Sunday, June 11, 2017

Bulan Ramadan dan Menyusu Badan

Assalamualaikum dan hai semua!

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-16 Ramadan. Maknanya dah 16 hari lah kita puasa kan? Ada ke yang terlebih hari puasa? Hihihi... kalau yang kurang tu, kita faham-faham lah kan. :)

Alhamdulillah setakat ini saya pun masih berpuasa penuh. Belum ada hari yang tertinggal atau ditinggalkan. Setiap hari berdoa agar amalan setiap hari yang tak seberapa ni diterima Allah. Harap makin hampir penghujung Ramadan dapat lah pertingkatkan lagi amalan.

Tahun ni, kali pertama saya berpuasa sambil menyusu badan sepenuhnya. Sebelum ni menyusu juga, tapi Ramadan pertama dengan Nourah, masa tu tengah berpantang. Sempat puasa dalam berapa hari je. Kemudian tahun depannya Nourah dah satu tahun, maknanya dia dah mula makan dan kurang menyusu badan. Kurang sikit cabaran berpuasa sambil menyusu.

Puasa kali ni, Raudah baru lima bulan, masih menyusu badan sepenuhnya dan saya tak bekerja. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan berpuasa kali ni. Raudah tak banyak ragamnya. Cerita dengan suami, Raudah kurang menyusu bulan puasa ni. Macam tau-tau je yang kita ni tengah puasa. Hihi. Dia punya kurang menyusu tu sampai terasa hampir bengkak susu. -.-'

Kalau nak diikutkan, beberapa bulan sebelum masuk Ramadan ada juga ganti puasa enam hari, tapi bila dah lepas pukul empat petang tu dah mula menggigil lah. Sampai nak mandikan Nourah dan Raudah waktu petang pun tak larat. Memang terasa haus dan kering betul. So sebelum masuk Ramadan hari tu ada juga rasa sedikit nervous, what to expect puasa kali ni?

Surprisingly, alhamdulillah setiap hari rasa gembira (Haha?) dan bertenaga. Siap boleh berlari dan naik turun tangga. Cuma ada la sekali sekala bila baring untuk menyusu tu terlelap juga. Itu kalau tak puasa pun selalu sangat terjadi. Hihi.
-
-
By the way, ingat lagi tak entri saya berkenaan rambut gugur? Klik sini untuk membaca entri tersebut. Apa yang saya ambil, itulah juga yang saya amalkan di bulan puasa walaupun ada set untuk berpuasa. Beli banyak-banyak yang lain, nanti tak habis dah jadi membazir pula.
Apa pun, supplement ni bukan lah boleh buat kenyang sepanjang hari. Saya ambil supplement pun sekadar untuk top up nutrisi je. Ini saya lah... badan korang mungkin lain.
It's all about mindset, niat kita untuk berpuasa dan doa. Mana ada orang puasa tak rasa lapar langsung kan? Kalau tak lapar tu bukan puasa namanya... :P


Rasanya sampai sini dulu lah entri kali ni. InsyaAllah ada masa kita cerita lagi. :D

Tuesday, May 23, 2017

Nourah Buat Donut

Assalamualaikum and hi,

So Nourah has been asking about making donut for a couple of months now.
Ye... berbulan dah dia request nak buat donut.
Kalau balik kampung, dia selalu tengok nenek dia buat donut.
Tahun lepas, sebelum bersalin pun sempat juga lah cuba buat donut sendiri.
Agaknya dia rasa syok buat donut, tambah pula Nourah memang hantu donut. Tu yang bila dia nampak saya beli tepung, dia minta buat donut.

Tapi macam biasalah... ambil masa semangat rajin tu nak datang. Hahaha.
Dah la hari Ahad tu rasa letih lain macam. Nak tidur je rasanya. Tapi sebab dah janji dengan Nourah, janji haruslah ditepati kan? :P
Dan seharusnya aktiviti ini dibuat sebelum puasa untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti menjilat gula di tangan.

