pun. Tapi lari tak sampai 1 km lagi, tapak kasut suami dah tercabut. lol. Macam mana lah kasut tu tak reput sampai tercabut, sebab dah lama sangat tak pakai. Entah bila last rasanya sebelum kitorang kahwin kot. So, 6 tahun kasut tu terperap dalam rak kasut. Hahaha.

Bila tapak kasut dah tercabut, of course lah nak lari pun tak selesa dah.
Kita ni pula nak lari tinggalkan dia, tak sampai hati.
So, sama-sama lah kitorang berjalan sepanjang 9 km tu.
It took us 2 hours something to finish our so-called run.

Tengoklah tu tapak kasut dibuat apa? lol

Kalau tak silap, my last run was September last year and it was 5km only.
Lepas tu, memang tak join dah mana-mana run dan langsung tak berlatih atau bersenam. Bayangkan betapa gembiranya my muscle berehat dan tiba-tiba saja kena paksa berlari... eh silap, berjalan sepanjang 10km? Hahaha.

Ambil masa dua ke tiga hari untuk hilang rasa sakit kaki tu.
But sore legs or not, the most important thing was I finally added Standard Chartered medal into my collection. Yay!~


So... until next run.
Doakan tergerak hati ni untuk join marathon pula. Hihihihi... :P



Monday, September 25, 2017

Cerita Tentang Rezeki



Growing up, I was never the brightest or the most successful child… well, in terms of academically. Compared to my sisters, I never went to boarding school, didn’t get straight As during exam or even good grades during my Uni years (haha)… both of my big sisters graduated with a Master and Phd and they are now secure with a good career… even the little sister is currently doing her Masters.

Honestly, I admit, I did feel down sometimes when I think about it. So, usually I don’t want to think about it. But when I do, I remind myself that Allah has better plan for me. Be patient. I know that I’d tried my best to be the child that my parents proud of… or even for me to be proud of myself. But come to think about it, my rizq is actually in another form.

Among my siblings, I am the one who is always around and near to my parents. 

When I was in primary school, ibu was admitted to the hospital for an operation. I can’t remember clearly why she was admitted, something happened to her eyes... but I did remember that I had to cook meals for ayah and my little brother and sister because my big sisters were in boarding school and college.


After my parents came back from hajj, ibu had high fever. I still can’t forget when ibu asked ayah to buy her bubur McD, instead ayah bought a packet of instant bubur Maggi. It’s funny when I think about it now. Hahahaha. 

Ibu asked ayah, “mana bubur?”
“Nadhira tengah masak”, ayah said.
“Hah? Masak apa?”

“Bubur maggi la…”

“Ibu kata bubur mcd la… mcdonald…”
Hahahaha… pity ibu. Ibu already hungry, had to wait some more.


There was one time when ibu accidentally fell down the stairs and broke her foot.
Again ibu was hospitalised and underwent operation. And when she came home, she can’t walk properly. Sebab tulang yang patah tu need some time untuk bersambung semula. Kalau salah langkah, takut misaligned.
At that time, luckily I just lived downstairs. Every day after I came back from work, I will spend some time at my parents’ house. 
(Now I still live nearby… same apartment area, but different block. Haha.)

...

Actually ibu had been through a couple of operations back then. Sampai satu hari masa jaga ibu, I said to myself. "InsyaAllah, selagi Nad mampu Nad akan jaga ibu..."

I guess that is one of the dua that Allah has granted.

...

So, whenever you feel that life doesn't go your way... just sit back for a moment and reflect. Rizq can be in any form. It's not always about making lots of money. The time that you spend with your loved ones, your health, having a peaceful life is also a rizq that we take for granted.

That's it for today. Till then.
Assalamualaikum. :)