Kebetulan bahan untuk buat donut tu cukup... lepas lunch dan siap-siap susukan Raudah, saya pun start lah menguli.
Resepi donut ni pun ambil dari internet (of course lah kan... haha). Disebabkan previously guna resepi ni menjadi, so saya pun recycle saja resepi lama. Sebenarnya tak sangka juga berjaya buat donut ni (alhamdulillah). Sebabnya saya ni jenis tak berapa reti kalau buat something menggunakan yis. Dulu pernah cuba buat pretzel, tapi tak tau lah mana silapnya. It turned out to be so keras, tak seperti pretzel Makcik Anne tu. :(

Maka, inilah hasil donut yang kami buat. Lembut dan gebu.
Dah cuba juga simpan separuh buat frozen donut. Bila gorengkan the next next day pun masih lagi lembut. Yay!



Kasi peluang kat Nourah untuk main doh. Kesian dia asyik cakap nak main playdoh, tapi mumu dia duk simpan playdoh atas almari sebab malas nak kemas. Haha.


Itu sahaja untuk hari ini. Bulan Ramadan bakal tiba. Selamat berpuasa kawan semua. :)

Monday, May 22, 2017

Masalah Rambut Gugur Lepas Bersalin

Assalamualaikum dan hai,

Nak tanya ni... siapa yang ada masalah sama macam ni?
Rambut gugur lepas bersalin. Biasanya lepas habis pantang lah.
Dan biasanya bila anak dah mula pandai menyembur-nyembur...
Selalu kan dengar mak-mak atau orang tua cakap, bila nampak baby menyembur je, mesti cakap, "Habislah rambut mak kau gugur..."
Haaa... this is what I've been going through right now.

Source: Google

Adui laa... rambut gugur macam tiada belas kasihan. Pantang pegang atau sentuh sikit, ada je yang gugur atau melekat di celah-celah jari.
Nourah dah bising juga bila setiap benda yang dia pegang kat dalam rumah ni mesti ada rambut. Hahaha... rimas kot!!
Nasib baik masa masak tak ada rambut yang masuk dalam lauk. Kalau ada, memang kena pakai serkup kepala la bila masak. Hehe.

Haritu geram juga. Lepas shampoo rambut, nak sikat. Tapi terasa ada gumpalan kusut kat rambut. Terus rasa fobia nak sikat. Takut kalau sikat gumpalan tu, nanti rambut semua tercabut. Sudahnya, saya ambil gunting terus potong pendek. Hahahaha...

Nak tau tak?
Rambut yang gugur adalah normal. Average around 50-100 helai rambut.
Tapi untuk wanita kalau dah terlalu banyak yang gugur, terutama lepas bersalin maknanya ada dua kemungkinan:
1. Perubahan hormon dalam badan
2. Kekurangan protein, iron dan zink

Lepas bersalin, obviously hormon akan berubah. Mengikut info di babycenter.com,  average rambut yang gugur adalah lebih kurang 500 helai rambut. Dan perkara ini adalah normal. It will be back to normal soon. Biasanya ambil masa lebih kurang enam ke 12 bulan lepas bersalin. Jangan terlalu stress dengan rambut gugur ni because it will become worst. Kalau rasa kurangkan shampoo dan sikat rambut dapat mengurangkan rambut yang gugur, then do it. Tapi jangan pula sampai tak jaga kebersihan kepala tau.

Lagi satu faktor keguguran rambut juga ialah kekurangan protein, iron dan zinc. Biasalah bila mengandung dan bersalin, ada saja nutrien dan vitamin yang makin berkurang. Untuk pengetahuan, setiap sel tubuh dan rambut kita adalah dari protein. Sebab itu lah pengambilan protein sangat penting. Kalau waktu mengandung ambil protein untuk pertumbuhan bayi... lepas bersalin pun boleh teruskan je. Banyak sel dalam badan yang perlu diperbaiki kan.

Ini adalah supplement yang saya consume sekarang ni.


ESP sebagai sumber protein yang baik sebab dari tumbuh-tumbuhan.
B-complex, terutama Biotin dan Pantothenic Acid (B5), membantu pertumbuhan rambut.
Vitalea pula mengandungi iron dan zinc yang mana kedua-dua ini menguatkan struktur rambut dari folikel. Seeloknya ambil sekali vitamin C kerana vitamin C membantu penyerapan iron.

Bila consume supplement yang baik, insyaAllah masalah rambut gugur dapat diatasi dan rambut yang baru tumbuh lebih sihat.

=========

Jika berminat untuk mencuba set ini, boleh hubungi saya terus.
Whatsapp 013-7319472 (Nadhira).
Your trusted Shaklee Independent Distributor.

Tuesday, May 16, 2017

Coffee and Me

Assalamualaikum and hi!

Hari ni saya rasa nak bercerita tentang kopi. Why? SAJA JE. Hahaha.

You know what? Last time I really hate coffee. Sebab pernah satu hari, masa tu sekolah lagi... tak ingat lah melawat rumah siapa, then tuan rumah hidang air kopi (was it kopi O or Nescafe, I'm not sure). Since that's the only drink they served and I was thirsty, saya pun minum je lah. After that, terus sakit kepala. I guess it's because I wasn't used to it. Yelah... dah la tak biasa minum, tiba-tiba minum habis satu cawan pula tu. -.-"

Then, as time passed by... bila dah besar ni, saya mula suka bau kopi. You know, that smell of coffee bean yang sedang di brew. Aaaah... so addictive. Everytime lalu depan kedai yang jual kopi, e.g Starbucks, San Francisco Coffee atau apa saja kedai yang jual kopi, I will take a deep breath. Hehehe. Tapi masa tu belum ada rasa teringin nak minum sebab masih terbayang-bayang perasaan pening bila minum kopi.

So recently... not quite recent la, dah setahun juga sebenarnya. I got to know this person on Facebook. Her name is Wan Karolina and you can follow her too. Click here to go to her Facebook page. I'm pretty sure you will be impressed with her sebab tak ramai perempuan melayu at her age yang macam beliau. She really knows coffee very well and I learned all about coffee from her sharing. She also taught to drink coffee with gula kabung (palm sugar) dan instead of add-on milk to make latte, she add santan asli!

Dan seperti kebanyakan wanita yang mengalami fasa mengidam, memang teringin sangat nak minum kopi. Tapi saya tahan dulu keinginan nak minum kopi, sehinggalah waktu berpantang. Antara banyak-banyak jenis kopi, saya cuba kopi Agros sebab it's pure coffee. Tiada campuran bahan lain especially marjerin. So, I tried black coffee with gula kabung. Immediately I'm addicted to it. Asyik terbayang-bayang dan kalau boleh setiap hari nak buat air kopi. HAHA. Lepas tu cuba pula campur dengan fresh milk. Aduhai... lagi sedap. 

Source: Facebook Kebayan Siam Nik

Saya siap cakap, "Ya Allah... baru kutahu nikmat minum kopi ni." Hihi. No wonder lah ramai peminum kopi tegar. 

Sejak jatuh cinta dengan kopi, terus berani nak cuba kopi kat luar sana. Cuma belum lagi minum di Starbucks, San Francisco Coffee atau kopi di kedai hipster. Setakat ni minum Costa Coffee je. Hehehe.


Tau kan coffee juga provides antioxidant? Awet muda la lepas ni... :P

OH, by the way, Puan Karolina ada juga jual kopi premium. I guaranteed that it is the best coffee because she really takes coffee seriously. :D 
Can check out her website here. But at the moment mostly all item sold out. Produk beliau sangat limited sebab beliau pergi ambil dan jumpa sendiri pengusaha kopi tu. 

So, let's enjoy every sip of the coffee. Cheers. Hee~

Tuesday, April 18, 2017

PERKESO Run & Ride 2017

Assalamualaikum and hi,

Korang nak tau tak? Kalau tak nak tau pun memang saya akan cerita juga. Hahaha.
Ahad lepas, 16 April, saya join event larian PERKESO Run & Ride 2017.
Lari kali ni memang main redah je. Dengan tak ada training atau at least buat lah warming up sikit ke kan. TAK ADA!
Kali terakhir saya lari adalah setahun yang lepas, 17 April 2016, larian 7km untuk event CLAP Run kat Universiti Malaya (UM).
Yang paling tak sangka ialah, masa CLAP Run tu rupa-rupanya saya dah pregnant baru a few weeks.
Mana lah nak tau kan sebab ingatkan period masih tak regular. Hihihi. Alhamdulillah tak ada apa-apa.
Tapi lepas dah tau pregnant pun, bulan depannya still join larian anjuran Jabatan Meteorologi Malaysia. Cuma kali ni tak lari lah.
Banyak berjalan sebab larian ni buat kat Bukit Cerakah. Faham je lah berbukit bukau. Mana nak larat berlari walaupun route
cuma 3km++.

So, berbalik pada cerita Ahad lepas. Larian PERKESO ni kira bergabung sekali dengan KL Morning Car Free yang biasa diadakan pada hari Ahad.
Dari pukul 7 pagi hingga 9 pagi beberapa jalan di kawasan Kuala Lumpur akan ditutup dan mostly orang akan buat aktiviti berbasikal dan berlari di sekitar jalan yang tutup ni.

Memang syok laa dapat jalan keliling KL. Tak risau kena langgar kereta pun. Unless kalau ada orang gila bawa kereta rempuh kitorang. HAHA.

So ceritanya begini...

Hari Sabtu kawan saya Nina dah janji nak ambil saya kat rumah. Dia kata pukul 5.30 pagi gerak.
I was like, "awal gila!?" tapi dalam hati je lah kan. Hihi.
So, OK je lah. Sebelum tidur dah set alarm bangun pukul 5.25pagi. Hahaha. Padahal sebelum keluar rumah nak kena pam susu untuk Raudah.

Esoknya pukul 5.20 pagi saya dah terjaga. Check handphone, ada message dari Nina.
"Nad, dah bangun ke? Subuh kat rumah masing-masing. InsyaAllah sempat. Dalam 6.30 Nina amik ye..."

Nampak je 6.30 Nina amik, terus saya sambung tidur. HAHAHAHA.

Then pukul 6 pagi baru bangun, pam susu dan siap-siap lah.
Dalam pukul 6.15 pagi tu Nina dah message kata "Nina otw dah".
OK. Nad estimate sebelum 6.30 pagi dia sampai lah rumah saya.
Tapi dah pukul 6.35 pagi pun masih belum nampak bayang (walaupun bayang memang tak nampak waktu ni sebab gelap. :P )
6.45 pagi baru Nina sampai. Tau tak 6.45 pagi tu jalan kat KL dah tutup??
Lepas ambil saya, kitorang gerak ke Setiawangsa pula ambil lagi sorang kawan. Masa tu dah pukul 7 pagi.
Dan korang nak tau lagi? Pukul 7 pagi tu sepatutnya dah flag off. HAHAHA.

Supposedly kitorang nak parking dekat area Dataran Merdeka lah sebab starting point dekat depan bangunan DBKL Jalan Raja Laut tu.
Tapi sebab jalan dah banyak tutup, kitorang pusing punya pusing KL tu, pukul 7.30 pagi baru dapat parking dekat tepi Dataran Merdeka.
Rezeki kitorang dapat kat situ sebab lepas kitorang masuk je, orang DBKL tak kasi orang lain pula masuk sebab parking penuh.

So...
Pukul 7.30 pagi baru nak start lari untuk 7km. Untuk orang yang baru nak mula lari, dengan tak ada training lagi.
Agak-agak pukul berapa dapat habiskan 7km tu?
Jangan terkejut kalau saya cakap pukul 8 pagi kitorang dah sampai finishing line. HAHAHA.
Sebab masa lari tu, ada satu simpang sepatutnya kitorang kena belok kiri. Tapi pakcik yang jaga tu kata jalan terus je.
Kitorang pun jalan lah terus. Tengok ramai je yang lari terus.
Tiba-tiba saya cakap kat Nina, "Eh Nina, tu bukan dah nak sampai ke finishing line ke?"
Rupanya kitorang ambil short loop. Meaning, route kitorang tak sampai 7 km pun. Lebih kurang dalam 2km++ je.




Dah sampai finishing line tu kitorang gelak lah. "Bangga" dengan pencapaian larian hari tu yang cuma ambil masa 30 minit untuk habis. Hahaha.
BUT, looking at the bright side. Bagus juga la tak lari sampai 7km. Sebab hari tu stamina memang out. Tak larat nak lari jauh. :)
Takpelah. Yang paling penting, medal pun dapat juga. So, another medal into my collection! ;)





 Next run, kat SHAH ALAM 10KM hujung bulan JULAI nanti.
Agaknya lah kan, apa yang akan terjadi ye? *walaupun lambat lagi tapi dah nervous*